Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

Tarbiah Rohani buat si Pencari Jalan Lurus



Usaha dan gerak kerja meninggikan syiar Islam bererti usaha menegakkan akidah dan tauhid Islami. Apabila akidah ditegakkan, ianya bermaksud kita telah meletakkan batu asas Islam yang paling utama, kerana tanpanya, Islam tidak dapat berdiri.Mudah runtuhlah Islam seseorang sekiranya akidahnya lemah.

Kekuatan akidah menjadi dasar kepada kesempurnaan agama Islam yang meliputi hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia yang mana merangkumi syariat, ibadat, hukum dan akhlak. Keutuhan dan kemantapan akidah Islami diibaratkan sebagai akar tunjang bagi sebatang pokok yang kuat. Akar tunjangnya menjunam kukuh kedalam bumi. Sekalipun ribut taufan melanda, ia tetap mampu bertahan. Namun, berbeza dengan pokok yang tidak berakar tunjang. Ia tidak akan mampu bertahan walaupun ditiup oleh angin sepoi-sepoi bahasa.

Begitulah gambarannya bagi orang yang lemah imannya. Imannya sekadar difikiran tetapi tidak bertunjang di dalam hati. Dia tidak akan mampu bertahan walau diuji dengan ujian yang kecil. Akidah Islami menjadi begitu penting kerana ianya kunci kebahagiaan  di dunia dan akhirat serta menjadi syarat menuju ke syurga.

Sunday, February 26, 2012

Pengembara di Alam Dunia



Hidup kita mengikut apa yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W sebagai seorang pengembara dalam perjalanan ke suatu destinasi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan. Tentunya dalam perjalanan itu banyak halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamat untuk ke destinasi. Pengembara yang bijak tidak akan terpengaruh dengan keseronokan dan kebahagiaan sementara yang ditempuh dalam perjalanan kerana dia tahu bahawa dia sebenarnya adalah warga satu alam lagi.

 Manakala pengembara yang lupa daratan akan menikmati sepuas-puasnya apa sahaja yang ditempuhinya seolah-olah inilah dunianya sehingga terlupa matlamat asal untuk menuju ke dunianya yang sebenar. Mereka terpedaya dengan kemanisan dunia dan menyangka apa yang dipungut mereka ialah bekalan. Sebagai seorang pengembara yang, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera ke arah yang betul mengikut kompas yang dipiawaikan oleh Rasulullah S.A.W.

Untuk sampai ke destinasi akhirat, pungutlah bekalan sebanyak yang mungkin. Anggaplah segala keseronokan duniawi sebagai beban yang boleh menjejaskan perjalanan ke sana. Ingatlah pesanan orang tua, kita sebenarnya adalah warga akhirat tempat yang kekal abadi. Manakala dunia ini hanyalah rumah tumpangan sementara yang penuh dengan kepalsuan dan tipu daya. 

Oleh itu, kita mestilah bijak memilih mana satu bekalan dan mana satu bebanan. Barangan yang dikategori sebagai barangan bekalan yang berfaedah untuk kehidupan di sana yang kekal abadi. Kutiplah bekalan sebanyak mungkin dan hindarkan memikul beban yang menyulitkan perjalanan. Ingatlah, dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam dan hasilnya kita akan kecapi di akhirat nanti.

Islam tidak menghalang umatnya mencari harta benda dan kekayaan, asalkan ia tidak menghalang dari melakukan pengabdian kepada Allah Taala. Malahan orang Islam yang kaya adalah amat diperlukan kerana dialah sumber ekonomi negara dan sebagai juruwang bagi saudaranya yang miskin lagi memerlukan bantuan. Orang kaya adalah pembantu orang miskin, orang kuat adalah pelindung golongan yang lemah, orang alim sebagai sumber cahaya dan ilmu kepada yang jahil. Begitulah golongan ini saling bantu membantu antara satu sama lain. Apa yang dilarang oleh Islam ialah meletakkan keduniaan sebagai sasaran utama dalam hidup melebihi hal-hal keakhiratan dan pengabdian kepada Allah Taala.

Wednesday, February 8, 2012

GMi - Formula Car

As-Salam,

Dikesempatan yang diberikan dengan peluang yang masih ada, peristiwa buruk dijadikan sempadan dan peristiwa yang baik dijadikan teladan. Walaupun setiap manusia berbagai ragamnya, namun jauh nun sudut hati kita tetap menginginkan sesuatu kedamaian dan ketenangan. Kadang-kala kita dihimpit kesusahan, namun seolah-olah tiada tempat untuk kita mengadu.Bila dihimpit dengan masalah, seolah-olah tiada jalan penyelesaian untuknya. Kerana kita lupa,lalai dan alpa akan Pencipta kita. Dia-lah tempat mengadu, Dia-lah tempat berharap kerana Dia-lah sebaik-baik pengharapan.
Dalam melayari bahtera kehidupan ini, dengan arus pemodenan dan globalisasi yang dilaungkan. Jangan sesekali lupa akan jati diri kita. Dari mana asal kita?untuk apa tujuan hidup kita? kerana di era yang semakin mencabar jasmani dan rohani ini, ramai sekali saudara kita yang terkandas ditengah lautan kehidupan yang mencabar ini. Ditengah-tengah badai kehidupan ini, tersilap langkah, padah menanti.

Ungkapan motivasi yang membuatkan buck untuk terus bertahan. Pengajian semester kali ini agak mencabar minda dan jati diri. Alhamdulillah, FYP semakin menghampiri garisan penghabisan tetapi merupakan permulaan kepada sesuatu yang baru. Projek akhir tahun yang bakal membawa nama Gmi ke suatu peringkat lagi. Dibawah satu panji, 3 pasukan bergabung membentuk satu pasukan harapan yang diharap-harapkan mampu memberikan kejutan.

3 pasukan ini digabungkan untuk membina sebuah kereta lumba F1 berskala kecil bagi menyertai beberapa pertandingan perlumbaan. Pasukan Buck salah satu darinya. Kami dipertanggungjawabkan untuk menyiap sistem gantungan(suspesion system), rangka (frame tube a.k.a chassis) dan tempat pemanduan (Driver cockpit) manakala  2 lagi pasukan akan bertungkus-lumus menyiapkan bahagian masing-masing.

Ianya menjadi sukar kerana rata-rata diantara ahli pasukan bukanlah mempunyai latar belakang dalam bidang automotif. Bak kata pepatah melayu "Malu bertanya sesat jalan". Jadi, dalam meneruskan perjuangan ini, pertolongan dan bantuan dari pakar diperlukan untuk dijadikan garis panduan agar matlamat kami tidak tersasar. Walaubagaimana, tidak dinafikan beberapa masalah yang muncul akan sedikit sebanyak merencatkan perjalanan projek kami. Insya-Allah, Mudah-mudahan usaha kami dipermudahkan oleh Allah Taala.

p/s:Buck memang dari dulu lagi memang minat enjin walaupun tak pandai. Bila masuk Gmi, Buck dah tak dapat peluang untuk mempelajari ilmu bab enjin. Alhamdulillah, Buck kenal sesuatu yang baru di Gmi,Buck belajar pula pasal software...

Thursday, February 2, 2012

Dugaan dan Ujian Allah Taala

As-Salam,

Langit tak selalunya cerah, ada ketika hadirnya awan mendung disaat kita menginginkan langit cerah. Hidup juga begitu, kita sangkakan saat indah itu akan berterusan, tiba-tiba muncul masalah dipertengahan jalan. Kita diuji dengan pelbagai ujian. Disaat itu, INGATLAH, Allah Taala sentiasa bersama-sama kita. Dugaan dan ujian adalah untuk menguji kita, ketahuilah oleh kita akan adanya orang-orang sufi yang sentiasa menginginkan dan ‘laparkan’ ujian dari Allah Taala. Subhanallah, hebatnya kecintaan mereka itu. Diuji setiap hamba yang disayangi oleh Allah Taala dengan pelbagai ujian dengan tujuan agar hamba-Nya itu bertambah keimanannya dan semakin rapat dengan Allah Taala. Percayalah dan Yakinlah saudaraku, Allah Taala begitu menyayangi hamba yang diuji-Nya, Allah Taala menguji hamba-Nya kerana Allah Taala sayangkan kita. Wallahu’alam.. Allah jualah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.


p/s: Pesanan dari Buck, sempena sambutan Maulidur Rasul,marilah kita bersama-sama memperbanyakkan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Monday, December 5, 2011

Boost Your Spirit



Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

Saturday, December 3, 2011

7 keajaiban yang dilupakan...

7 keajaiban dunia yang sering kita perkatakan....



....tetapi kita lupa 7 keajaiban sebenar....















...itulah keajaiban pemberian yang diberikan kepada kita.. Sedar atau tidak?



p/s: buck adaptasikan dari sebuah video, nak upload tak dapat..namun fikirlah sejenak, adakah kita pernah berterima kasih atas pemberian yang diberikan walaupun untuk sesaat...? 

Thursday, November 24, 2011

Mentarbiah rohani agar terdidik jasmani - Ilmu penting dalam Islam.


Di dalam Islam, secara umum ilmu-ilmu yang penting itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :

 1)Usulluddin iaitu berkaitan aqidah.
 2)Feqah iaitu ilmu berkaitan syariat.
 3)Tasawuf iaitu ilmu berkaitan akhlak.

Dalam sepanjang kehidupan selepas baligh, setiap orang Islam mestilah melaksanakan secara serentak ketiga-tiga ilmu tadi. Samada dari segi teori mahupun praktikal, atau dari segi ilmiah dan amaliahnya. Tiga ilmu ini merupakan tiga serangkai yang tidak boleh dipisahkan. Kalau dipisah-pisahkan salah satu daripada tiga serangkai maka rosaklah yang lainnya. Ianya bererti, amalan Islam itu menjadi sah apabila ketiga-tiga ilmu tersebut dilaksanakan sekaligus dan serentak. Ia tidak boleh diamalkan satu-satu sahaja tanpa yang lain.

Berfeqah sahaja atau berusulluddin sahaja atau bertasawuf sahaja, tentu akan merosakkan ke-Islaman seseorang. Dari ketiga-tiga ilmu ini, tapak atau asasnya ialah ilmu usulluddin. Di atas tapak ilmu yang menjadi pegangan dan keyakinan setiap orang Islam itu, ditegakkan diatasnya dengan syariat(feqah) dan akhlak(tasawuf). Kalau diibaratkan dengan sebatang pokok, akar itu ialah ilmu usulluddin, batangnya ialah ilmu feqah dan daun-daunnya serta buahnya ialah ilmu tasawuf.

Justeru itu, dapatlah disimpulkan bahawa ilmu usulluddin itu adalah asas Islam serta syariat dan akhlak itu ialah furu' atau cabang-cabangnya. Ilmu usulluddin adalah penting dan utama kerana ia mengesahkan syariat dan akhlak. Syariat dan akhlak tiada nilainya jika aqidah (iman) telah rosak.

Wallahu'alam..

Wassalam..

Monday, September 26, 2011

Pejuang Kebenaran

Menyusuri jalan perjuangan menegakkan kebenaran,
Bagaikan meniti di titian yang rapuh,
Jika tersilap langkah pasti kecundang di tengah jalan.
Pejuang kebenaran..
Dimanakah dikau?

Thursday, July 28, 2011

Doa dibukakan 12 pintu

Salam to all..



Guane gamok orang kite? sihat dop? semoge kite semua dalang keadaang sihat sejahtere sokmo.. lame doh atok  dok post entri kat blog kamp0ngboys. *sila baca dengan dialek terengganu..:p

Jom kita berkongsi doa dibukakan 12 pintu :

"Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan,, pintu-pintu ni'mat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

Wednesday, June 15, 2011

Diantara sabar dan mengeluh


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

Thursday, May 12, 2011

Dunia, kau hanya persinggahan



Hidup di dunia,
Kadang-kadang kita leka,
Kita leka kerana kita lupa,
Kita lupa kerana berlebihan dengan isi dunia,
Yang akhirnya membawa ke pintu neraka.
Dunia,
Hadirmu hanya sementara,
Kerana kelak kita akan ditimbang di neraca,
Neraca yang bakal menentukan samada ke syurga atau neraka,
Itulah neraca timbangan-Nya.
Dunia,
Dengannya kita mendapat binasa,
Tapi dengannya juga kita mampu mendapat syurga,
Ingatlah sentiasa kerana kita adalah milik-Nya...

Jamadil akhir 1432 / 9 mei 2011,7.OO PM
Muhammad Yusof Bin Ahmad
German Malaysia Institute,
A2-06-06

Friday, April 15, 2011

Kritik??boleh tapi.... bersyarat!!!



Setiap orang mempunyai kelemahan dan kekurangan diri. Sebagai manusia biasa juga, adakalanya kita tidak terlepas dari cuba mengkritik kelemahan orang lain. Kebarangkalian tinggi kita sebenarnya bertujuan baik yakni untuk memperbetulkan apa yang salah,namun...harus diingat bukan semua orang berfikiran terbuka dan boleh menerima semua yang kita katakan tanpa ada perasaan marah dan dendam.

Saturday, April 9, 2011

Asma ul-Husna by Dr Ari Ginanjar

Mengenali-Nya satu kemestian.. Mencintai-Nya satu kewajipan..
Ya Allah, Sungguh indahnya nama-nama-Mu..



Monday, February 21, 2011

Amanat Seorang Pejuang


Bismillah...
Sumber gambar : http://www.palestinehistory.com/issues/images/yasin001.jpg

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tangan ku yang sudah mati(lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.

Aku tidak mampu untuk kemana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku, yang sudah beruban putih dan berada dipenghujung usia. Aku, yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Sunday, February 6, 2011

Hadis 1 - Kasih sayang sesama Muslim



Daripada Nu'man Bin Hasyir r.a berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w : perumpamaan orang-orang yang beriman itu dalam hal mereka saling cinta mencintai, kasih mengasihi dan bertimbang rasa sesama mereka  adalah seperti sebuah tubuh badan. Apabila mana-mana anggota ditimpa penyakit maka seluruh anggota badan akan turut serta berjaga malam dan merasakan demam".
                                                                             (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Friday, January 21, 2011

Tarbiah rohani


Usaha menegakkan akidah dan tauhid Islami juga bererti usaha dan gerak kerja meninggikan syiar Islam itu sendiri. Apabila akidah telah ditegakkan, ia bermakna kita telah menegakkan batu asas dalam Islam yang paling utama, yang mana tanpanya Islam tidak dapat untuk berdiri.Lemah akidah, runtuh dan musnahlah Islam seseorang. Akidah merupakan asas yang paling penting dalam Islam.Kekuatan akidah menjadi dasar kepada kesempurnaan agama Islam yang meliputi hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia yang mana merangkumi syariat,ibadat,hukum dan akhlak.

Wednesday, December 8, 2010

Merasai keajaiban sujud

"Sujud bererti dia telah mengingatkan dirinya 
terhadap asal kejadian dirinya dan 
mengembalikan dirinya kepada tanah"

Sayugia dilakukan setiap kali ruku' dan sujud ketika solat, sentiasalah membaharui ingatan kepada Allah s.w.t. Setiap kali mengangkat kedua-dua tangan dan bertakbir bagi perpindahan rukun kepada ruku' dan juga sujud itu bagaikan seorang yang menyerah diri, minta belas kasihan serta perlindungan dari seksa.

Tuesday, December 7, 2010

Taubat nasuha seorang ahli maksiat


Dengan Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga baginda.Selamat tahun baru untuk pembaca semua.Sempena tahun baru dan azam baru. Atok kongsikan cerita ini,semoga dapat kita ambil pengajaran dan iktibar.Insya-Allah.


Diriwayatkan oleh Ka’ab al-Ahbar r.a. bahawa dalam kalangan Bani Israel dahulu ada seorang lelaki yang kerap melakukan fahisyah. (Ka’ab merupakan tabiin yang sangat alim tentang kitab taurat dan al-Quran. Walaupun baru memeluk Islam pada zaman Umar al-Khattab r.a, namun Umar r.a. amat menyenanginya kerana perkara-perkara yang beliau ucapkan selari dengan Islam. Beliau turut dinilai sebagai seorang yang boleh dipercayai oleh Ibnu Hajar.)
Menurut cerita Ka’ab, pada suatu hari lelaki itu turun ke dalam sungai untuk mandi. Tiba-tiba beliau mendengar satu suara yang mengatakan kepadanya

Wednesday, November 3, 2010

Komunikasi Berkesan (aku,dia dan engkau)


Dengan Lafaz Bismillah mulakan bicara, Selawat serta Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W didahulukan sebelum menulis tinta yang tidak berapa ini. Atuk mulakan menaip 'warkah' yang tidak seberapa ini untuk perkongsian ilmiah...

Kehadapan Tuan/Puan,

Manusia, memang sukar dijangka perwatakan mereka. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain Ungkapan yang sering didengar ini menggambarkan dengan jelas akan ragam manusia yang berlainan. Hati yang kotor pastinya mencerminkan perwatakan yang tidak baik(sifat-sifat mazmumah) manakala hati yang jernih dan bersih pastinya sejernih sikap perwatakan mereka. Sudah pastinya komunikasi yang baik serta tutur kata yang dijaga akan keluar dari mereka yang sikapnya sejernih hatinya. Dari sudut psikologi, komunikasi adalah penterjemahan dan cerminan kepada proses yang mempengaruhi perilaku kita.
Mengapa kita berkomunikasi?

Tuesday, September 21, 2010

kepandaian yang berbeza



Alhamdulillah kerana diberi ruang dan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk menulis walaupun keadaan diri yang tidak berapa sihat.Al-maklum lah,terlibat dalam kemalangan.Untuk mereka yang kat lua sana,hati-hati ketika memandu. Alhamdulillah,Ujian dari Allah s.w.t. Ya Allah,Kau gantilah kesakitan ini dengan ganjaran pahala,sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kali nak kongsi apa ek.. haa.. teringat sewaktu kelas Creative and Innovation, bawah topic Intelligent. Manusia mempunyai kebolehan dan kepandaian yang berbeza. Ada beberapa kategori untuk intelligent nie. Ada yang lebih kepada logical, ada yang cepat menyesuaikan diri dengan keadaan dan macam-macam lagi. Jom,saya kongsikan satu cerita mengenai kepandaian yang berbeza ni so lepas nie,jangan asyik nak pandang rendah pada orang lain,ayat ringkasnya jangan lah angkuh dan bongkak.. jom..stay tune..

Satu hari seorang professor bijak pandai sedang menyeberang sebuah sungai yang luas dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pakcik pendayung.Di tengah perjalanan, professor bertanya "Kamu pandai menulis dan membaca?"

"Tidak tuan,saya tidak tahu membaca dan menulis" jawab pendayung sampan.

"Oh,kalau begitu kamu sudah kehilangan separuh hidup kamu! orang yang tidak tahu mebaca membaca dan menulis telah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya."

Sampan terus bergerak meredah sungai yang luas itu.Sejurus kemudian, professor bertanya lagi,"Kamu ada membuat simpanan wang untuk masa depan?"

"Tiada tuan,pendapatan saya cukup-cukup makan," jawab pendayung sampan lagi.

"Kalau begitu kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mustahil orang yang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."

Sampan terus bergerak.Tiba-tiba sampan itu terlanggar bucu sebuah batu dan mengalami kebocoran.Air mula memasuki sampan dengan pantas.Mereka bergegas mengambil sesuatu yang boleh dijadikan pencedok bagi mencedok air keluar dari sampan. Namun usaha mereka tidak berjaya.Ternyata sampan itu akan karam. Dalam keadaan yang cemas itu,pendayung bertanya kepada professor," Tuan!tuan pandai berenang?"

"Er..er..saya tidak tahu berenang!" jawab professor dengan panik.

"Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"



Moral of the story : Allah tidak menjadi manusia ini bodoh, tetapi Allah s.w.t menjadikan setiap orang mempunyai kepandaian yang berlainan.Masing-masing mempunyai kepandaian masing-masing.