Thursday, December 2, 2010

Terbitnya fajar Islam ~~2~~

...Sesudah sampai Rasulullah s.a.w dan Muslimin di Badar, Habab menyusulkan cadangan agar mereka mendirikan khemah berhampiran air Badar dan membuat tambak disekelilingnya sekaligus dapat mencegah kaum musyrikin mendapatkan air. Cadangan Habab ini diterima oleh Rasulullah s.a.w. Ketika kaum Musyrikin tiba di Badar,sebahagian di antara mereka cuba untuk menasihati kaumnya untuk mengelakkan perang serta mengundurkan diri.Namun, Abu Jahal berpendapat bahawa mereka memiliki jumlah yang jauh lebih banyak dan kelengkapan yang lebih lengkap. Sedangkan kaum Muslimin tidak mempunyai kelengkapan yang banyak yang dapat membantu untuk menyerang dan melarikan diri. Jumlah yang banyak itu sekaligus membutakan mereka dan menjadikan mereka sombong. Mereka turut mengejek Muslimin dengan berkata" mereka ditipu oleh agamanya."


Kaum Musyrikin melihat ianya satu peluang keemasan untuk menghancurkan Rasulullah s.a.w dan kaum muslimin yang bersama-sama Baginda s.a.w.Mereka juga berharap dapat menghentikan agama yang dibawa oleh Muhammad. Al-quran telah merakam peristiwa tersebut dalam Firman Allah s.w.t yang bermaksud "(Ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit (syak) dalam hatinya berkata,"Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh agama mereka(sehingga mereka berani menentang kami yang lebih besar bilangannya)".Dan (yang sebenarnya) sesiapa yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin,maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh yang jauh lebih besar golongannya), kerana Allah Maha Kuasa lagi Bijaksana". (surah al-anfal:49)

Ketika Rasulullah s.a.w melihat jumlah musuh yang lebih besar,Baginda s.a.w lantas berdoa "Ya Allah,kaum Quraisy telah datang dengan kesombongan dan keangkuhan, menentang dan mendustakan Rasul-Mu, Ya Allah,Berikanlah kemenangan yang Engkau janjikan kepadaku, Ya Allah,Binasakan mereka besok" (rujuk munajat Rasulullah.sirah Ibnu Hasyim,juz:2,hlmn 621; Subul al-huda wa al-rasyad,juz:4,hlmn 50)

Rasulullah terus memanjatkan doa beberapa lama. peristiwa ini diceritakan Allah dalam firman-Nya dalam surah al-Anfal:9 yang bermaksud "(Ingatlah)ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu (dengan firman-Nya), "Sesungguhnya aku akan membantu kamu dengan seribu(bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut."

Akhirnya di pagi hari 17 ramadhan, Pertempuran bermula....

~~Bersambung~~

Mohon maaf..asyik-asyik bersambung...masa atok agak tidak mengizinkan..InsyaALLAH,lepas raya korban atok habiskan ek..Selamat menyambut hari raya Aidiladha untuk seluruh umat islam tak kira dimana anda berada.. Semoga selepas raya korban tahun ini,pengorbanan kalian untuk Islam lebih berganda-ganda...:D

No comments:

Post a Comment