Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts
Sunday, September 18, 2011
Seruan Ilmu
Salam buat pembaca yang budiman..
Saudaraku, di dalam ajaran islam, ilmu yang penting itu terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Usulluddin, feqah dan tasawuf. Didalam sepanjang kehidupan selepas baligh sahaja setiap orang islam mesti melaksanakan secara serentak ketiga-tiga ilmu tadi.
Sunday, February 6, 2011
Hadis 1 - Kasih sayang sesama Muslim
Daripada Nu'man Bin Hasyir r.a berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w : perumpamaan orang-orang yang beriman itu dalam hal mereka saling cinta mencintai, kasih mengasihi dan bertimbang rasa sesama mereka adalah seperti sebuah tubuh badan. Apabila mana-mana anggota ditimpa penyakit maka seluruh anggota badan akan turut serta berjaga malam dan merasakan demam".
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Wednesday, December 8, 2010
Merasai keajaiban sujud
"Sujud bererti dia telah mengingatkan dirinya
terhadap asal kejadian dirinya dan
mengembalikan dirinya kepada tanah"
Sayugia dilakukan setiap kali ruku' dan sujud ketika solat, sentiasalah membaharui ingatan kepada Allah s.w.t. Setiap kali mengangkat kedua-dua tangan dan bertakbir bagi perpindahan rukun kepada ruku' dan juga sujud itu bagaikan seorang yang menyerah diri, minta belas kasihan serta perlindungan dari seksa.
Tuesday, December 7, 2010
Taubat nasuha seorang ahli maksiat
Dengan Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga baginda.Selamat tahun baru untuk pembaca semua.Sempena tahun baru dan azam baru. Atok kongsikan cerita ini,semoga dapat kita ambil pengajaran dan iktibar.Insya-Allah.
Diriwayatkan oleh Ka’ab al-Ahbar r.a. bahawa dalam kalangan Bani Israel dahulu ada seorang lelaki yang kerap melakukan fahisyah. (Ka’ab merupakan tabiin yang sangat alim tentang kitab taurat dan al-Quran. Walaupun baru memeluk Islam pada zaman Umar al-Khattab r.a, namun Umar r.a. amat menyenanginya kerana perkara-perkara yang beliau ucapkan selari dengan Islam. Beliau turut dinilai sebagai seorang yang boleh dipercayai oleh Ibnu Hajar.)
Menurut cerita Ka’ab, pada suatu hari lelaki itu turun ke dalam sungai untuk mandi. Tiba-tiba beliau mendengar satu suara yang mengatakan kepadanya
Thursday, December 2, 2010
Terbitnya fajar Islam ~~2~~
...Sesudah sampai Rasulullah s.a.w dan Muslimin di Badar, Habab menyusulkan cadangan agar mereka mendirikan khemah berhampiran air Badar dan membuat tambak disekelilingnya sekaligus dapat mencegah kaum musyrikin mendapatkan air. Cadangan Habab ini diterima oleh Rasulullah s.a.w. Ketika kaum Musyrikin tiba di Badar,sebahagian di antara mereka cuba untuk menasihati kaumnya untuk mengelakkan perang serta mengundurkan diri.Namun, Abu Jahal berpendapat bahawa mereka memiliki jumlah yang jauh lebih banyak dan kelengkapan yang lebih lengkap. Sedangkan kaum Muslimin tidak mempunyai kelengkapan yang banyak yang dapat membantu untuk menyerang dan melarikan diri. Jumlah yang banyak itu sekaligus membutakan mereka dan menjadikan mereka sombong. Mereka turut mengejek Muslimin dengan berkata" mereka ditipu oleh agamanya."Terbitnya fajar Islam ~~3~~
Akhirnya, kedua-dua pasukan pun saling berhadapan di pagi 17 ramadhan. Disitu, nampak jelas kecekapan Rasulullah s.a.w memimpin pasukan. Baginda sendiri yang meninjau pasukan, meluruskan barisan dan memberikan semangat kepada mereka sehingga semangat dan perasaan mereka menyala. Mus'aib bin Umair memegang panji Muhajirin sementara panji Khajraj bersama Habbab bin Mundhir,panji Aus bersama Saad bin Muadz sedangkan panji Rasullah bersama Ali bin Abi Thalib.Kemudian Rasulullah kembali ke markas pengendalian pasukan yang telah disiapkan buat Rasulullah s.a.w, lalu baginda pun berdoa "Ya Allah, realisasikanlah apa yang Engkau janjikan padaku, jika pasukan Islam ini binasa Engkau tidak akan pernah disembah dimuka bumi" (rujuk Tarikh al-Thabari, juz :2,hlmn 447).
Wednesday, November 10, 2010
Terbitnya fajar islam ~~1~~
"Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu)." (Ali Imran:123)
Hari demi hari telah berlalu pasca hijrahnya Rasulullah s.a.w ke Madinah. Sementara itu, para pembesar Quraisy masih dalam kezalimannya. Mereka menyeksa kaum Muslimin yang masih tersisa di Mekah dan menghalang sesiapa yang ingin berhijrah ke Madinah. Bukan itu sahaja, malahan mereka turut merampas rumah dan harta benda sesiapa yang ingin keluar meninggalkan Mekah. Setelah Aus dan Khajraj bersatu, di mana Islam telah berjaya melenyapkan permusuhan dan kebencian di antara mereka, dan ditambah lagi dengan eratnya ikatan persaudaraan dengan Muhajirin, maka jadilah kaum Muslimin di Madinah sebagai sebuah kekuatan yang mampu membela diri dan membela aqidah yang yakin sehingga mereka mampu untuk menghentikan keganasan dan kekejaman kaum musyrik. Pada Ramadhan tahun kedua Hijrah,setelah 19 bulan Rasulullah s.a.w di Madinah.
Monday, November 8, 2010
Apa itu sunnatullah?
Allah SWT mencipta langit, bumi dan seluruh isinya termasuk manusia. Allah juga mewujudkan peraturan demi untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka bukan sahajadi dunia, bahkan juga di Akhirat, tempat tinggal terakhir buat manusia.
Peraturan atau syariat Allah yang berlaku di bumi tempat tinggal sementara manusia ini, itulah yang dikatakan sunnatullah.
Ia merupakan peraturan dan perjalanan yang Allah Taala telah tetapkan dan peraturkan untuk manusia.
Yang wajib kenalah manusia ikut dan patuhi. Jika manusia tidak patuhi dan menolak sunnatullah itu, pasti manusia rosak dan binasa. Rosak dan binasa itu pasti terjadi di dunia lagi sama ada dalam jangka masa pendek mahupun panjang.
Apabila kita memperkatakan sunnatullah iaitu satu sistem dan peraturan yang ditentukan oleh Allah Taala buat manusia di dunia ini, ia tidak akan berubah dan tidak ada siapa yang boleh merubahnya sejak Allah Taala wujudkannya hinggalah sampai bila-bila.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah, engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan sunnatullah itu. (Fathir: 43)
Tuesday, October 19, 2010
Asim bin Thabit r.a, Hidup disisi Allah s.w.t -siri 2-
Friday, October 15, 2010
Asim Bin Thabit r.a ,Hidup disisi Allah s.w.t. -siri 1-
Apabila meletusnya perang Uhud, seperti yang dijanjikan kepada Rasulullah S.A.W, Asim keluar seumpama singa garang yang kelaparan. Dalam kegawatan perang itu, Asim berhasil membunuh anak-anak lelaki Sulafah binti Sa'ad yang bernama Musafik, Kilab dan al-Julas.Kematian ketiga-tiga mereka menimbulkan dendam sehingga ibu mereka berikrar memberikan ganjaran yang lumayan kepada sesiapa yang berjaya membunuh Asim Bin Thabit r.a.... Bersambung....:p
Thursday, September 2, 2010
Untuk apa kita berdoa?
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Berdoalah kepadaKu,nescaya akan Aku perkenankan bagimu.Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan yang hina" (Surah Ghafir 40:60)
Selagi kita sedar kedudukan kita sebagai hamba, maka selagi itulah kita akan terus berdoa kepada-Nya. Inilah prinsip yang dipegang dan diamalkan oleh orang-orang yang hampir dengan Allah s.w.t. Untuk apa kita berdoa?
Tuesday, August 10, 2010
Bahaya Pemikiran Islam Liberal
Bismillah
Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang dan kesempatan untuk masih mampu menulis. Selamat menyambut ramadhan al-Mubarak buat semua kaum muslimin dan muslimat tidak kira di mana jua anda berada. Semoga Ramadhan pada kali ini penuh bermakna dan lebih bermakna. InsyaAllah. Kali ini saya cuba untuk berkongsimengenai sedikit mengenai Islam Liberal dan sekiranya ada kesilapan dan kesalahan,saya amat berharap teguran dari pembaca sekalian. Oleh kerana masih ada golongan diluar sana yang tidak memahami maksud sebenar ‘Islam Liberal’ ini sehingga ada di antara mereka yang tidak mahu langsung untuk mendalami bahayanya terhadap umat Islam. Islam Liberal mula diperkenalkan oleh buku “Liberal Islam: A source book” yang ditulis oleh Charles Kuzman (London, Oxford University Press, 1988) dan buku “Islamic Liberalism : A Critique of Development Ideologies ” yang ditulis oleh Leonard Binder (Chicago,University of Chicago Press, 1998). Namun idea yang mendokong liberalisme ini telah muncul sebelum tahun 1988.
Sebagai contoh, di Indonesia,idea-idea Islam Liberal telah ada sejak 1970 seiring dengan munculnya idea sekularisasi dan modernisasi Islam yang dibawa oleh Nurkholis Majid, Harun Nasution, Mukti Ali, dan kawan- kawannya (lebih lanjut rujuk buku 50 Tokoh Islam Liberal di Indonesia, Budi Handrianto, Jakarta ,2007). Gerakan liberisasi ini sebenarnya adalah pengaruh falsafah liberalisme yang dibawa dari Barat.
Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang dan kesempatan untuk masih mampu menulis. Selamat menyambut ramadhan al-Mubarak buat semua kaum muslimin dan muslimat tidak kira di mana jua anda berada. Semoga Ramadhan pada kali ini penuh bermakna dan lebih bermakna. InsyaAllah. Kali ini saya cuba untuk berkongsi
Sebagai contoh, di Indonesia,idea-idea Islam Liberal telah ada sejak 1970 seiring dengan munculnya idea sekularisasi dan modernisasi Islam yang dibawa oleh Nurkholis Majid, Harun Nasution, Mukti Ali, dan kawan- kawannya (lebih lanjut rujuk buku 50 Tokoh Islam Liberal di Indonesia, Budi Handrianto, Jakarta ,2007). Gerakan liberisasi ini sebenarnya adalah pengaruh falsafah liberalisme yang dibawa dari Barat.
Thursday, July 15, 2010
Kisah Saidina Umar Al-Khattab r.a memeluk islam
Sebelum memeluk Islam,Umar Al-khatthab digeruni kerana menyeksa mereka yang memeluk islam. Suatu hari,Umar merasa marah dan sangat kecewa.dia keluar dari rumahnya sambil menghunus pedang. Di tengah jalan,dia bertemu dengan Nu’aim bin Abdullah al-Nahham yang telah memeluk Islam tanpa sepengetahuan orang ramai.
Nu’aim bertanya kepada Umar ,“Hendak kemanakah engkau Umar?”
Thursday, July 8, 2010
solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna
Harta, takhta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
Wednesday, June 30, 2010
Tasawwur Islam bukan tasawuf
Friday, June 25, 2010
Kisah Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dilahirkan pada tahun 470H di kampung Nif,Iran. Pada tahun 488H,ketika berumur 18 tahun,beliau telah berhijrah ke kota Baghdad untuk mencari ilmu dan pada masa yang hampir sama,ulama besar tasauf,Imam Al-Ghazali sedang meninggalkan baghdad untuk mencari kebenaran.
Sebelum berangkat dari rumahnya untuk mengikuti satu kafilah yang akan menuju ke Baghdad,ibu Syeikh Abdul Qadir telah memberinya sedikit wang sebagai belanja pergi dan balik serta sedikit bekalan makanan. Sebelum anaknya berangkat,ibunya telah menyembunyikan wang anaknya itu pada bahagian lengan baju anaknya lalu dijahitnya supaya tidak diketahui oleh orang lain.
Sebelum berangkat,ibu berpesan “Hai anakku,dengarlah baik-baik pesan ibu ini.Apabila engkau di dalam perjalanan dan berada di negeri orang,hendaklah engkau sentiasa bercakap dan berlaku benar.Ketahuilah bahawa orang Islam tidak boleh bercakap dusta.Berlaku benarlah baik didalam tutur kata mahupun didalam perbuatan supaya beroleh selamat dan dilindungi oleh Allah s.w.t.”
Ketika dalam perjalanan,tiba-tiba rombongan yang disertai oleh Syeikh Abdul Qadir telah diserang penyamun.Habis segala barang yang dibawa oleh beliau dirompak mereka.Setelah itu,seorang penyamun bertanya kepada beliau “Hai budak!Apa lagi yang ada pada kamu?Cakaplah benar kepadaku!”gertak penyamun itu dengan suara yang keras.Lalu dijawab oleh beliau “Ya,ada.Aku ada 40 Ashrafi”,ujarnya tegas dan bersahaja.
Penyamun itu terkejut mendengarkan kata-kata budak itu kerana pada sangkaannya tentu budak itu mempermainkannya.Masakan seorang budak hendak memberitahukepada seorang penyamun yang dia masih mempunyai wang. “Apakah engkau memperolokkan aku?” “tidak, sungguh tuan,saya tidak berkata dusta”sahut budak itu lalu menyambung “Tuan,tidakkah tuan tahu bahawa orang yang sedang menuntut ilmu itu seperti sedang berjalan menuju ke syurga kerana sentiasadisertai malaikat yang sedia menolongnya.Saya bercita-cita menjadi seorang yang beriman lagi berilmu.Apalah ertinya 40 ashrafi pada saya ini tuan hingga saya terpaksa berbohong?seorang Islam yang sejati tidak akana sekali berbohong sekalipun di dalam bahaya dan kesulitan”
Kali ini,penyamun itu merasa semakin terkejut lalu dibawanya ia berjumpa dengan ketuanya.”Siapa nama engkau dan dari mana engkau datang wahai budak?”
Tanya ketua penyamun kepadanya.”Nama saya Abdul Qadir dan saya datang dari Jilan,”jawabnya.
“Kemana kamu hendak pergi?”
“Baghdad”
“Tujuan apa engkau ke sana?”
“Saya hendak menuntut ilmu”
“Bagus!Engkau tentu bawa wang bukan?”
“Benar!Saya mempunyai 40 Ashrafis”
Mendengar pengakuan budak itu,ketua ini terkejut lantas berkata lagi “Benarkah apa yang engkau katakan,hai budak atau engkau sengaja hendak memperolok-olokkan aku?”
“Benar tuan!Saya tidak suka dan tidak pernah bercakap bohong kerana saya seorang Islam.Inilah ajaran ibu saya semenjak saya pandai bercakap lagi.Apalah erti wang 40 ashrafis bagi saya ini hingga saya terpaksa berbohong dan apalah gunanya saya hendak bersusah payah mencari ilmu di tempat yang jauh kalau untuk menjadi seorang pembohong! Akan sia-sialah segala amal dan ibadat saya dan sia-sialah pula asuhan dan didikan ibu saya.”
Dengan kuasa Allah s.w.t,ketua penyamun itu terpaku sebentar tatkala mendengar kata-kata Syeikh Abdul Qadir yang penuh iman dan hikmat itu lantas dia pun menjadi malu dan insaf. Akhirnya dengan bercucuran airmata kesedihan ketua perompak itu memohon maaf daripada Syeikh Abdul Qadir lalu bertaubat dari melakukan kerja yang mungkar itu.
Monday, June 21, 2010
Khutbah wida' dari Rasulullah s.a.w
Bismillah..
Salam to all..
Saudaraku, khutbah terakhir ini disampaikan oleh Baginda s.a.w sewaktu melakukan Haji yang terakhir pada 9 hb Zulhijjah tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah,gunung Arafah.Diharapkan dengan penulisan ini dapatlah kita berkongsi ilmu semoga dapatlah kita menyampaikan dan memperingati pada yang lain.
"Wahai manusia,dengarkanlah baik-baik apa yang hendak kukatakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim itu sebagai amanah yang suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara yang kecil. Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu,mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu,maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan lemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH,dirikanlah solat lima kali sehari,berpuasalah di bulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadah Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada yang lain. Kamu semua adalah sama,tidak ada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu,awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara ,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikutinya kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,menyampaikan pula kepada yang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.Saksikanlah ya Allah,bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Salam to all..
Saudaraku, khutbah terakhir ini disampaikan oleh Baginda s.a.w sewaktu melakukan Haji yang terakhir pada 9 hb Zulhijjah tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah,gunung Arafah.Diharapkan dengan penulisan ini dapatlah kita berkongsi ilmu semoga dapatlah kita menyampaikan dan memperingati pada yang lain.
"Wahai manusia,dengarkanlah baik-baik apa yang hendak kukatakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim itu sebagai amanah yang suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara yang kecil. Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu,mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu,maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan lemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH,dirikanlah solat lima kali sehari,berpuasalah di bulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadah Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada yang lain. Kamu semua adalah sama,tidak ada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu,awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara ,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikutinya kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,menyampaikan pula kepada yang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.Saksikanlah ya Allah,bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Saturday, May 8, 2010
Nasihat Luqmanul Hakim
Salam to all..
Kisah Luqmanul Hakim telah pun diceritakan oleh Allah s.w.t dalam surah al- Luqman.Apa yang ingin dikongsi adalah sedikit nasihat luqmanul hakim kepada anaknya agar dapatlah kita mengambilnya untuk dipraktikkan dalam kehidupan.Antara nasihat Luqmanul hakim kepada anaknya ialah:
1) "Hai anakku,Janganlah engkau mempersekutukan Allah(dengan sesuatu yang lain),sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar"
2 ')Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.'
3) " Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam,layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH."
4) "Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga."
5)"Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH."
6)"Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman."
7)"Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam."
Wallahu'alam..
Sunday, May 2, 2010
Bicara tasawuf
Tujuan penulisan ini bukanlah untuk membahaskan dengan lebih mendalam akan bidang ilmu tasawuf tetapi sebagai satu perkongsian ilmu dengan harapan yang tidak mengetahui akan lebih mengetahui. Terlebih dahulu,eloklah sekiranya kita mengetahui akan apakah itu tawasuf?Tasawuf boleh didefinisikan sebagai disiplin ilmu yang membawa diri ke arah akhlak yang baik(mahmudah) dan mengeluarkan diri dari akhlak yang tercela(mazmumah). Para ulama’ yang muktabar telah memberikan huraian ringkas mengenai definisi tasawuf :-
• Abu Muhammad al-Jurairi : “Tasawuf itu adalah memasuki diri ke dalam kebaikan dan mengeluarkan diri daripada akhlak buruk.”
• Abu Hassan al-Nuri : “Tasawuf ialah meninggalkan semua bahagian badan yang diperuntukkan kepada hawa nafsu cela/jahat dan melayani saja sifat terpuji(mahmudah).”
• As-Syadzili : “Tasawuf itu melatih diri dalam ubudiyah(sifat kehambaan) dan mengembalikan hukum-hukum rubbubiyah(sifat-sifat ketuhanan).”
• At-Tusturi : “Seorang pengamal tasauf atau sufi adalah orang yang selalu membersihkan diri daripada noda zahir dan batin,selalu bertakafur,sentiasa menghubungkan diri dengan Allah swt dan memutuskan hubungan tidak bermanfaat dengan manusia.”
Berkisarkan kepada definisi tersebut,dapatlah disimpulkan bahawa tasawuf berkisar kepada 3 peringkat(marhalah):-
1) Bidayah (permulaan petunjuk ke jalan Allah swt)
2) Mujahadah (proses berjuang ianya bukan hanya bererti berperang)
3) Mazaqat (hasil tasawuf)
Dalam mempelajari tasawuf,terdapat kaedah-kaedah yang wajib diketahui.Antaranya ialah:-
1. Batasan
2. Tema
3. Penyusun
4. Pengambilan
5. Nama
6. Hukum
7. Masalah
8. Penyandaran
9. Faedah
10. Keutamaan
11. Tujuan
Batasan
-Batasan tasawuf ialah meninggalkan pendakwaan menyembunyikan sesuatu yang berat difahami,muraqabbah kepada Allah swt,menyempurnakan cabang-cabang iman dan melakukan tahalli dengan penuh ketakwaan.
Tema
- Temanya ialah jiwa,hati dan ruh kerana tasawuf mencari cara mendidik dan mengatur jiwa,hati dan ruh agar mengenal Allah swt.
Penyusun
- Penyusunnya ialah Nabi Muhammad s.a.w
Pengambilan
- Dari kitab Allah,sunnah Rasulullah,ilham orang-orang soleh dan pembukaan orang-orang 'arif.
Nama
- Tasawuf Islami.
Hukum
-Fardhu ain.
Permasalahan
- Berkenaan dengan perbuatan-perbuatan hati.
Penyandaran(Permulaan ilmu itu dibicarakan)
- Iaitu Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib,kemudian diambil oleh Al Hasan Al Bashri(Al Hasan bin Yasar Al Bashri),diambil alih oleh Khubaib Al 'Ajami,berpindah kepada Abu Sulaiman Daud At Tha'i,beralih ke Abu Mahfuzh Ma'ruf Al Karkhi dan seterusnya...
Faedah
- Mendidik hati.
Keutamaan
- Ilmu yang utama.
Tujuan
- Mengenal Allah swt.
Kaedah-kaedah ini wajib diketahui agar matlamat utama tasawuf adalah mendapat keredhaan-Nya dengan membina adab dalam jiwa dan zahir dapat dicapai. Akhir sekali saya bawakan kata-kata dari Syeikh Ash Shaqli iaitu “ Setiap orang membenarkan ilmu ini adalah orang yang istimewa.Setiap orang yang memahaminya adalah orang yang istimewa dari antara yang istimewa. Dan setiap orang yang membawa ilmu ini dan berbicara didalamnya adalah laksana bintang yang tak dapat di capai dan samudera yang tak dapat diharungi.”
Wallahu’alam..salam..
Subscribe to:
Posts (Atom)















