Saturday, September 8, 2012

Amannya Malaysia

As-salam..

Tika ini anak-anak kecil masih masih riang bermain,
Masih ada ruang untuk kita berbual dengan kawan-kawan,
Disaaat aku menulis ini, masyarakat di sekeliling aku masih lagi ada manusia yang mampu untuk berbual dengan rakan-rakannya, anak kecil masih lagi mampu untuk bermain-main dan berlari ke sana dan ke sini. Kapal terbang masih lagi mampu untuk mendarat dengan selamat.
Renungkan sejenak, dan bayangkan.... keadaan yang aman ini tiba-tiba diganggu kehadiran kereta perisai yang melintas di hadapan kedai ini.. sambil sekelompok manusia yang menggelarkan diri mereka pejuang berlari-lari sambil menembak ke arah kereta perisai.. lantas manusia yang berada dalam kedai ini lari bertempiaran meninggalkan rakan-rakannya...anak-anak yang seronok bermain sambil dapat kita dengar tawa tadi tiba-tiba diganti dengan jeritan tangisan kehilangan... Lapangan terbang yang sekarang ini berada di sebelahku, tidak mungkin lagi kapal terbang mampu mendarat angkara wujudkan sengketa peperangan.. Landasan ini mungkin dijadikan sebagai medan pertempuran antara mereka... Manusia yang sedang menungggu masa untuk berlepas pasti melupakan hasrat mereka itu angkara peperangan yang berlaku.. Angkara berlakunya pergolakan...

 Pilihlah... samada kita mahukan keamanan atau kacau bilau.... Syukur kepada Allah SWT kerana aku dilahirkan di negara yang masih lagi aman.. Di sini walaupun berbeza ideologi politiknya namun dapat aku lihat apabila sampainya seruan untuk bersolat, seolah-olah ideologi yang berbeza tadi lenyap... Rapatkanlah saf-saf kita, dan satukanlah hati kita diatas kecintaan kepada Allah SWT...

No comments:

Post a Comment