Syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, masih ada kesempatan dan ruang untuk kita. Hmmmm....Urrmmmm....Errmmmm....?????...@@@@...Atok menanti idea datang, masih berkira-kira memilih untuk tajuk Dunia Persilatan Vs Dunia Siber tapi bahan masih lagi tidak mencukupi kerana atok mahukan sesuatu yang berkualiti. Ini kerana, entri yang berkualiti adalah entri yang mempunyai nilai manfaat untuk pembaca. Bila entrinya dibaca, saham buat diri semakin bertambah.
Perumpamaannya cukup mudah, ibarat sepohon pokok manggis yang berbuah lebat. Bila dipandang pada buahnya, hmmmm...cukup elok, sempuran dan cantik tapi rugi, jika isinya tidak secantik rupa luarannya, mungkin rasanya tawar atau mungkin juga kelat. Begitu jugalah dengan entri yang berkualiti.Setiap entri yang berkualiti biarlah mempunyai mesejnya yang tersendiri.Hmmm..kadang-kadang bukan semua pembaca mampu menghadam mesej yang cuba disampaikan,yang penting usaha kena ada.
Namun yang paling mengecewakan ialah bila ada dikalangan bloggers yang lebih suka memfitnah dan mengadu domba sehingga boleh membawa kepada perpecahan dan pergaduhan.Insya-Allah, bersama-sama kita cuba menulis entri yang berkualiti. Fikiran atok masih melayang diawangan mencari idea. ahhh..mungkin tidak untuk malam ini...zZzZz

No comments:
Post a Comment