Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

Tarbiah Rohani buat si Pencari Jalan Lurus



Usaha dan gerak kerja meninggikan syiar Islam bererti usaha menegakkan akidah dan tauhid Islami. Apabila akidah ditegakkan, ianya bermaksud kita telah meletakkan batu asas Islam yang paling utama, kerana tanpanya, Islam tidak dapat berdiri.Mudah runtuhlah Islam seseorang sekiranya akidahnya lemah.

Kekuatan akidah menjadi dasar kepada kesempurnaan agama Islam yang meliputi hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia yang mana merangkumi syariat, ibadat, hukum dan akhlak. Keutuhan dan kemantapan akidah Islami diibaratkan sebagai akar tunjang bagi sebatang pokok yang kuat. Akar tunjangnya menjunam kukuh kedalam bumi. Sekalipun ribut taufan melanda, ia tetap mampu bertahan. Namun, berbeza dengan pokok yang tidak berakar tunjang. Ia tidak akan mampu bertahan walaupun ditiup oleh angin sepoi-sepoi bahasa.

Begitulah gambarannya bagi orang yang lemah imannya. Imannya sekadar difikiran tetapi tidak bertunjang di dalam hati. Dia tidak akan mampu bertahan walau diuji dengan ujian yang kecil. Akidah Islami menjadi begitu penting kerana ianya kunci kebahagiaan  di dunia dan akhirat serta menjadi syarat menuju ke syurga.

Wednesday, February 8, 2012

Entri 101 - menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran


As-Salam,
Amar Ma’ruf,Nahi mungkar ialah suatu istilah yang mengajarkan kita agar  tidak mengenali monopoli kebajikan,monopoli syurga dan sebagainya. Setiap kebajikan yang kita ketahui hendaklah kita sosialisasikan bersama dengan orang lain dan setiap kemungkaran hendak kita tutupnya dengan semaksimum yang mungkin. Namun, dalam meniti perjalanan hidup hari ini, masih ada dikalangan kita yang bersikap seolah-olah memperkecilkan Amar ma’ruf,Nahi mungkar. Bahkan lebih teruk, mereka melaung-laungkannya untuk kepentingan dunia mereka,walhal tiada langsung pengisian dan penerapan Amar Ma’ruf, Nahi Mungkar dalam kehidupan atau organisasi mereka.
Dalam merealisasikan Amar Ma’ruf, Nahi Mungkar dalam kehidupan kita, seharusnya ia hendaklah bermulanya dakwah itu dari dalam diri kita. Seharusnya kita memantapkan dan memperkuatkannya sehingga tertegaknya Amar Ma’ruf Nahi Mungkar didalam diri. Setelah tertegaknya ia didalam diri, barulah diikuti dengan ahli keluarga, masyarakat sekitar dan seterusnya di dalam sesebuah negara.
Dengan hal yang demikian, Insya-Allah, mudah-mudahan wujudnya dalam masyarakat hari ini akan pembudayaan amar ma’ruf, nahi mungkar ini. Sebaiknya, jika kita perhatikan didalam sejarah sewaktu kegemilangan Islam yang begitu bersinar, perintah Amar Ma’ruf, Nahi Mungkar telah pun menjadi intipati didalam kehidupan harian mereka. Sebaliknya yang berlaku hari ini adalah seolah-olah pengisian amar ma’ruf,nahi mungkar itu gagal menjadi intipati dalam masyarakat hari ini. Walhal, konsep amar ma’ruf, nahi mungkar ini seharusnya dipraktikkan dalam kehidupan seharian ini. Justeru itu, mengambil kesempatan ini, marilah kita bersama-sama terus melaksanakan dan terus mempraktikkan konsep amar ma’ruf,nahi mungkar sehingga benar-benar menjadi intipati dalam mewujudkan individu, masyarakat dan negara yang harmoni pada hari ini, selari dengan kehendak al-Quran dan As-Sunnah. Insya-Allah, Mudah-mudahan hidup kita penuh dengan keberkatan dan sentiasa diredhai oleh Allah Taala. Wallahu’alam.. Allah jualah yang Maha Mengetahui.
P/s: Tepuk dada, Tanya iman..
Soalan 1 : Kegagalan dalam mempraktikkan konsep menyeru ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran, berpunca dari mana? Diri-sendiri?keluarga?masyarakat?pemimpin?
Soalan 2 : Menjadi tanggungjawab dan kewajipan setiap muslimin,muslimat,mukminin dan mukminat untuk mempraktikkan konsep amar,ma’ruf nahi mungkar, Persoalannya,sejauh manakah kita telah benar-benar memahami,menghayati dan mempraktikkan konsep ini?

GMi - Formula Car

As-Salam,

Dikesempatan yang diberikan dengan peluang yang masih ada, peristiwa buruk dijadikan sempadan dan peristiwa yang baik dijadikan teladan. Walaupun setiap manusia berbagai ragamnya, namun jauh nun sudut hati kita tetap menginginkan sesuatu kedamaian dan ketenangan. Kadang-kala kita dihimpit kesusahan, namun seolah-olah tiada tempat untuk kita mengadu.Bila dihimpit dengan masalah, seolah-olah tiada jalan penyelesaian untuknya. Kerana kita lupa,lalai dan alpa akan Pencipta kita. Dia-lah tempat mengadu, Dia-lah tempat berharap kerana Dia-lah sebaik-baik pengharapan.
Dalam melayari bahtera kehidupan ini, dengan arus pemodenan dan globalisasi yang dilaungkan. Jangan sesekali lupa akan jati diri kita. Dari mana asal kita?untuk apa tujuan hidup kita? kerana di era yang semakin mencabar jasmani dan rohani ini, ramai sekali saudara kita yang terkandas ditengah lautan kehidupan yang mencabar ini. Ditengah-tengah badai kehidupan ini, tersilap langkah, padah menanti.

Ungkapan motivasi yang membuatkan buck untuk terus bertahan. Pengajian semester kali ini agak mencabar minda dan jati diri. Alhamdulillah, FYP semakin menghampiri garisan penghabisan tetapi merupakan permulaan kepada sesuatu yang baru. Projek akhir tahun yang bakal membawa nama Gmi ke suatu peringkat lagi. Dibawah satu panji, 3 pasukan bergabung membentuk satu pasukan harapan yang diharap-harapkan mampu memberikan kejutan.

3 pasukan ini digabungkan untuk membina sebuah kereta lumba F1 berskala kecil bagi menyertai beberapa pertandingan perlumbaan. Pasukan Buck salah satu darinya. Kami dipertanggungjawabkan untuk menyiap sistem gantungan(suspesion system), rangka (frame tube a.k.a chassis) dan tempat pemanduan (Driver cockpit) manakala  2 lagi pasukan akan bertungkus-lumus menyiapkan bahagian masing-masing.

Ianya menjadi sukar kerana rata-rata diantara ahli pasukan bukanlah mempunyai latar belakang dalam bidang automotif. Bak kata pepatah melayu "Malu bertanya sesat jalan". Jadi, dalam meneruskan perjuangan ini, pertolongan dan bantuan dari pakar diperlukan untuk dijadikan garis panduan agar matlamat kami tidak tersasar. Walaubagaimana, tidak dinafikan beberapa masalah yang muncul akan sedikit sebanyak merencatkan perjalanan projek kami. Insya-Allah, Mudah-mudahan usaha kami dipermudahkan oleh Allah Taala.

p/s:Buck memang dari dulu lagi memang minat enjin walaupun tak pandai. Bila masuk Gmi, Buck dah tak dapat peluang untuk mempelajari ilmu bab enjin. Alhamdulillah, Buck kenal sesuatu yang baru di Gmi,Buck belajar pula pasal software...

Saturday, February 4, 2012

Buck Studio


P/s :  Akhirnya, header untuk blog buck berjaya disiapkan setelah berhempas-pulas lebih kurang 3 jam. Agak sukar bilamana kartun gadis bertudung sedikit rumit untuk disiapkan. Alhamdulillah..

Thursday, February 2, 2012

Dugaan dan Ujian Allah Taala

As-Salam,

Langit tak selalunya cerah, ada ketika hadirnya awan mendung disaat kita menginginkan langit cerah. Hidup juga begitu, kita sangkakan saat indah itu akan berterusan, tiba-tiba muncul masalah dipertengahan jalan. Kita diuji dengan pelbagai ujian. Disaat itu, INGATLAH, Allah Taala sentiasa bersama-sama kita. Dugaan dan ujian adalah untuk menguji kita, ketahuilah oleh kita akan adanya orang-orang sufi yang sentiasa menginginkan dan ‘laparkan’ ujian dari Allah Taala. Subhanallah, hebatnya kecintaan mereka itu. Diuji setiap hamba yang disayangi oleh Allah Taala dengan pelbagai ujian dengan tujuan agar hamba-Nya itu bertambah keimanannya dan semakin rapat dengan Allah Taala. Percayalah dan Yakinlah saudaraku, Allah Taala begitu menyayangi hamba yang diuji-Nya, Allah Taala menguji hamba-Nya kerana Allah Taala sayangkan kita. Wallahu’alam.. Allah jualah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.


p/s: Pesanan dari Buck, sempena sambutan Maulidur Rasul,marilah kita bersama-sama memperbanyakkan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Saturday, April 9, 2011

Budak Kampung





Kesibukan kota kadang-kadang merimaskan aku. Dengan situasi udaranya yang agak tidak menyegarkan, kadang-kadang menyebabkan sesak nafasku. Saat ini terlintas difikiranku akan situasi di kampung. Iye..Kerana aku budak kampung. :-) Seorang budak kampung yang datang ke kota besar untuk menimba sekelumit ilmu agar kelak ianya berguna untuk kampungku. Dengan sekelumit ilmu ini juga, besar harapanku agar kampungku tidak lagi ketinggalan dibelakang tetapi berjalan seiring dengan kemodenan teknologi. Namun begitu,ku harapkan juga walaupun taraf hidup meningkat tetapi budaya,adat, serta warisan yang diwarisi tidak ditinggalkan oleh mereka. Amat malang sekiranya, warisan yang diturunkan serta dipertahankan sejak dari generasi terdahulu dilupakan. 

Thursday, March 17, 2011

Peringatan buat kita



Syukur...
Kian hari, kian hampir due date untuk semester kali ini. Seiring berjalannya, hari-hari yang berlalu namun adakah esok akan lebih baik dari hari ini. Ya Allah, tetapkanlah hatiku pada agamaMu.. Lamunan saya terhenti seketika tadi kerana teringat blog strong4islam.com, pada pendapat saya, blog adalah satu medium yang sesuai untuk berkongsikan sesuatu yang berilmiah termasuk boleh dijadikan suatu platform untuk berdakwah.

Monday, February 21, 2011

Amanat Seorang Pejuang


Bismillah...
Sumber gambar : http://www.palestinehistory.com/issues/images/yasin001.jpg

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tangan ku yang sudah mati(lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.

Aku tidak mampu untuk kemana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku, yang sudah beruban putih dan berada dipenghujung usia. Aku, yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Thursday, January 27, 2011

Islam dan Teknologi




Teknologi adalah perkataan yang berasal dari barat dan membawa maksud aplikasi sains secara praktikal atau mekanikal terhadapa industri atau kehidupan. Walaubagaimanapun, teknologi atau cipataan alat-alat teknologi telah sekaligus dikaitkan dengan tamadun barat sehingga umat Islam telah terterap didalam pemikiran mereka bahawa teknologi dan permodenan bererti penerapan nilai-nilai barat beserta cara hidupnya.Perbahasan tentang teknologi dan permodenan sering kali dikaitkan dengan idea-idea seperti demokrasi, freedom, free-market ekonomi hinggakan kita sering mendengar ucapan seperti “ untuk menjadikan sebuah negara maju dan berteknologi, kita perlu berdemokrasi”.Ini menimbulkan kekeliruan dalam pemikiran umat Islam tentang soal teknologi dan Islam.

Wednesday, December 8, 2010

Merasai keajaiban sujud

"Sujud bererti dia telah mengingatkan dirinya 
terhadap asal kejadian dirinya dan 
mengembalikan dirinya kepada tanah"

Sayugia dilakukan setiap kali ruku' dan sujud ketika solat, sentiasalah membaharui ingatan kepada Allah s.w.t. Setiap kali mengangkat kedua-dua tangan dan bertakbir bagi perpindahan rukun kepada ruku' dan juga sujud itu bagaikan seorang yang menyerah diri, minta belas kasihan serta perlindungan dari seksa.

Tuesday, December 7, 2010

Taubat nasuha seorang ahli maksiat


Dengan Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga baginda.Selamat tahun baru untuk pembaca semua.Sempena tahun baru dan azam baru. Atok kongsikan cerita ini,semoga dapat kita ambil pengajaran dan iktibar.Insya-Allah.


Diriwayatkan oleh Ka’ab al-Ahbar r.a. bahawa dalam kalangan Bani Israel dahulu ada seorang lelaki yang kerap melakukan fahisyah. (Ka’ab merupakan tabiin yang sangat alim tentang kitab taurat dan al-Quran. Walaupun baru memeluk Islam pada zaman Umar al-Khattab r.a, namun Umar r.a. amat menyenanginya kerana perkara-perkara yang beliau ucapkan selari dengan Islam. Beliau turut dinilai sebagai seorang yang boleh dipercayai oleh Ibnu Hajar.)
Menurut cerita Ka’ab, pada suatu hari lelaki itu turun ke dalam sungai untuk mandi. Tiba-tiba beliau mendengar satu suara yang mengatakan kepadanya