Bismillah..
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7
tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan
beberapa karya Islamik yang lain.Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak
keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya
dah bersedia".Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?".
"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam hujan lebat itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga
dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.Setelah dua jam, hanya
tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak
akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa
yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak
terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu
dirumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun
tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya
daripada pergi,mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan
menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.Berdiri di depan pintu adalah seorang
lelaki dalam lingkungan 50an.Mukanya suram dan sedih.
"Nak, apa yang pak cik boleh bantu?"
Lalu jawab anak kecil itu dengan wajah yang bersinar-sinar
"pak cik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan pak cik dan
sentiasa memelihara pak cik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan pakcik adalah
orang yang paling bertuah".
Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya.
Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu".Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan
perlahan dan berdiri. Dia adalah lelaki separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang
kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat
minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Isteri saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya
keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya."Pada Jumaat minggu lepas saya
mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas
tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan
di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar,
pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi.
Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi"."Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah
pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus
pergi ke pintu"."Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.Senyumannya benar-
benar ikhlas". "Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan
yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar"."Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus
baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya
diletakkan semula ditempat asal mereka.Aku tak perlukan itu lagi"."Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi
seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat
alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari
itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka" .Tiada satu pun anak mata di masjid
itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun
dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis
sesungguh-sungguh hatinya.Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang
amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya.
Seorang anak yang seumpama malaikat.Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH
kepada makhlukNya yang penyayang.

No comments:
Post a Comment