Tuesday, December 7, 2010

Taubat nasuha seorang ahli maksiat


Dengan Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga baginda.Selamat tahun baru untuk pembaca semua.Sempena tahun baru dan azam baru. Atok kongsikan cerita ini,semoga dapat kita ambil pengajaran dan iktibar.Insya-Allah.


Diriwayatkan oleh Ka’ab al-Ahbar r.a. bahawa dalam kalangan Bani Israel dahulu ada seorang lelaki yang kerap melakukan fahisyah. (Ka’ab merupakan tabiin yang sangat alim tentang kitab taurat dan al-Quran. Walaupun baru memeluk Islam pada zaman Umar al-Khattab r.a, namun Umar r.a. amat menyenanginya kerana perkara-perkara yang beliau ucapkan selari dengan Islam. Beliau turut dinilai sebagai seorang yang boleh dipercayai oleh Ibnu Hajar.)
Menurut cerita Ka’ab, pada suatu hari lelaki itu turun ke dalam sungai untuk mandi. Tiba-tiba beliau mendengar satu suara yang mengatakan kepadanya
“Apakah engkau tidak merasa malu?bilakah engkau akan bertaubat kepada Allah?”. Dia berasa amat gelisah setelah mendengar teguran dari sungai itu,lantas dia berazam untuk meninggalkan perbuatan kejinya itu. Dia berazam untuk bertaubat dengan bersungguh-sungguh,dia kemudiannya melarikan diri ke sebuah gunung yang didiami oleh 12 orang ahli ibadah yang taat kepada Allah s.w.t.
Dia mengambil keputusan untuk menyertai mereka. Namun musim kemarau yang panjang menyebabkan mereka terpaksa mengambil keputusan untuk mencari kawasan yang mempunyai air dibawah pergunungan itu. Tanpa disedari, mereka telah sampai ke tempat lelaki ini melakukan dosa. Kerana bimbang pengalaman itu berulang semula, dia menyarankan agar sahabat-sahabatnya agar meneruskan perjalanan tanpanya.
gambaran semata-mata

Mereka bertanya “mengapa?”, dia menjawab”Aku malu untuk ke tempat itu,kerana disitu ada seseorang yang mendedahkan keaiban diriku sendiri sehingga aku malu dan bimbang jika dia melihatku lagi”. Mereka akur dengan keputusan lelaki itu.Mereka meneruskan perjalanan sehingga sampai ke tempat yang dituju. Setibanya disana,tiba-tiba kedengaran suara bertanya “Ke manakah perginya teman kamu?apakah yang sedang dilakukan olehnya?”, lalu ahli ibadat itu menjawab “Dia menyangka disini ada orang yang akan menyebut-nyebut tentang keaibannya sehingga dia malu untuk menyertai kami ke sini.”
“Subhanallah, sekiranya salah seorang daripada kamu memarahi anaknya sendiri ataupun ahli keluarganya sendiri,lalu individu itu meminta maaf kepadanya, nescaya dia akan dimaafkan.Sekarang ketahuilah oleh kamu, bahawa sahabatmu itu telah pun bertaubat daripada dosanya.Dengan sebab itu,khabarkanlah kepadanya mengenai perihal ini,selepas itu, datang kamu semua beribadat kepada Allah s.w.t di tepianku (sungai) ini.
Mendengar penjelasan itu, lalu mereka meyampaikannya kepada sahabat mereka. Selepas berlalu satu jangka masa, lelaki tersebut meninggal dunia. Kedengaran sekali lagi suara itu memanggil-manggil ahli-ahli ibadat yang lain agar memandikan jenazah itu menggunakan air sungai yang mengalir itu dan minta dikebumikan berhampiran dengan sungai itu, agar kelak dia dibangkitkan di tepian sungai itu.Lalu mereka melakukan sepertimana yang diminta oleh suara itu.
Allah s.w.t dengan rahmatnya telah menumbuhkan dua belas batang pokok Sarwah berdekatan dengan kubur lelaki itu. Melihat tumbuhnya pokok itu, mereka mengambil keputusan untuk terus beribadat di situ sehingga individu terakhir dalam kumpulan itu meninggal dunia.
Gambaran semata-mata
(sumber iLuvislam.com)
Info:
 1. Taubat daripada dosa adalah suatu perkara yang diwajibkan.
2. Haram mendedahkan dosa kepada orang lain.
3. Taubat yang sebenar akan memperoleh husnul khatimah ya’ni kesudahan yang baik.
Wallahu'alam..Sekian.

P/s : atok dah tulis kisah ini disini. selamat membaca

No comments:

Post a Comment