
Salam,
Genap lebih kurang 40 tahun,pada 21 Ogos 1969,telah berlaku peristiwa hitam yang mencalarkan maruah umat islam.Ianya merupakan satu penghinaan yang dilakukan oleh golongan yahudi bagi menjayakan rancangan mereka iaitu projek mengyahudikan masjidil Aqsa.Pada Tarikh ini,Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat islam telah dibakar oleh seorang pelampau yahudi bernama Michael Dennis yang berasal dari Australia.Usaha ini disokong kuat oleh gologan kristian zionis. Dalam peristiwa ini,Michael telah menyalakan api di dalam masjidil Aqsa untuk membakar hangus masjid dan sekaligus memusnahkannya.Namun usaha gigih dan tangkas oleh penduduk islam di baitul maqdis selama sehari suntuk,akhirnya berjaya memdamkan api tersebut.Kejadian ini merupakan satu jenayah besar bagi memilukan hati umat islam di seluruh dunia yang dirasai hingga ke hari ini.Michael tidak berseorangan dalam jenayah terkeji ini,sebaliknya dia telah mendapat sokongan padu dari rejim zionis israel laknatullah yang sentiasa berusaha bagi projek pengyahudian masjidil Al-Aqsa bagi membina solomon temple atau dikenali sebagai kuil sulaiman di dataran baitul maqdis.
Kemusnahan Al-aqsa
Menurut saksi,pada hari tersebut,pasukan tentera israel telah sengaja menutup saluran paip airmenuju ke Masjidil Al-aqsa agar agenda ini berjalan dengan lancar.Antara yang musnah dalam kebakaran tersebut ialah mimbar Solahuddin al-Ayyubi yang dibina sejak zaman Nuruddin al-Zinki,Mihrab zakaria dan sebahagian besar serambi masjid.Turut musnah dalam kejadian tersebut adalah atap-atap masjid yang telah roboh menyembah bumi serta tiang-tiang yang indah dengan hiasan ayat-ayat al-Quran.Penjenayah telah ditangkap tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa sebarang hukuman.Malahan dia dengan rasa bongkaknya telah berkata bahawa apa yang dilakukannya termaktub di dalam ajaran kitab Talmud.Michael turut menyatakan bahawa dia telah berjaya di dalam melaksanakan misinya yang didakwa perintah dari tuhan.Mahkamah israel telah membebaskan michael dgn alasan dia adalah seorang yang tidak siuman dan di hantar pulang ke Australia.Demikianlah betapa gigih nya zionis bersama kroni-kroninya memerah keringat mereka untuk menghapuskan masjidil al-Aqsa dan seterusnya menjayakan rancangan mereka.
Projek pengyahudian masjidil al-Aqsa
Masjidilal-Aqsa telah jatuh ke tangan penjajah zionis pada bulan jun 1967.Sejak dari itu,peristiwa demi peristiwa berlaku di masjid yang diberkati ini dengan kejadian yang begitu menguji perasaan umat islam.Selain dari pembakaran masjidil al-Aqsa,antara jenayah lain yang dilakukan oleh rejim zionis ialah:-
1) Menghalang umat islam dari menziarahi masjid ini.
2) Menghalang usaha membaik pulih bahagian masjid al-Aqsa yang rosak.
3) Perampasan tembok Buraq.
4) Mengadakan upacara agama yahudi di dalam al-Aqsa.
5) Siri pengeboman dan pembunuhan umat islam di masjidil al-aqsa secara terancang.
5) Penggalian terowong yang besar di bawah masjid.
Kesimpulannya,kepada semua umat islam tidak kira dimana anda berada,bangunlah dari tidur.Sedarlah tentang apa yang sedang berlaku ke atas umat islam.Oleh itu,bermula dengan diri kita,kenalilah sejarah palestin dan kepentingan masjidil al-Aqsa serta tanamkanlah dan dan didiklah diri serta keluarga tentang keutamaan dalam urusan umat islam termasuk apa yang berlaku di palestin..Bersama-samalah kita mengorak langkah ke hadapan demi kesucian masjidil al-Aqsa yang tercinta.... Wallahu'alam..salam..
No comments:
Post a Comment