Sunday, February 26, 2012

Apa makna BLOG pada anda?



‘Arghhh...merapu..’   ‘Bloggers nih suka copy..’  ‘Arghhh...mengarut...’ ’tak suka aku...‘ ‚Medium 
 
untuk putarbelit.. arghh...platform untuk fitnah orang lain.. kenapa mesti nak cerita kat orang lain... 

Dan macam-macam lagi yang sering kita dengar mengenai blogger atau penulis blog dari kacamata seorang pembaca yang memang tak suka blog.. Walaubagaimanapun, memang tidak dapat dinafikan ada pro dan kontranya didalam penulisan blog ini. Blog ialah suatu bentuk penulisan yang dikarang atau ditulis yang kemudiannya disebarkan atau dipaparkan kepada umum laman sesawang melalui platform yang sedia ada. Bloggers boleh didefinisikan sebagai penulis atau ’tukang papar‘. Tujuan sesebuah penulisan blog adalah bergantung kepada seseorang blogger, samada memilih untuk menjadikan blognya sebagai platform untuk bercerita, berpolitik, berkongsi pengetahuan, berdakwah, bergosip dan sebagainya. Pada pandangan Buck, sebuah blog yang berkualiti ialah pengisian kandungan tersirat dan tersurat yang mampu memberi pengetahuan dan kesedaran buat pembaca. 

Tidak dinafikan terdapat segelintir blog yang cuba mengadu domba sesetengah pihak yang lain. Kesan yang diperolehi dari blog yang seumpama ini,mampu membuatkan golongan pembaca terbahagi atau berpecah kepada dua pihak, di sebelah satu pihak, mereka akan cuba mempertahankannya manakala di sebelah pihak yang lain mereka cuba menafikannya. Kebiasaanya blog sebegini boleh kita dapati di sebahagian besar bloggers yang menggunakan blog sebagai platform politik mereka. 

Persoalan yang sering diutarakan ialah bagaimakah untuk mendapatkan bilangan pengikut yang ramai kerana tanpa followers, siapalah yang nak baca..? Bagi menjawab persoalan ini, berbalik kepada matlamat dan tujuan penulisan blog itu sendiri. Titik penting didalam penulisan sesebuah blog ialah nilai dan kualiti. Namun kenapa masih ada segelintir Blogger yang suka  COPY and PASTE? Jawapan : Sharing is Caring.. Didalam membicarakan hal yang sedemikian, ianya terpulanglah kepada seseorang bloggers itu sendiri. 

p/s: ZzZz... moral of the story: Penafsiran mengenai pengertian sebuah blog bergantung pada bagaimana anda mendefinisikan makna blog..Jika hitam maka hitamlah ia, jika putih maka putihlah ia...

No comments:

Post a Comment