Saturday, September 8, 2012

Kami Bangsa Malaysia....


As-Salam,

Lama kiranya aku tidak menulis di sudut ruangan Buck Studio. Semakin lama, semakin sepi ia dipandang. Dari sudut sisi, ia seolah-olah tidak bermaya, seolah-olah seperti hilang arah kemudinya. Masa yang aku peruntukkan untuk menulis blog semakin berkurangan lantaran kesibukan yang menimpa. Dalam menempuh dan meneliti kehidupan seharianku, mindaku terpaku untuk merenung  ikatan ukhwah yang tertaut sesama kita. Lantas terlintas difikiranku untuk menulis secara ringkas mengenai perpaduan dalam negara Malaysia amnya.
 Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik berlainan yang membawa bentuk budaya yang berbagai serta fahaman agama yang berlainan. Usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia bukanlah hanya tertumpu kepada  usaha untuk mencari persamaan tetapi juga bagaimana untuk mengintergrasikan masyarakat supaya keamanan yang diperoleh dapat dikekalkan. 

Kesan Peristiwa 13 Mei 1969
Peristiwa 13 mei 1969 menjadi suatu peristiwa hitam kepada negara. Ianya merupakan kemuncak kepada api permusuhan kaum akibat daripada kesan dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh pihak British. Ianya memberi pengajaran kepada penting kepada kita iaitu bersikap bertoleransi dan menghormati adat resam kumpulan-kumpulan etnik lain.
Kesan daripada itu, kerajaan dengan segera mengambil langkah untuk merapatkan serta memupuk perpaduan masyarakat di semua negeri dengan memperkenalkan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan serta lain-lain lagi.

Ekonomi dan Etnisiti

“I had the opportunity to talk to Malaysia’s Prime Minister after riots in Indonesia. His country has also experienced ethnic riots in the past. Malaysia has done a lot to prevent their recurrence, including putting in a program to promote employment for ethnic Malays. Mahathir knew that all gains building a multiracial society could be lost, had he let IMF dictate its policies to him and his country and the riots had broken out. For him, preventing a severe recession was not just a matter of economics, it was a matter of the survival of the nation.” Joseph Stiglitz, (Globalization and Its Discontents, 2002).
Daripada kenyataan ini, ianya menjelaskan kepada kita akan penyelesaian ekonomi sahaja tidak mencukupi kerana ianya berkait rapat dengan etnisiti. Ianya bermaksud, sekiranya berlaku masalah ekonomi secara langsung ianya menjadi masalah etnisiti.
Justeru itu, dalam kesempatan yang sedikit ini, bersama-samalah kita bersyukur di atas ni’mat keamanan yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita.

P/s: Walau siapa pun kita, walau berbezanya ideologi kita namun kekalkan keamanan yang sedia ada kerana kita BANGSA MALAYSIA yang mana kita memegang panji bendera malaysia.  Lantaran peristiwa yang berlaku minggu lepas yang mana terdapat segelintir masyarakat yang mencalarkan maruah Malaysia.. Buck sedikit kecewa kerana golongan tersebut adalah rakyat Malaysia sendiri, Biarpun berbeza ideologi, namun usah hilangkan etika dan nilai-nilai ketimuran yang kita miliki.. Etika yang telah pun terdidik didalam diri kita yang diasuh oleh orang2 tua dulu. Jesteru, sekali lagi Buck menyeru usah kita hilang jati diri kita sebagai Bangsa Malaysia.....

No comments:

Post a Comment