Alhamdulillah,akhirnya di izinkan oleh Allah swt untuk saya menulis di dalam blog ini.Melihatkan pada teknologi yang semakin canggih dan semakin berkembang ini patutlah kiranya kita bersyukur kepada pencipta kita kerana diberi kemudahan untuk kita menyalurkan idea2 serta berpeluang untuk membincang mengenai sesuatu yang berfaedah agar kita menjadi umat yang terbilang dan gemilang sebagaimana gemilangnya umat islam terdahulu dan begitu mantap akidah serta pegangan mereka.Dikesempatan yang ada ini,sudilah kira nya saya mengutarakan pendapat saya mengenai isu remaja walaupun ianya kerap kali dibincang oleh mereka yang arif.Lantaran sikap remaja masa kini yang semakin kurang menjadi akhlaknya tetapi tidak semua mereka ini patut dipersalahkan.Saya tidak mahu mencari siapa punca remaja2 ini bersikap diluar batasan kerana jawapan itu ada pada diri kita sendiri.Bagi saya pengisian rohani itu amat penting diserapkan kedalam jiwa remaja zaman sekarang.Kita lihat saja kemenangan umat islam terdahulu,apakah rahsia mereka berjaya menguasai 2/3 dunia?apakah rahsia kejayaan mereka sewaktu islam berada di kemuncak kegemilangan?kekuatan rohani mereka inilah yang membawa kecemerlangan islam,disebabkan kekuatan inilah mereka dapat memacu bahtera kehidupan di lautan dunia sehingga teguhnya mereka berdiri dengan memegang panji keagungan islam.
Oleh kerana begitu kosistennya mereka mengamalkan ajaran islam,akhirnya kejayaan demi kejayaan berjaya mereka rangkul sehingga byk membawa kepada manfaat kepada umat manusia.Namun lihatlah sekarang,remaja sekarang tidak lagi berpegang teguh kepada ajran islam,lantaran itu terbit dari jiwa mereka yang kosong itu untuk melakukan sesuatu yang di luar batasan.Bertindak kasar dengan guru,derhaka kepada ibubapa dan sebut saja mengenai gejala sosial,sudah bertimbun-timbun kes yang kita dapat lihat.Dari bercinta sehinggalah melahirkan anak luar nikah.sedih nya bila menyebut hal-hal sebegini,bayangkan generasi yang bakal menerajui negara sudah kian layu akhlak mereka,jika mereka sudah gagal untuk memacu dan memimpin diri mereka,bagaimana mereka hendak memacu dan memimpin sebuah sebuah keluarga dan seterus nya negara?bagaimanakah syiar islam dapat ditegak jika perkara ini dilihat seperti seolah-olah menjadi satu budaya baru? islam mempunyai ketamadunannya yang tersendiri yang sudah pun ditunjukkan betapa gemilangnya tamadun islam.Kenapa kita tidk mengambil iktibar untuk mengembalikan kegemilangan islam yang terdahulu?Tepuk dada,tanya iman..Wallahua'lam..salam.

No comments:
Post a Comment