Showing posts with label Isu Ummah. Show all posts
Showing posts with label Isu Ummah. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

Tarbiah Rohani buat si Pencari Jalan Lurus



Usaha dan gerak kerja meninggikan syiar Islam bererti usaha menegakkan akidah dan tauhid Islami. Apabila akidah ditegakkan, ianya bermaksud kita telah meletakkan batu asas Islam yang paling utama, kerana tanpanya, Islam tidak dapat berdiri.Mudah runtuhlah Islam seseorang sekiranya akidahnya lemah.

Kekuatan akidah menjadi dasar kepada kesempurnaan agama Islam yang meliputi hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia yang mana merangkumi syariat, ibadat, hukum dan akhlak. Keutuhan dan kemantapan akidah Islami diibaratkan sebagai akar tunjang bagi sebatang pokok yang kuat. Akar tunjangnya menjunam kukuh kedalam bumi. Sekalipun ribut taufan melanda, ia tetap mampu bertahan. Namun, berbeza dengan pokok yang tidak berakar tunjang. Ia tidak akan mampu bertahan walaupun ditiup oleh angin sepoi-sepoi bahasa.

Begitulah gambarannya bagi orang yang lemah imannya. Imannya sekadar difikiran tetapi tidak bertunjang di dalam hati. Dia tidak akan mampu bertahan walau diuji dengan ujian yang kecil. Akidah Islami menjadi begitu penting kerana ianya kunci kebahagiaan  di dunia dan akhirat serta menjadi syarat menuju ke syurga.

Saturday, December 3, 2011

Mengenali Palestin


Perkataan negara Palestin adalah merujuk kepada Philistine, yang merujuk kepada nama satu kaum yang telah lama mendudukinya sejak awal sejarah. Penduduk asal Palestin dikatakan arab kacukan bangsa Philistine, Canaanite dan lain-lain kaum yang pernah menduduki Palestin jauh lebih awal dari orang Israel yang masuk ke Palestin selepas melarikan diri daripada Mesir dalam abad ke 12 SM. Palestin juga disebut Baitul Maqdis.Didalam peristiwa Isra' dan Mi'raj, Rasulullah SAW diperjalankan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sebelum dibawa naik ke Sidratul Muttaha.

Masjidil Haram merupakan titik tolak Isra' dan Masjidil Aqsa merupakan titik tolak Mi'raj.Ini menunjukkan peri pentingnya bumi Al Quds itu kepada umat islam. Di sana terletaknya masjid yang menjadi qiblat pertama bagi umat islam. Di sana juga terletaknya pusara para anbiya’ dan solihin. Ia juga adalah tempat lahir,tempat tinggal dan tempat persinggahan para nabi seperti Nabi Ibrahim, Nabi Yaakob, Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lain lagi.

Rasulullah telah menegaskan kedudukan Masjidil Aqsa terhadap Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Dari Abu Said Al-Khudri ra, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, ‘Janganlah melakukan ziarah kecuali ke tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidil Aqsa, dan masjidku ini (yakni Masjid Nabawi).” (HR Bukhari dan Muslim). Ini juga menunjukkan kemuliaan dan keutamaan Baitul Maqdis bagi umat islam.

Jesteru di zaman Rasulullah SAW para sahabat berjuang bermati-matian untuk membuka kota Baitul Maqdis. Bermula dengan Peperangan Khaibar (7H), Peperangan Mu’tah (8H), dan pengutusan pasukan Usamah bin Zaid (11H) membuktikan komitmen mereka yang tinggi untuk membuka pintu rehlah ke Baitul Maqdis.Setelah kewafatan Rasulullah SAW, perjuangan diteruskan sehinggalah kemenangan berpihak pada pihak tentera Islam di bawah pemerintahan Saidina Umar.


Konflik Palestin

Pada tahun 492 H, Tentera Salib menyerang dan menakluki Baitul Maqdis dari empayar islam. Umat Islam Palestin hidup di bawah pemerintahan Salibiyyah yang dipenuhi dengan kekejaman dan penindasan. Namun kekuasaan mereka akhirnya berjaya ditumbangkan oleh pasukan tentera Sultan Salahuddin Al Ayyubi selepas 91 tahun memerintah.

Bumi Palestin dipenuhi dengan keamanan dan kemakmuran di bawah pemerintahan Sultan Salahuddin dan pemerintah-pemerintah berikutnya. Namun keamanan dan kemakmuran ini tidak kekal. Inggeris mengalahkan ‘Daulah ‘Uthmani’ dalam Perang Dunia Pertama yang menyebabkan Palestin dikuasai Inggeris. Theodore Hertzel, pemimpin spritual gerakan ras Yahudi dan wartawan Austria, menulis bukunya ‘Negara Yahudi’ pada tahun 1896. Terbitnya buku Negara Yahudi, penyebarannya adalah bertepatan dengan fasa terakhir ‘Daulah ‘Uthmani’.



British melaksanakan Projek Zionis dan mengeluarkan Deklarasi Balfour pada 2 November 1917 yang mengizinkan penubuhan negara kebangsaan Yahudi di Palestin dan menyempurnakan pendudukan mereka di sana pada September 1918. Perjanjian ini telah mengkhianati janji terhadap kebebasan dan kemerdekaan masyarakat Arab yang dipimpin oleh Sharif Husayn. Pada bulan November 1947, majlis PBB telah membahagikan wilayah Palestin menjadi 56.5 % untuk Yahudi dan bakinya untuk Palestin serta menjadikan status Jerussalem sebagai wilayah antarabangsa.
Dengan sokongan ini, orang Yahudi semakin nekad dan berani menonjolkan watak asli mereka yang jahat dan kejam.Pada Januari 1948, tentera Yahudi telah mengepung dan mengusir warga Palestin serta melakukan pembersihan etnik di sepanjang pantai. Zionis telah mengumumkan penubuhan negara ‘Israel’ pada malam 14 Mei 1948 setelah Britain mengundur diri dari Palestin. Tindakan Yahudi membentuk negara Israel di Palestin ini mendapat kecaman dari negara Arab.

Pada bulan Jun 1967, Israel telah melancarkan perang ke atas rejim Arab.Sebahagian besar tanah Palestin telah hilang. Lebih kurang seramai 330,000 penduduk Palestin telah menjadi pelarian. Zionis menjadi semakin gah menguasai tanah Palestin selain cuba menghapuskan identiti penduduk Palestin. Termasuklah semua ciri-ciri peradaban mereka.. Yahudi telah membina penempatan haram dari masa ke semasa menyebabkan pelarian rakyat Palestin semakin bertambah.

Mereka juga telah banyak melakukan pembunuhan kejam ke atas umat Islam Palestin sejak pendudukan Zionis sehinggalah ke hari ini. Rusuhan umat Islam meletus pada 1973 setelah Suruhanjaya Peel mula menggariskan syarat-syarat bagi penubuhan negara Yahudi tersebut. Suruhanjaya Peel telah mencadangkan supaya Palestin dipecahkan kepada sebuah negara Yahudi.



Dibawah rancangan ini, 33% dari negara Palestin diserahkan kepada Yahudi. Ini merupakan satu penghinaan yang kepada umat Islam sedangkan peratusan tanah yang dimiliki oleh penduduk Yahudi tidak melebihi 5.6%. Di bawah rancangan ini,ratusan kampung-kampung Palestin akan diserahkan kepada Yahudi. Sejak pendudukan Yahudi juga, mereka bukan hanya melakukan pembunuhan kejam malah cuba untuk melenyapkan Masjidil Aqsa. Matlamat mereka adalah untuk membina Haikal Sulaiman dan mereka mendakwa di bawah tapak itu juga mempunyai harta peninggalan nenek moyang mereka.

Pada 21 Ogos 1969,seorang pelancong Austria yang bernama Michael Rohan merupakan bangsa Yahudi telah membakar Masjidil Aqsa. Ianya telah menyebabkan sebahagian besar Masjidil Aqsa musnah antaranya ialah Mimbar Salahuddin Al-Ayyubi, Mihrab Zakaria, Masjid Umar Al-Khattab dan sebahagian besar serambi masjid. Namun penjenayah ini dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan dia adalah seorang yang tidak siuman. Masjidil Aqsa jatuh ke tangan Yahudi pada Jun 1967. Sejak itu juga, mereka telah merancang untuk membina terowong yang besar di bawah masjid ini. Selain itu, mereka turut menghalang umat Islam dari menziarahi Masjidil Aqsa.

Namun penentangan rakyat Palestin telah pun bermula sejak 1936 di mana mereka mengadakan bantahan terbuka secara meluas. Pada hari ini,perjuangan rakyat Palestin diteruskan fraksi-fraksi perjuangan seperti HAMAS yang diasaskan oleh As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin yang merupakan cebisan dari Ikhwanul Muslim Mesir. Matlamat mereka adalah mempertahankan kesucian Masjidil Aqsa dan mengembalikan hak-hak rakyat Palestin.


P/s : Rujukan Buck:-

Sunday, December 12, 2010

Masjidil al-Aqsa semakin terancam!! Mesti baca!!


Salam kepada pembaca. Menurut sumber haluan Palestin, (terbaru!!) puak-puak zionis memulakan langkah agresif mereka untuk menghancurkan Masjidil al-Aqsa. Menurut LPS (persatuan ulama palestin) ianya berikutan beberapa tindakan agresif dengan meningkatkan bilangan penempatan haram yahudi dan yahudisasi serta tindakan-tindakan agresif mereka untuk menghancurkan Masjidil al-Aqsa semakin meningkat. Persoalan atok: Di kala Masjidil al-Aqsa semakin terancam,apa tindakan kita?diam membisu?marah tapi tidak mampu berbuat apa-apa? atau hanya sekadar mengangguk dan mengatakan "oooo.."?. Buatlah sesuatu untuk Masjidil al-Aqsa, jangan hanya diam seperti batu. Berita lanjut : Haluan Palestin

Thursday, December 2, 2010

Warkah buat saudaraku


Bagaikan bom jangka yang meletup, kebangkitan suara masyarakat dunia meledak demi membantu saudara Islam disana khususnya dan menegakkan hak-hak kemanusiaan amnya. Fenomena ini bermula dengan usaha memecahkan sekatan yang dikenakan keatas Palestin. 

Thursday, August 26, 2010

PEMBOHONGAN media massa TERHADAP PALESTIN

Bismillah

Salam to all..



Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk “Israel, let’s talk about it”, Collon telah menyenaraikan 10 pembohongan besar yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.

Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:

1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.

2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.

3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.

4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.

5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?

6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion. Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel.Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut.

7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan. Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah. Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dahsyat bumi Gaza.

8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk memberi tekanan supaya beliau menutup mulut.Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara pemganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam, dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza.

9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.

10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkaya yang dapat menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika, Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Media massa perlu diberi tekanan supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan.



Gunakan internet dan apa sahaja media yang ada bagi menyebarkan perkara yang sebenarnya berkenaan Palestin dan apa yang berlaku di sana.

sumber: http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=4274

Tuesday, August 10, 2010

Bahaya Pemikiran Islam Liberal

Bismillah

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang dan kesempatan untuk masih mampu menulis. Selamat menyambut ramadhan al-Mubarak buat semua kaum muslimin dan muslimat tidak kira di mana jua anda berada. Semoga Ramadhan pada kali ini penuh bermakna dan lebih bermakna. InsyaAllah. Kali ini saya cuba untuk berkongsi mengenai sedikit mengenai Islam Liberal dan sekiranya ada kesilapan dan kesalahan,saya amat berharap teguran dari pembaca sekalian. Oleh kerana masih ada golongan diluar sana yang tidak memahami maksud sebenar ‘Islam Liberal’ ini sehingga ada di antara mereka yang tidak mahu langsung untuk mendalami bahayanya terhadap umat Islam. Islam Liberal mula diperkenalkan oleh buku “Liberal Islam: A source book” yang ditulis oleh Charles Kuzman (London, Oxford University Press, 1988) dan buku “Islamic Liberalism : A Critique of Development Ideologies ” yang ditulis oleh Leonard Binder (Chicago,University of Chicago Press, 1998). Namun idea yang mendokong liberalisme ini telah muncul sebelum tahun 1988.

Sebagai contoh, di Indonesia,idea-idea Islam Liberal telah ada sejak 1970 seiring dengan munculnya idea sekularisasi dan modernisasi Islam yang dibawa oleh Nurkholis Majid, Harun Nasution, Mukti Ali, dan kawan- kawannya (lebih lanjut rujuk buku 50 Tokoh Islam Liberal di Indonesia, Budi Handrianto, Jakarta ,2007). Gerakan liberisasi ini sebenarnya adalah pengaruh falsafah liberalisme yang dibawa dari Barat.

Sunday, July 18, 2010

Bersama menyemarakkan semangat jihad


Bismillah..
Buat masa nie,masa untuk menulis agak terbatas so at this time,i just wanna sharing this song.
Jom bersama menghayati video nie,agar sama-sama dapat menyemarakkan semangat jihad kita.



Tuesday, June 29, 2010


Ya Allah,kuatkanlah semangat umat Islam palestin serta pejuang-pejuang palestin yang berjuang di jalan-Mu.








Monday, June 14, 2010

Secangkir kopi seteguk darah

Bismillah

Salam to all..


Malam itu aku masih di kedai kopi,
Menghirup kopi hitam dan melahap roti bakar,
Bersama teman dan sahabat,
Sambil duduk aku mengerling pada skrin TV besar,
Melihat sebuah berita terkini.

Oooo..lupa aku bahawa,
Ada insan di bumi Palestin,
Tengah meratap-ratap pilu dan sedih,
Seorang wanita mencari anak gadisnya yang hilang,
Dalam timbunan puing-puing bangunan runtuh,
Dan peluru bersimpang-siur berdesir di telinganya,
Dia terus menjerit dan meraung-raung,
Atas kehilangan.

Dan wanita itu berlari-lari tanpa arah lagi,
Mencari anak lelakinya yang masih kecil,
Telah terlepas dari pautan tanganya,
Dan dilihatnya di celah gelimpangan mayat-mayat itu.

Ada sekujur mayat kanak-kanak,
Yang masih memegang senapang mainan di tangannya,
Itulah anaknya,
Dan dia terus menangis serta menampar-nampar mukanya,
Mencari suaminya dan dilantainya titisan darah,
Syahid!! Syahid!! Syahid!! jeritnya.

Aku hirup lagi kopi yang tinggal setengah...panas,
Dan aku kunyah sekeping roti bakar,
Temanku sibuk mengetip laptopnya,
Dan Tv terus menyiarkan lagi,

Friday, June 11, 2010

Delete logo Israel dari laptop atau dekstop

Bismillah..
Salam to all..

Saudaraku, meh pakat2 delete logo Israel dalam laptop atau dekstop anda..
Langkah-langkah nya :-

1) p kat disk C
2) cari folder PROGRAM FILES then open file..
3) lepas open, pilih MICROSOFT OFFICE
4) klik file 2, and then p MEDIA
5) klik kat CAGCAT10
6) cari file J0285926.WMF
7) DELETE

ni la rupe pic tuh..
DELETE tw..


wassalam..

Tuesday, June 8, 2010

Palestin dan Masjidil Aqsa : peranan umat Islam Part 2

Bismillah

Salam to all..
 
Saudaraku,

         Sejak pengisytiharan negara Israel, media Barat telah memberi gambaran yang salah mengenai rakyat Palestin dan perjuangan mereka untuk merebut kembali tanah air mereka yang telah dirampas oleh rejim Zionis lebih 60 tahun. Media barat telah menggelar mereka sebagai ‘pengganas’ sedangkan mereka sebenarnya pejuang yang menuntut hak mereka yang secara halal. Mereka sengaja membesarkan keperibadian pejuang Palestin sebagai ‘pengganas’ yang kononnya bertekad semata-mata untuk membunuh orang Yahudi. Tetapi kenyataan sejarah membuktikan bahawa sebenarnya yang ganas, kejam dan zalim ialah rejim Zionis dan konco-konconya, yang mengusir sebilangan besar rakyat Palestin dan merampas tanah milik mereka, lalu mengisytiharkan negara Israel di atas keruntuhan Palestin.


          Ramai pemimpin rejim Zionis pada masa ini terdiri daripada ketua-ketua kumpulan ganas yang pernah bertindak kejam membunuh jiwa dan membinasa harta rakyat Arab yang tidak berdosa sejak tahun 1948. Semua ini dilakukan dengan dakwaan mereka kononnya Palestin adalah waris bangsa Yahudi, yang dijanjikan oleh Tuhan di dalam Kitab Taurat(Old Testament).
  
          Sejak menduduki dan menawan Baitul Maqdis, mereka telah membunuh orang Islam yang sedang menunaikan solat di dalam masjid. Tentera Yahudi bukan sahaja menyerang dan memusnahkan masjid-masjid malah penduduk awam juga diserang dan dibunuh seperti yang berlaku pada 28 Oktober 1956 dimana petani-petani dibunuh dengan kejam.

         Malah tragedi pembunuhan yang berlaku di Sabra dan Syatila, dimana kedua-dua kem perkhemahan ini diserang oleh tentera Israel pimpinan Ariel Sharon telah membunuh lebih 3000 orang Islam yang tinggal di kem ini. Bagi mengaburi mata masyarakat dunia, tentera telah membicarakan kes ini dan mereka yang didapati bersalah dikenakan denda sebanyak 14 sen(USD) sahaja. Pada Mac 2002, kejadian sama berulang di kem pelarian Jenin.

        Selain itu, pembinaan Tembok Arpatheid (Tembok pemisah Tebing Barat) telah memisahkan penduduk Palestin sekaligus menyebabkan mereka terputus hubungan dengan ahli keluarga mereka yang menetap di dalam kawasan tembok tersebut. Pembinaan tembok ini bukan sahaja telah memutuskan tali persaudaraan mereka malah hak-hak mereka ke atas tempat tinggal mereka dinafikan.

        Tanah dan rumah mereka dirampas semata-mata untuk membina tembok ini. Mereka tidak dibenarkan tinggal di dalam kawasan tembok ini. Mereka yang dinafikan hak untuk pulang ke rumah mereka terpaksalah tinggal di kem-kem pelarian. Malah ada pelarian Palestin yang cuba pulang ke rumah mereka di Baitul Maqdis tetapi dihalau keluar oleh Yahudi.

          Tidak cukup dengan itu, ada juga penduduk Palestin yang tidak dibenarkan langsung kembali ke tanah air mereka. Bantuan makanan juga disekat dari dibawa masuk ke Palestin. Bantuan ekonomi juga dilumpuhkan, malah pengangkutan darat,udara dan laut dikenakan sekatan menyebabkan penduduk terputus hubungan. Mesir yang dulunya dilaung-laungkan boleh membantu penduduk Palestin kini hanyalah laungan kosong semata-mata.

           Pembinaan terowong-terowong bawah tanah bagi membawa masuk bekalan makanan ke Palestin diruntuhkan oleh pihak kerajaan Mesir. Bukan itu sahaja, konvoi viva palestin yang membawa bantuan bekalan makanan dan perubatan dihalang oleh kerajaan Mesir daripada masuk ke Semenanjung Gaza. Hal ini telah mencetuskan kemarahan peserta sehingga menyebabkan beberapa peserta ditangkap termasuk seorang rakyat Malaysia.

            Pemimpin-pemimpin yang mewakili rakyat palestin cuba melobi pemimpin didalam PBB tetapi menemui kegagalan disebabkan pengaruh Amerika Syarikat. Namun sejak serangan 21 Disember 2008, lensa kamera dunia mula memberi perhatian kepada isu Palestin, OIC mula menampakkan fungsi apabila cuba mengheret Israel ke mahkamah antarabangsa atas kesalahan melakukan jenayah perang. Manakala negara-negara arab menerima tamparan hebat apabila pemimpin Venezuela memutuskan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.


Saudaraku,

            Sebenarnya setiap daripada kita semua boleh menzahirkan rasa cinta kepada Palestin melalui banyak cara. Dalam masa yang sama, beberapa langkah yang praktikal harus diambil oleh setiap umat Islam demi menyelamatkan Masjidil Aqsa. Diantaranya ialah :

1) Bermula dengan diri kita, kenali sejarah Palestin dan kepentingan Masjidil Aqsa dalam aqidah umat islam dengan berusaha mendalami ilmu-ilmu agama dan juga menambah pengetahuan terhadap isu Palestin dan juga sebarang maklumat berkaitan dengan Masjidil Aqsa. Didiklah keluarga dan masyarakat tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam termasuk dengan apa yang berlaku di Palestin agar isu Palestin dan isu Masjidil Aqsa dapat dilihat dari kaca mata Islam dan bukan hanya dari kaca mata politik atau material semata-mata.

2) Berusaha untuk menyampaikan maklumat mengenai bahaya yang mengancam masjid suci umat Islam kepada seluruh umat islam di Malaysia selaras dengan kemampuan. Ruang teknologi maklumat merupakan satu medium yang paling efektif dan berkesan untuk menyampaikan maksud ini. Selain itu, ceramah dan program yang berkaitan dengan Palestin dan Masjidil Aqsa boleh dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat.

3) Masjid-masjid, organisasi-organisasi Islam dan dakwah, komuniti Muslim dan juga orng perseorangan boleh tampil dengan mengadakan memorandum dan mngumpulkan tandatangan mendesak OIC untuk menjadikan isu ini sebagai isu utama mereka dan jangan sesekali meminggirkannya. Memo tersebut kemudiannya boleh diserahkan kepada OIC yang sekarang dipengerusikan oleh Kuala Lumpur.

4) Menghulurkan bantuan kewangan kepada pelarian, anak-anak yaatim, balu-balu, dan juga rakyat Palestin yang merupakan tonggak utama dan barisan pertama umat Islam di dalam menghadapi musuh Zionis yang mengancam Masjidil Aqsa.

5) Memboikot barangan buatan Israel, barangan keluaran syarikat-syarikat pro-Zionis dan juga barangan buatan Amerika Syarikat(AS) yang bertanggungjawab membantu rejim Zionis dalam usaha mereka merobohkan Masjidil Aqsa.

6) Memahamkan isu ini kepada pelbagai lapisan masyarakat di negara kita dan mengajak mereka untuk turut serta dalam agenda memperjuangkan kesucian al-Aqsa. Selain itu, isu ini juga perlu melibatkan golongan bukan Islam di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.

7) Mendoakan keselamatan Masjidil Aqsa, keutuhan para pejuang Palestin dan juga penerusan kemenangan jihad umat Islam di Palestin demi mempertahankan Masjid Aqsa dan juga dalam usaha mereka menghalau penjajah Zionis dari bumi Baitul Maqdis dan juga Palestin.


Wassalam..
P/s : Artikel ini saya panjangkan di bawah tajuk Palestin dan Masjidil Aqsa. Ianya satu perkongsian hasil dari tugasan yang diberikan kepada saya. Saudaraku, Rasulullah bersabda"Sesiapa yang menunjukkan di atas sesuatu kebaikan,maka baginya pahala seumpama pelakunya". Atas dasar ini,saya berkongsi setakat mana yang diketahui oleh saya. Sampaikanlah walaupun satu ayat..

Bangunlah wahai Ummah

Bismillah..


Salam to all..


          Isu Palestin,isu umat Islam atau isu bangsa Arab? Sedih sungguh jiwa,menangis bila mengingatkan bagaimana seseorang kanak-kanak yang masih kecil memegang batu di tangan,batu yang digenggam erat dilemparkan ke arah sebuah kereta perisai. Logik akal tentulah batu yang kalah tapi simboliknya, anak kecil itu yang menang. Menang??iye..semangat juang demi mempertahankan tanah air mereka yang diceroboh oleh satu bangsa yang keji,bangsa yang bersikap pendendam dan sentiasa memusuhi Islam.
          Tingginya semangat juang kanak-kanak ini. Tidak mengenal erti ketakutan, tidak merengek walaupun badan cedera ditembusi peluru.Di saat rakyat Palestin dibantai oleh rejim zionis,mana saudara seakidah mereka?? Ada yang menolong tapi ada pula yang hanya melihat mereka dibantai dengan kejam oleh zionis. Rasulullah S.A.W pernah bersabda "Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam,maka dia bukanlah dari golongan mereka(orang-orang Islam)"
         Saudara-saudaraku, Lupakah kita pada sikap Salahuddin Al-Ayyubi?bila mana tentera salib menghalang umat Islam Palestin melakukan haji dan menganggu umat Islam dari menziarahi Masjidil Aqsa,dimana beliau bersumpah akan memenggal kepala ketua tentera salib itu setelah menguasai Jerusaleem(Palestin) sedangkan Salahuddin Al-Ayyubi pada ketika itu merupakan seorang pemimpin di Mesir. Lihatlah perwatakan yang ditonjol oleh Salahuddin Al-Ayyubi.
         Saudara-saudaraku, Bangunlah,usah membisu seribu bahasa melihat umat Islam Palestin dibunuh dengan kejam. Pembunuhan yang dilakukan oleh bangsa Yahudi boleh dilihat sebagai penghapusan sebuah etnik,budaya dan bangsa Palestin. Bantulah mereka wahai saudaraku..
       
wassalam..


Tuesday, June 1, 2010

Tentera Israel tembak aktivis pro-Palestin

Tentera Israel tembak aktivis pro-Palestin




GENTING GAZA - Sekurang-kurangnya 19 aktivis dilaporkan maut dan 66 yang lain cedera dalam serbuan tentera Israel ke atas kapal konvoi antarabangsa yang membawa bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza, semalam. Ketua kumpulan Pergerakan Islam di Israel, Sheikh Raed Salah terbunuh dalam serangan tidak berperikemanusiaan itu. Konvoi Freedom Flotilla dengan enam buah kapal yang dijadualkan tiba di Genting Gaza semalam, diserang di perairan antarabangsa, 65 kilometer dari persisiran Gaza. Rakaman video dari Mavi Marmara, kapal Turki yang mengetuai konvoi antarabangsa itu menunjukkan askar Zionis yang lengkap bersenjata menyerbu masuk melalui helikopter tentera dalam cubaan merampas kapal itu. Radio Tentera Israel mendakwa askarnya terpaksa menembak aktivis mengguna peluru hidup semasa operasi berkenaan selepas diserang dengan objek tajam dan senjata api. Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal penganjur konvoi itu, Free Gaza Movement yang berkata, askar rejim terus menembak sejurus menyerbu kapal itu. Wartawan agensi berita Al Jazeera yang berada di atas Mavi Marmara berkata, kapal itu mengibarkan bendera putih sebagai tanda menyerah diri dan tiada sebarang tembakan daripada aktivis seperti didakwa tentera Israel. Penganjur juga melaporkan kapal-kapal berkenaan ditarik ke bandar Haifa di Israel, bukan ke Ashdod seperti yang dirancang, untuk mengelak wartawan yang menunggu. Tentera laut Israel dilaporkan menghubungi kapten Mavi Marmara yang diarah mengesahkan identiti diri dan melaporkan arah tuju kapal itu sebelum dua kapal tentera Israel tiba dan mengepung kapal itu dari jauh. Penganjur konvoi yang membawa 10,000 tan bantuan kemanusiaan itu kemudian mengubah hala tuju kapal dan mengurangkan kelajuan untuk mengelakkan serangan pada waktu malam. Penganjur juga memberi jaket keselamatan kepada semua penumpang kapal dan mengarahkan mereka berkumpul di bawah dek sebagai langkah keselamatan selepas mengetahui kehadiran kapal tentera Israel. Seramai 700 aktivis pro-Palestin mengikuti konvoi yang cuba masuk ke Gaza itu untuk menghentikan sekatan Israel ke atas Genting Gaza, termasuk seorang pemenang anugerah Nobel, beberapa pegawai kerajaan dari negara Eropah dan seorang mangsa Holocaust. Konvoi berkenaan adalah usaha antarabangsa terbesar dalam tempoh tiga tahun untuk menghentikan sekatan Israel ke atas Genting Gaza dan menghantar keperluan asas kepada 1.8 juta rakyat Palestin. Sementara itu, jurucakap tentera Israel, Avital Leibovich mengesahkan serangan berlaku di luar perairan Israel. “Memang ia berlaku di perairan antarabangsa tetapi kami mempunyai hak untuk mepertahankan diri sendiri,” katanya. Terdahulu, Tel Aviv memberi amaran akan menghalang konvoi enam kapal berkenaan tiba di Genting Gaza dan akan menggunakan apa jua cara termasuk kekerasan untuk tujuan itu.
 sumber: Sinar On-line


Sunday, May 23, 2010

Palestin dan Masjidil Aqsa : peranan umat Islam

Bismillah..
salam to all..
2 minggu lepas,kitaorg pnyer lecturer untuk subject Islamic studies nih bagi tugasan..esk kna hntr(24 mei 2010).. dalam banyak tajuk yang dia kasi 2, saya pilih la tajuk Palestin dan masjid Al-Aqsa:peranan umat Islam..walaupun ada kwn2 sy yang takut nk amek tajuk ni,alasan mereka tajuk nih nmpk cam politik tapi iye ke? bagi saya xde lah politik..Syok tajuk nih.. lepas pilih tajuk tuh, maka bermulalah episod pencarian bahan2 dari pelbagai sumber. Jadi saya nk berkongsi lah sedikit sebanyak yang saya dapat..ini juz dari kaca mata saya. Terpulanglah kepada saudara/i untuk menilai nya dari perspektif saudara/i..

Anak kecil ini yang tidak mengerti akan erti sebenar peperangan tetapi menjadi mangsa. Andainya kita memahami apa yang diinginkan oleh anak kecil ini.Rasa-rasa apa yang minta?keamanan?keharmonian?atau mencari ibu yang hilang di celah-celah dentuman bom di wilayah bergolak?renungilah bersama..

Sejarah Palestin


Perkataan negara Palestin adalah diambil dari perkataan ‘Philistine’,yang merujuk kepada nama satu kaum yang telah lama mendudukinya sejak awal sejarah.Orang Palestin sekarang merupakan Arab kacukan bangsa-bangsa Philistine, Canaanite dan lain-lain kaum yang pernah menduduki Palestin jauh lebih awal daripada orang Israel yang masuk ke Palestin selepas melarikan diri daripada Mesir dalam abad ke-12 sebelum Masihi.Lokasi bumi Palestin secara geografi ialah wilayah di kawasan Timur Tengah yang terletak di sempadan utara Lubnan menghadap timur laut Syria dan timur Jordan serta ke arah selatan Mesir yang mempunyai keluasan 27,009 km persegi. Dalam al-Quran, Palestin disebut sebagai Baitul Maqdis atau tanah suci. Negara ini merupakan tempat suci agama Yahudi, Kristian dan Islam. Maka ia menjadi pusat persengketaan pelbagai bangsa selama sejak sekian lama.

Kedudukan Palestin Dalam Islam

Di dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj,umat islam telah diberikan satu isyarat oleh Allah SWT mengenai kepentingan Palestin, Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa.Dalam peristiwa ini,Rasulullah SAW diperjalankan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sebelum dibawa naik ke langit. Masjidil Haram merupakan titik tolak Isra’ dan Masjidil Aqsa merupakan titik tolak Mi’raj. Ini menunjukkan peri pentingnya bumi Al Quds itu kepada umat islam. Di sana terletaknya masjid yang menjadi qiblat pertama bagi umat islam. Di sana juga terletaknya pusara para anbiya’ dan solihin. Ia juga adalah tempat lahir,tempat tinggal dan tempat persinggahan para nabi seperti Nabi Ibrahim, Nabi Yaakob, Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lain lagi. Rasulullah telah menegaskan kedudukan Masjidil Aqsa terhadap Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Dari Abu Said Al-Khudri ra, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, ‘Janganlah melakukan ziarah kecuali ke tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidil Aqsa, dan masjidku ini (yakni Masjid Nabawi).” (HR Bukhari dan Muslim). Ini juga menunjukkan kemuliaan dan keutamaan Baitul Maqdis bagi umat islam. Jesteru di zaman Rasulullah SAW para sahabat berjuang bermati-matian untuk membuka kota Baitul Maqdis. Bermula dengan Peperangan Khaibar (7H), Peperangan Mu’tah (8H), dan pengutusan pasukan Usamah bin Zaid (11H) membuktikan komitmen mereka yang tinggi untuk membuka pintu rehlah ke Baitul Maqdis.Setelah kewafatan Rasulullah SAW, perjuangan diteruskan sehinggalah kemenangan berpihak pada pihak tentera Islam di bawah pemerintahan Saidina Umar.

Konflik Palestin


Pada tahun 492 H, Tentera Salib menyerang dan menakluki Baitul Maqdis. Umat Islam Palestin hidup di bawah pemerintahan Salibiyyah yang dipenuhi dengan kekejaman dan penindasan. Namun kekuasaan mereka akhirnya berjaya ditumbangkan oleh pasukan tentera Sultan Salahuddin Al Ayyubi selepas 91 tahun memerintah. Bumi Palestin dipenuhi dengan keamanan dan kemakmuran di bawah pemerintahan Sultan Salahuddin dan pemerintah-pemerintah berikutnya. Namun keamanan dan kemakmuran ini tidak kekal. Inggeris mengalahkan ‘Daulah ‘Uthmani’ dalam Perang Dunia Pertama yang menyebabkan Palestin dikuasai Inggeris. Theodore Hertzel, pemimpin spritual gerakan ras Yahudi dan wartawan Austria, menulis bukunya ‘Negara Yahudi’ pada tahun 1896. Terbitnya buku Negara Yahudi, penyebarannya adalah bertepatan dengan fasa terakhir ‘Daulah ‘Uthmani’.

British melaksanakan Projek Zionis dan mengeluarkan Deklarasi Balfour pada 2 November 1917 yang mengizinkan penubuhan negara kebangsaan Yahudi di Palestin dan menyempurnakan pendudukan mereka di sana pada September 1918. Perjanjian ini telah mengkhianati janji terhadap kebebasan dan kemerdekaan masyarakat Arab yang dipimpin oleh Sharif Husayn. Pada bulan November 1947, majlis PBB telah membahagikan wilayah Palestin menjadi 56.5 % untuk Yahudi dan bakinya untuk Palestin serta menjadikan status Jerussalem sebagai wilayah antarabangsa.

Dengan sokongan ini, orang Yahudi semakin nekad dan berani menonjolkan watak asli mereka yang jahat dan kejam.Pada Januari 1948, tentera Yahudi telah mengepung dan mengusir warga Palestin serta melakukan pembersihan etnik di sepanjang pantai. Zionis telah mengumumkan penubuhan negara ‘Israel’ pada malam 14 Mei 1948 setelah Britain mengundur diri dari Palestin. Tindakan Yahudi membentuk negara Israel di Palestin ini mendapat kecaman dari negara Arab.

Pada bulan Jun 1967, Israel telah melancarkan perang ke atas rejim Arab.Sebahagian besar tanah Palestin telah hilang. Lebih kurang seramai 330,000 penduduk Palestin telah menjadi pelarian. Zionis menjadi semakin gah menguasai tanah Palestin selain cuba menghapuskan identiti penduduk Palestin. Termasuklah semua ciri-ciri peradaban mereka.. Yahudi telah membina penempatan haram dari masa ke semasa menyebabkan pelarian rakyat Palestin semakin bertambah. Mereka juga telah banyak melakukan pembunuhan kejam ke atas umat Islam Palestin sejak pendudukan Zionis sehinggalah ke hari ini. Rusuhan umat Islam meletus pada 1973 setelah Suruhanjaya Peel mula menggariskan syarat-syarat bagi penubuhan negara Yahudi tersebut. Suruhanjaya Peel telah mencadangkan supaya Palestin dipecahkan kepada sebuah negara Yahudi. Dibawah rancangan ini, 33% dari negara Palestin diserahkan kepada Yahudi. Ini merupakan satu penghinaan yang kepada umat Islam sedangkan peratusan tanah yang dimiliki oleh penduduk Yahudi tidak melebihi 5.6%. Di bawah rancangan ini,ratusan kampung-kampung Palestin akan diserahkan kepada Yahudi. Sejak pendudukan Yahudi juga, mereka bukan hanya melakukan pembunuhan kejam malah cuba untuk melenyapkan Masjidil Aqsa. Matlamat mereka adalah untuk membina Haikal Sulaiman dan mereka mendakwa di bawah tapak itu juga mempunyai harta peninggalan nenek moyang mereka. Pada 21 Ogos 1969,seorang pelancong Austria yang bernama Michael Rohan merupakan bangsa Yahudi telah membakar Masjidil Aqsa. Ianya telah menyebabkan sebahagian besar Masjidil Aqsa musnah antaranya ialah Mimbar Salahuddin Al-Ayyubi, Mihrab Zakaria, Masjid Umar Al-Khattab dan sebahagian besar serambi masjid. Namun penjenayah ini dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan dia adalah seorang yang tidak siuman. Masjidil Aqsa jatuh ke tangan Yahudi pada Jun 1967. Sejak itu juga, mereka telah merancang untuk membina terowong yang besar di bawah masjid ini. Selain itu, mereka turut menghalang umat Islam dari menziarahi Masjidil Aqsa. Namun penentangan rakyat Palestin telah pun bermula sejak 1936 di mana mereka mengadakan bantahan terbuka secara meluas. Pada hari ini,perjuangan rakyat Palestin diteruskan fraksi-fraksi perjuangan seperti HAMAS yang diasaskan oleh As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin yang merupakan cebisan dari Ikhwanul Muslim Mesir. Matlamat mereka adalah mempertahankan kesucian Masjidil Aqsa dan mengembalikan hak-hak rakyat Palestin.


p/s: InsyaALLAH nanti ana smbg balik.. nk kna prepare untuk final writing..salam..

Saturday, May 15, 2010

Palestin tak pernah gentar (peristiwa 27.12.2008)

          Bismillah..
          Salam to all


Gambar kanak-kanak terbunuh

          Timbalan menteri pertahanan israel pernah memberikan ultimatum bahawa penduduk Gaza akan berhadapan Holocaust(ungkapan yang mengambarkan pembunuhan besar-besaran masyarakat yahudi eropah oleh Nazi semasa perang dunia ke-2).Tanggal 19.12.2008 perlaksanaan bermula dan 27.12.2008 serangan udara ke atas penduduk gaza bermula...


Pada 27.12.2008,hari rabu pada 11.24 pagi

           Suasana bandar Gaza tenang.Warga palestin menjalankan rutin harian seperti biasa.Di rumah, yang baru bersarapan mula mengemas dan memasak. Anak-anak kecil leka dengan bermain sempena cuti sekolah. Di suatu sudut kota Gaza,sepasukan pelatih polis Palestin sedang diraikan dalam majlis perbarisan tamat latihan.Setiap pelatih merasa gembira kerana penat lelah mereka dalam menjalani latihan kini mendapat penghargaan.Semangat mereka berkobar-kobar untuk berkhidmat memelihara keamanan negara tercinta.
          Ketika matahari mula menyinarkann bahang teriknya,telinga mereka bagaikan berdesing mendengar bunyi jentera diudara.Semakin lama bunyinya semakin dekat.Dalam sekelip mata,tanapa mereka jangka dentuman bom dan bedilan peluru dari jet pejuang Zionis memenuhi ruang kawad tempat mereka berbaris.Yang sempat lari,segera meninggalkan padang.Ada yang bersembunyi menyelamatkan diri di bangunan berhampiran.
gambar polis yang dibunuh

          Sebahagian mereka terkena serpihan peluru.Ada yang menjerit ditengah padang.Ada yang sudah tidak bergerak diselimuti darah merah yang masih panas.Suasana yang tadinya tenang bertukar kecoh.Kegembiraan bertukar ketakutan.
          Berpuluh-puluh jasad rebah menyembah bumi.Termasuk pegawai-pegawai tinggi polis yang berpangkat besar.Stesen-stesen TV menyiarkan gambar sebahagian mereka yang menunjukkan isyarat syahadah dengan jari telunjuk.Melihat ke langit,mereka dapati jet pengebom f16(buatan U.S) memenuhi ruang udara.Tel Aviv menghantar 60 pesawat tempur itu untuk meranap dan menghancurkan Gaza.
          Setelah kenyang melakukan pembunuhan di pusat latihan polis itu,mereka beralih ke bangunan-bangunan kerajaan Gaza dan markas-markas latihan HAMAS. Mereka membedil tanpa belas kasihan.Markas pertahanan awam turut dibedil.Hampir 10 org terbunuh di situ.Ambulans yang bersedia sepanjang hari untuk meyelamatkan mangsa turut dibedil.
          Waktu yang sama,televisyen Israel menyiarkan kenyataan Pemimpin mereka, "ini hanyalah satu serangan muqadimmah dan permulaan bagi peperangan yang panjang". Sambil menggelarkan operasi ini sebagai cast lead mereka berbangga dan menyifatkan serangan ini sebagai mempertahakan diri.Seperti biasa palestin tak pernah dengan serangan.Sebaik mengetahui sesebuah bagunan diserang,mereka bergegas berlari ke arah bangunan tersebut bagi menyelamatkan mangsa-mangsa serangan.Hari-hari berikutnya Gaza terus diserang oleh tidak kira siang dan malam.Gaza dijadikan ujian untuk mempamerkan senjata-senjata mereka.
          Setelah 22 hari serangan,hampir seluruh bangunan gaza menjadi rata dengan tanah,termasuk sekolah, rumah ibadat, hospital, bangunan sementara PBB, dan bangunan bantuan perubatan PPP.Lebih 1024 org penduduk gaza terbunuh,sebahagian besarnya adalah kanak2 dan wanita manakala lebih 650 org cedera.Hari-hari yang dilalui mereka sepanjang tempoh 22 hari merupakan penderitaan dan seksaan yang luar biasa peritnya bagi penduduk gaza.
          Dalam tempoh ini juga,rejim zionis telah menggunakan bom-bom phospor putih yang jelas diharamkan oleh PBB dalam apa2 peperangan kerana ianya memusnahkan bukan sahaja manusia tapi juga kemanusiaan.Seluruh dunia terkejut,tapi ianya terlambat untuk melakukan pencegahan.
          Sebelum berlakunya serangan ini,iaitu pada 25.12.2008,Tzipi Livni(menteri luar israel) pergi ke kaherah untuk memaklumkan kepada Husni Mubarak rancangan mereka menyerang gaza dan dia seolah2 bersetuju dengan rancangan itu.
         Pada 18.01.2009,israel mula bersuara mengenai gencatan senjata.Namun sebelum pengumuman,mereka melakukan 50 serangan termasuk ke atas sebuah sekolah dan dua buah masjid di bandar gaza. Tetapi pengumuman ini hanyalah gimik semata2.
 
 
 
Gambar serangan menggunakan phospor putih

Disini ingin juga saya lampirkan berita mengenai penggunaan phospor putih oleh israel sewaktu serangan..
 
BAITULMAQDIS: Israel kelmarin mengakui anggota tenteranya menggunakan fosforus putih dalam serangan ke atas Gaza Januari lalu tapi berkeras perbuatannya itu tidak mencabuli undang-undang antarabangsa.Dalam kenyataan setebal 163 muka surat yang dikeluarkan menjelang siasatan jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dijangka siap bulan depan, Israel mempertahankan serangan 22 hari itu “sebagai tindakan perlu dan sepadan” bagi membalas bedilan roket oleh Hamas terhadapnya.Kira-kira 1,400 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, dan 13 rakyat Israel terbunuh dalam serangan itu yang berlaku di antara 27 Disember 2008 hingga 18 Januari lalu. Israel sudah berkali-kali menepis tuduhan jenayah perang oleh beberapa kumpulan hak asasi manusia.Dalam laporan yang diterbitkan oleh Kementerian Luar itu, Israel berkata peperangan berkenaan adalah tindakan balasnya kepada 12,000 bedilan roket oleh militan Hamas di Gaza selama lapan tahun, selain pengeboman bunuh diri yang membunuh 1,100 orang di Israel.Ia menegaskan Israel memenuhi tuntutan undang-undang antarabangsa dalam serangan 22 hari itu, dan menambah ia sedang menjalankan siasatan menyeluruh ke atas 100 aduan mengenai salah laku anggotanya, yang ditimbulkan oleh PBB dan kumpulan hak asasi manusia.Kira-kira 13 fail jenayah dibuka, kebanyakannya membabitkan dakwaan bahawa askar Israel menggunakan orang awam sebagai penghadang manusia atau sengaja merosakkan harta benda, tambah laporan berkenaan.Sebelum ini Israel berkata siasatan dalaman oleh pasukan keselamatannya tidak menemui sebarang bukti mengenai salah laku serius oleh anggotanya dalam pertempuran di Gaza.Israel juga buat pertama kalinya mengakui dalam laporan berkenaan bahawa tenteranya menggunakan “senjata mengandungi fosforus putih” di Gaza, tapi menolak ia mencabuli undang-undang antarabangsa, dengan menyatakan ia tidak melepaskan tembakan seumpama di kawasan ramai penduduk.Sebelum ini Israel berkata ia sedang menyiasat dakwaan bahawa ia melepaskan tembakan fosforus, yang menyebabkan kesan terbakar serius, tanpa mengesahkan atau menafikan ia melakukannya.Israel tidak memberi kerjasama kepada siasatan PBB yang diketuai bekas ketua pendakwa jenayah perang PBB, Richard Goldstone dan menuduh pertubuhan berkenaan bertindak berat sebelah menentang negara Yahudi itu.Selain itu, satu lagi laporan menyebut 30 veteran Israel berkata mereka berusaha mengurangkan mangsa kecederaan di kalangan mereka, berbanding mengelakkan kematian orang awam di Gaza.“Ada usaha untuk terus menghidupkan isu ini, oleh itu kami akan menyediakan penjelasan sepenuhnya kenapa kami melakukannya, apa yang kami lakukan dan bagaimana,” kata pegawai kementerian Israel. - AP
 
 
 
*p/s: Ada plk kt fb ada kwn invite page 'dedicate for gaza' (nama penuh page 2 saya lpe),pages ni dia ada sebut pasal tarikh 27.12.2008-rakyat palestin xkan lupa,baca je pages 2..sy tulis psl peristiwa 2 tapi setakat yang saya tw jerk..maaf ek kalo tersilap tulis..penat da taip..setakat ni je dulu..hehehe... (lps nie ada assigment pun tajuk palestin dan masjidil aqsa:peranan umat islam..x siap ag..uwwaaa...) salam..

Monday, April 12, 2010

~Peristiwa Hitam 21 ogos~Mencalarkan maruah umat islam~






Salam,


Genap lebih kurang 40 tahun,pada 21 Ogos 1969,telah berlaku peristiwa hitam yang mencalarkan maruah umat islam.Ianya merupakan satu penghinaan yang dilakukan oleh golongan yahudi bagi menjayakan rancangan mereka iaitu projek mengyahudikan masjidil Aqsa.Pada Tarikh ini,Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat islam telah dibakar oleh seorang pelampau yahudi bernama Michael Dennis yang berasal dari Australia.Usaha ini disokong kuat oleh gologan kristian zionis. Dalam peristiwa ini,Michael telah menyalakan api di dalam masjidil Aqsa untuk membakar hangus masjid dan sekaligus memusnahkannya.Namun usaha gigih dan tangkas oleh penduduk islam di baitul maqdis selama sehari suntuk,akhirnya berjaya memdamkan api tersebut.Kejadian ini merupakan satu jenayah besar bagi memilukan hati umat islam di seluruh dunia yang dirasai hingga ke hari ini.Michael tidak berseorangan dalam jenayah terkeji ini,sebaliknya dia telah mendapat sokongan padu dari rejim zionis israel laknatullah yang sentiasa berusaha bagi projek pengyahudian masjidil Al-Aqsa bagi membina solomon temple atau dikenali sebagai kuil sulaiman di dataran baitul maqdis.

Kemusnahan Al-aqsa

Menurut saksi,pada hari tersebut,pasukan tentera israel telah sengaja menutup saluran paip airmenuju ke Masjidil Al-aqsa agar agenda ini berjalan dengan lancar.Antara yang musnah dalam kebakaran tersebut ialah mimbar Solahuddin al-Ayyubi yang dibina sejak zaman Nuruddin al-Zinki,Mihrab zakaria dan sebahagian besar serambi masjid.Turut musnah dalam kejadian tersebut adalah atap-atap masjid yang telah roboh menyembah bumi serta tiang-tiang yang indah dengan hiasan ayat-ayat al-Quran.Penjenayah telah ditangkap tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa sebarang hukuman.Malahan dia dengan rasa bongkaknya telah berkata bahawa apa yang dilakukannya termaktub di dalam ajaran kitab Talmud.Michael turut menyatakan bahawa dia telah berjaya di dalam melaksanakan misinya yang didakwa perintah dari tuhan.Mahkamah israel telah membebaskan michael dgn alasan dia adalah seorang yang tidak siuman dan di hantar pulang ke Australia.Demikianlah betapa gigih nya zionis bersama kroni-kroninya memerah keringat mereka untuk menghapuskan masjidil al-Aqsa dan seterusnya menjayakan rancangan mereka.






Projek pengyahudian masjidil al-Aqsa


Masjidilal-Aqsa telah jatuh ke tangan penjajah zionis pada bulan jun 1967.Sejak dari itu,peristiwa demi peristiwa berlaku di masjid yang diberkati ini dengan kejadian yang begitu menguji perasaan umat islam.Selain dari pembakaran masjidil al-Aqsa,antara jenayah lain yang dilakukan oleh rejim zionis ialah:-

1) Menghalang umat islam dari menziarahi masjid ini.
2) Menghalang usaha membaik pulih bahagian masjid al-Aqsa yang rosak.
3) Perampasan tembok Buraq.
4) Mengadakan upacara agama yahudi di dalam al-Aqsa.
5) Siri pengeboman dan pembunuhan umat islam di masjidil al-aqsa secara terancang.
5) Penggalian terowong yang besar di bawah masjid.

Kesimpulannya,kepada semua umat islam tidak kira dimana anda berada,bangunlah dari tidur.Sedarlah tentang apa yang sedang berlaku ke atas umat islam.Oleh itu,bermula dengan diri kita,kenalilah sejarah palestin dan kepentingan masjidil al-Aqsa serta tanamkanlah dan dan didiklah diri serta keluarga tentang keutamaan dalam urusan umat islam termasuk apa yang berlaku di palestin..Bersama-samalah kita mengorak langkah ke hadapan demi kesucian masjidil al-Aqsa yang tercinta.... Wallahu'alam..salam..