Monday, February 21, 2011

Amanat Seorang Pejuang


Bismillah...
Sumber gambar : http://www.palestinehistory.com/issues/images/yasin001.jpg

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tangan ku yang sudah mati(lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.

Aku tidak mampu untuk kemana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku, yang sudah beruban putih dan berada dipenghujung usia. Aku, yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.


Adakah segala penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa Arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu, wahai bangsa Arab, kalian diam membisu dan lemah atau adakah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami hingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah.

Tiada satu pun kumpulan daripada kalian yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang ke atas kami dan menukarkan kami dari golongan yang mulia kepada golongan yang dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh, penjenayah serta pengganas!

Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan kami?

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu-sekutunya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat airmata kami dan meringankan bebanan kami?

Adakah pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya, dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan yang sebenar lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan:

"Ya Allah! Perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan tulang temulang mereka,kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bentulah hamba-hambaMu yang beriman!"

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan doa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahwa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dalam keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami, wanita-wanita, ornag-orang tua dan pemuda-pemuda kami.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian(menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada'.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa saja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Kami juga berharap kepada kalian supaya janganlah menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah! Janganlah menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini...
As-syahid Sheikh Ahmad Yassin,
1938-2004.

Sumber : Buku Gerakan Orientalisme dan Kristianisasi.

No comments:

Post a Comment