Thursday, January 8, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Assalamualaikum.

Hi everyone. You can call me Buck.
Here a few things you might want to know.

1. Di penghujung kalendar tahun 2014,Kita dikejutkan dengan musibah banjir yng berlaku di kebanyakan tempat di pantai timur seperti Terengganu,Kelantan dan Pahang.

2. Penggunaan aplikasi whatsapp, facebook, instagram, telegram, wechat, tweeter dll memudahkan kita untuk berkongsi maklumat sejajar dengan istilah dunia di hujung jari. Namun malangnya,ia turut membuka ruang kepada penyebaran maklumat palsu pada kadar yng cukup pantas.

3. Jadi, Jangan mudah dan terlalu cepat menyebarkan maklumat yang diterima, takut2 kita menyumbang ke arah sesuatu yang lebih buruk berlaku.

4. Di kesempatan ini, Buck ingin mengucapkan Salam ukhwah buat semua pembaca yang sudi singgah ke ruangan blog buck.

5. InsyaAllah, mudah2an 2015 merupakan tahun yang lebih baik dari tahun2 sudah.

So, last but not least, buck says PAIN MAKE US STRONGER AND BECOME WHAT WE ARE TODAY.

The End.

From Buck,
Frankfurt, Germany.
08 Jan 2015

Thursday, December 6, 2012

Solatlah sebelum kamu disolatkan


 

SOLATLAH KAMU SEBELUM KAMU DISOLATKAN

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak petok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Umatku. umatku. umatku
Solat.. solat.. solat..

p/s : copy dari radio ikim..hehehe..:P

searching a realistic idea

i"m trying to reconnect the connection in my brain to gain an idea in developing my blog....

Saturday, September 8, 2012

Amannya Malaysia

As-salam..

Tika ini anak-anak kecil masih masih riang bermain,
Masih ada ruang untuk kita berbual dengan kawan-kawan,
Disaaat aku menulis ini, masyarakat di sekeliling aku masih lagi ada manusia yang mampu untuk berbual dengan rakan-rakannya, anak kecil masih lagi mampu untuk bermain-main dan berlari ke sana dan ke sini. Kapal terbang masih lagi mampu untuk mendarat dengan selamat.
Renungkan sejenak, dan bayangkan.... keadaan yang aman ini tiba-tiba diganggu kehadiran kereta perisai yang melintas di hadapan kedai ini.. sambil sekelompok manusia yang menggelarkan diri mereka pejuang berlari-lari sambil menembak ke arah kereta perisai.. lantas manusia yang berada dalam kedai ini lari bertempiaran meninggalkan rakan-rakannya...anak-anak yang seronok bermain sambil dapat kita dengar tawa tadi tiba-tiba diganti dengan jeritan tangisan kehilangan... Lapangan terbang yang sekarang ini berada di sebelahku, tidak mungkin lagi kapal terbang mampu mendarat angkara wujudkan sengketa peperangan.. Landasan ini mungkin dijadikan sebagai medan pertempuran antara mereka... Manusia yang sedang menungggu masa untuk berlepas pasti melupakan hasrat mereka itu angkara peperangan yang berlaku.. Angkara berlakunya pergolakan...

 Pilihlah... samada kita mahukan keamanan atau kacau bilau.... Syukur kepada Allah SWT kerana aku dilahirkan di negara yang masih lagi aman.. Di sini walaupun berbeza ideologi politiknya namun dapat aku lihat apabila sampainya seruan untuk bersolat, seolah-olah ideologi yang berbeza tadi lenyap... Rapatkanlah saf-saf kita, dan satukanlah hati kita diatas kecintaan kepada Allah SWT...