Sunday, September 18, 2011

Seruan Ilmu


Salam buat pembaca yang budiman..
Saudaraku, di dalam ajaran islam, ilmu yang penting itu terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Usulluddin, feqah dan tasawuf. Didalam sepanjang kehidupan selepas baligh sahaja setiap orang islam mesti melaksanakan secara serentak ketiga-tiga ilmu tadi.
Samada dari segi praktikal dan teorinya. Ilmu ini merupakan ilmu serangkai yang tidak boleh dipisahkan, jika dipisahkan salah satu maka rosaklah yang lainnya. Sebagai contoh,jika berfeqah sahaja tanpa berusulluddin maka rosaklah ke-islaman kerana ibarat menanam anak pokok durian tanpa akarnya.Cuba fikirkan sejenak, jika pembaca menanam anak pokok durian yang dipotong akarnya, masakan tumbuh anak pokok tersebut.Dimana, jika diibaratkan dengan pokok tadi, akarnya ialah ilmu usulluddin, batangnya dan pohonnya ialah ilmu feqah, dan buah yang terhasil ialah ilmu tasawuf. Kuat akarnya, sihat batang dan dahannya serta menghasilkan buah yang baik yang mendatangkan manfaat untuk makhluk lain.
Saudaraku, justeru itu dalam ajaran islam, ilmu usulluddin ialah asas islam atau tapak islam manakala ilmu feqah serta ilmu tasawuf ialah furu' atau cabang-cabangnya. Namun apa itu ilmu usulluddin? Ilmu usulluddin itu berkaitan dengan keyakinan kita dengan Allah serta sifat-sifatNya samada yang wajib, mustahil serta harus. Ilmu ini turut berkaitan dengan keyakinan kita terhadap para Rasul-Nya serta sifat para rasul, keyakinan kita terhadap kitab yang pernah diturunkan oleh Allah seperti kitab Zabur,kitab Taurat, kitab Injil dan kitab Al-Qurannul Karim. Usulluddin juga berkaitan dengan keyakinan kita kepada para malaikat, Qada' dan Qadar serta hari Akhirat. Maka ilmu usulluddin menjadi ilmu yang penting dan menjadi perkara pertama dan utama bagi setiap individu Islam yang mukallaf untuk mempelajarinya...

*rujuk bicara tasawuf

No comments:

Post a Comment