Friday, April 13, 2012

Di saat kita kepayahan



Nun jauh disudut hati, wujudnya keinginan pada sesuatu yang belum pasti dapat mampu aku memilikinya. Hati kecil ini mendambakan sesuatu yang samar-samar ya’ni sesuatu yang tidak jelas. Adakah berhak aku memilikinya sedangkan dalam masa yang sama,sudah dimiliki? Itulah persoalan yang menjengah ke dalam mindaku. Dimiliki boleh disimpulkan sebagai menjadi kepunyaan seseorang atau sesuatu manakala memiliki ditafsirkan sebagai menjadikan seseorang atau sesuatu itu sebagai kepunyaannya.
Perasaan itu terus membuak-buak didadaku, meronta-ronta ingin dilepaskan. Namun aku harus berhati-hati, jika tergelincir, padah yang menanti. Arghh..Kenapa harus berharap sesuatu yang tak pasti,ibarat mengejar bayang-bayang sendiri. Aku alpa...aku lalai...aku terlena dalam duniaku sendiri.. Sedangkan aku dimiliki oleh yang Maha Agung..Dimiliki oleh Tuhan Sekalian Alam yang nyawaku dalam genggaman-Nya..Kenapa harus lagi aku meletakkan pengharapan itu pada sesuatu yang lain dari Allah yang Maha Agung?
Bila aku buntu dan di saat aku kesusahan.. Barulah aku mencari Tuhan..Disaat aku kepayahan..Barulah aku sedar yang aku dimiliki oleh Tuhan yang tak pernah melupakan makhluk-Nya walaupun sedetik.. Tuhan yang bersifat dengan Maha Penyayang sentiasa melimpahkan kasih sayang-Nya walaupun disaat hamba-Nya kepayahan. Di tika itu, barulah hamba-Nya tersedar dari lenanya bahawa disaat Tuhanmu memberikan kepayahan buatmu kerana Dia mahu kamu menyedari yang kamu dimiliki oleh Tuhan yang pastinya mengasihimu dan menyayangi kamu kerana Dia-lah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani akan makhluk-Nya..
“Ya Allah, Ampunkanlah dosa-dosaku samada yang kusedari dan tidak kusedari kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..” “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu dan ketaatan didalamnya”.


P/s: In the nut shell, Sentiasalah mengingati Allah SWT kerana Dia tidak pernah melupakan hamba-Nya..put in simple word, Zikrullah...

1 comment:

  1. like ur last sentence "Sentiasalah mengingati Allah SWT kerana Dia tidak pernah melupakan hamba-Nya"..:)

    ReplyDelete