Bagaikan bom jangka yang meletup, kebangkitan suara masyarakat dunia meledak demi membantu saudara Islam disana khususnya dan menegakkan hak-hak kemanusiaan amnya. Fenomena ini bermula dengan usaha memecahkan sekatan yang dikenakan keatas Palestin.
Buat saudaraku yang jauh,
Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan siang dan malam. Selawat serta salam keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan keatas keluarga baginda serta para sahabat. Apa khabar saudaraku, sihatkah kalian disaat ini? Alhamdulillah,atok disini sihat walafiat. Saudaraku yang dihormati, bagaimanakah keadaan kamu disana? disaat atok sedang gembira disini,adakah kalian berduka?saudaraku, jika berduka,maka cepat-cepatlah engkau mengingati Allah dan kembali kepada-Nya.. Disaat kau berduka, Dia hadir bersamamu dan Dia menemanimu. Saudaraku,Adakah disaat ini kamu kekenyangan atau kelaparan?Lupakah saudara kita di Palestin yang menahan kelaparan dek sekatan yang dikenakan ke atas mereka. Pernah atok mendengar cerita bahawa, seorang ibu dan anaknya yang hanya mempunyai sepotong roti, lantas si ibu memberikan roti tersebut untuk anaknya yang sedang kelaparan itu. Namun anak itu berkata dengan lembut "Ibu, jika ibu memberikan semuanya kepadaku,apa yang ibu ingin makan nanti?Jika begitu, biarlah saya turut kelaparan" kemudian dia menghulurkan kembali roti tersebut kepada ibunya. Mendengar kata-kata anaknya, si ibu menjadi sebak dan terharu, lalu si ibu memotong roti tersebut kepada dua bahagian, satu bahagian untuk anaknya dan satu bahagian lagi untuk dirinya.
Bayangkan kesusahan yang diterima oleh mereka, Saudaraku, berdoalah untuk mereka, berdoalah agar mereka terus tabah meneruskan perjuangan mereka. Persoalannya, adakah kita akan menjadi setabah mereka?
Lebih malang lagi, disaat mereka sedang berjuang mempertahankan hak umat Islam,mereka dituduh bermacam tohmahan oleh pihak kuffar dan sekutunya,sesetengah dari kita hanya diam membisu. Namun sejak akhir-akhir ini, kita semakin berani tampil kehadapan untuk turut membela mereka. Dengan kemunculan aktivis-aktivis dan badan-badan NGO yang bak 'cendawan yang tumbuh selepas hujan banyak' menyedarkan masyarakat dunia akan hak-hak kemanusiaan yang dinafikan terhadap penduduk Palestin oleh Israel dan sekutunya. Bagaikan bom jangka yang meletup, kebangkitan suara masyarakat dunia meledak demi membantu saudara Islam disana khususnya dan menegakkan hak-hak kemanusiaan amnya. Fenomena ini bermula dengan usaha memecahkan sekatan yang dikenakan keatas Palestin. Inilah yang sepatutnya dilakukan,berjuang bersama-sama mempertahankan hak umat Islam,berjuang untuk merampas kembali hak umat Islam yang dirampas oleh Israel.
Usaha yang dilakukan oleh pengasas Ikhwanul Muslimin iaitu as-syahid syeikh Hassan al-banna yang kemudiannya disambung oleh pengasas HAMAS iaitu as-syahid syeikh Ahmad Yassin semakin membuahkan hasil. Insya-Allah, suatu hari nanti perjuangan yang dirintis oleh mereka ini akan membuah hasil kejayaan yang amat bermakna khususnya untuk umat Islam.
Sampai disini dulu yang dapat atok coretkan diatas warkah ini. Sabda Rasulullah yang bermaksud " Barangsiapa yang tidak mengambil berat akan hal saudaranya,dia bukanlah dari golonganku".
Sekian, Terima Kasih.

No comments:
Post a Comment