Saturday, April 14, 2012

Tarbiah Rohani buat si Pencari Jalan Lurus



Usaha dan gerak kerja meninggikan syiar Islam bererti usaha menegakkan akidah dan tauhid Islami. Apabila akidah ditegakkan, ianya bermaksud kita telah meletakkan batu asas Islam yang paling utama, kerana tanpanya, Islam tidak dapat berdiri.Mudah runtuhlah Islam seseorang sekiranya akidahnya lemah.

Kekuatan akidah menjadi dasar kepada kesempurnaan agama Islam yang meliputi hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia yang mana merangkumi syariat, ibadat, hukum dan akhlak. Keutuhan dan kemantapan akidah Islami diibaratkan sebagai akar tunjang bagi sebatang pokok yang kuat. Akar tunjangnya menjunam kukuh kedalam bumi. Sekalipun ribut taufan melanda, ia tetap mampu bertahan. Namun, berbeza dengan pokok yang tidak berakar tunjang. Ia tidak akan mampu bertahan walaupun ditiup oleh angin sepoi-sepoi bahasa.

Begitulah gambarannya bagi orang yang lemah imannya. Imannya sekadar difikiran tetapi tidak bertunjang di dalam hati. Dia tidak akan mampu bertahan walau diuji dengan ujian yang kecil. Akidah Islami menjadi begitu penting kerana ianya kunci kebahagiaan  di dunia dan akhirat serta menjadi syarat menuju ke syurga.

No comments:

Post a Comment