Segala puji bagi Allah,tuhan sekalian alam kerana masih diberikan ruang dan peluang untuk kita. Alhamdulillah. Dalam entri kali ini, atuk cuba nak berkongsi sedikit pengetahuan mengenai seorang tokoh ulama yang terkenal yang juga merupakan pengasas kepada pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Insya-Allah, atok cuba untuk memuatkan sebanyak mungkin maklumat yang atok perolehi melalui pencarian dan pembacaan mengenai tokoh ini. Cintailah para ulama' kerana ulama' itu pewaris nabi.Untuk entri yang pertama ini, atok mulakan dengan tajuk latarbelakang keluarga Imam Hasan al-Banna. Kata orang tak kenal, maka tak cinta.
Latarbelakang Keluarga Imam Hasan
Al-Banna
Syeikh
Abdur-Rahman Al-Banna merupakan datuk kepada Imam Hasan Al-Banna yang tinggal di
kampung bernama Syamsyirah. Beliau mempunyai dua orang anak lelaki yang bernama
Ahmad dan Muhammad. Ahmad Al-banna menuntut di Universiti Al-Azhar manakala
Muhammad Al-Banna pula terlibat dalam bidang pertanian. Setelah kematian Syeikh
Abdur-Rahman Al-Banna, Ahmad Al-Banna telah berpindah ke Mahmoodiah untuk
menetap disana. Setibanya di sana, Ahmad memulakan pekerjaan sebagai tukang
membaiki jam. Separuh harinya digunakan untuk mencari rezeki manakala
selebihnya digunakan untuk mangkaji dan belajar Al-Quran dan As-Sunnah. Di
samping itu, Ahmad Al-Banna juga mempunyai sebuah perpustakaan yang mengandungi
berbagai buku berharga mengenai Islam dan Sunnah.
Apabila
penduduk di kawasan itu telah membina sebuah masjid mereka sendiri, mereka
telah memjemput Ahmad Al-Banna menjadi imam solat Jumaat yang pertama di situ.
Kepetahannya bercakap dan khutbahnya yang berilmiah itu telah menarik hati
orang ramai, lalu beliau telah dilantik menjadi Imam dan Khatib tetap masjid
tersebut atas permintaan orang ramai. Ahmad Al-Banna menerima tugas tersebut
kerana mencari keredhaan Allah dan bukan kerana inginkan keuntungan kebendaan.
Beliau meneruskan pekerjaannya sebagai tukang jam untuk menyara hidupnya dan
masa lapangnya digunakan untuk mengkaji Hadis.
Lantaran
usahanya yang berterusan itu, Ahmad bin Abdur Rahman Al-banna berjaya menyusun
banyak buku mengenai hadis. Beliau turut menyusun semula Musnad Ahmad bin
Hanbal menurut bab-bab di segi ilmu fiqh. Kitab ini dinamakan 'Al-Fathur
Rabbani Fi Tartib Musnad Imam Ahmad bin Asy-Syebani'. Kemudian beliau menulis
pula huraian terperinci mengenai kitab tersebut dan menamakannya
'Bulugh-ul-Amani Min Asrarul Fath-ur-Rabbani. Selain itu, beliau turut menulis
'MinhatulMabud' yang mengandungi huraian mengenai kitab Abu Dawud. Antara
kitabnya yang lain ialah 'Badayi'-al Musnad Fi Jama Wa Tartib Musnad as-syafi'e
wal sunnan' yang mengandungi huraian Musnad dan Sunnan Imam Syafi'e.
Beliau
telah memperoleh tujuh orang anak hasil perkongsian hidup dengan isteri
pertamanya. Antaranya ialah Imam Hasan al-Banna yang merupakan anak sulung
kepada tujuh orang adik-beradiknya. Manakala, dengan isteri keduanya, beliau
memperolehi seorang anak perempuan yang bernama Faridah Al-Banna.

No comments:
Post a Comment