Syukur...
Kian hari, kian
hampir due date untuk semester kali ini. Seiring berjalannya, hari-hari yang
berlalu namun adakah esok akan lebih baik dari hari ini. Ya Allah, tetapkanlah
hatiku pada agamaMu.. Lamunan saya terhenti seketika tadi kerana teringat blog
strong4islam.com, pada pendapat saya, blog adalah satu medium yang sesuai untuk
berkongsikan sesuatu yang berilmiah termasuk boleh dijadikan suatu platform
untuk berdakwah.
Ianya agak efektif dan saya kira ianya boleh memberikan kesan atau impak yang besar. Namun sesuatu yang diutarakan haruslah berdasarkan sesuatu yang konkrit dan berasas terutamanya melibatkan fakta dan jangan sesekali auta. Ayuh, sebelum memulakan perjalanan untuk menjelajah dunia siber ataupun dunia nyata, saya ingin untuk mengajak pembaca untuk berfikir sejenak keagungan dan kekuasaan Allah S.W.T. Mari kita mengembara seketik ke Jepun. Jepun merupakan sebuah negara yang maju dan mempunyai teknologi moden. Sehingga dikatakan teknologinya mampu mengatasi kesan dari bencana alam. Namun akhirnya ia dihancurkan dengan gempa bumi dan tsunami yang kuat.Lihatlah saudaraku dalam sekelip mata,jepun hancur.. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengambil iktibar dan pengajaran dari setiap peristiwa yang berlaku. Ianya merupakan peringatan Allah swt untuk kita supaya kita sentiasa bersyukur dengan pemberianNya. Ingatlah saudaraku, Apa yang ada pada kita hanyalah pinjaman dari Allah S.W.T. Bila-bila masa Allah S.W.T mampu mengambil hak-NYA yang diberikan kepada kita. Pangkat,harta kekayaan,rupa paras,ilmu dan semuanya adalah milik Allah SWT, oleh itu bersyukurlah..bersyukurlah..bersyukurlah..bersyukur ke hadrat Illahi yang telah memberikan ni’mat kepada kita. Ucaplah Alhamdulillah,syukur kita kepada Allah kerana ianya sikap yang mulia..

Kali ini saya
cuba untuk mengingatkan mengenai cara perancangan Yahudi Zionis. Bilamana kita
bercakap mengenainya, pasti kita akan berasa marah dengan kezaliman yang
dilakukan oleh golongan Yahudi. Namun manakah yang patut dimusuhi dan dibenci,
Zionis atau Yahudi? Zionis adalah satu ideologi yang diwujudkan oleh segolongan
yahudi bagi mencapai matlamat mereka dengan itu mereka mewujudkan agenda-agenda
kecil bagi menjayakan tujuan mereka. Apa agenda mereka dan bagaimana mereka
mahu memastikannya berjaya? Melalui 3F.. FOOD, FUN and FASHION. Langkah pertama,
mereka kuasai bidang HIBURAN kemudian melalaikan kita dengannya.Untuk apa?untuk
menjauhkan diri kita dari agama Islam sendiri, bila jauhnya kita dari agama,
bagaimanakah kita hendak mengenal Allah swt?bila kita tidak kenal akan pencipta
kita, lantas kita merasai kekosongan dalam jiwa kita, walhal ianya sesuatu yang
amat perlu diisi dan dipenuhkan. Oleh sebab itu, bila jiwa kita ‘penuh’, rohani
menjadi kuat lantas jasmani pun seiring menjadi kuat. Begitu juga dengan cara
pemakanan kita, mereka menyuapkan kita dengan sesuatu syubhah. Kalau kita tidak
menjaga cara pemakanan kita, mana mungkin kita mampu menjernihkan jiwa kita. Bila
hati menjadi kotor, bagaimana kita mahu mendapatkan keberkatan ilmu. Ilmu yang
mampu kita amalkan dalam kehidupan kita lalu kemudiannya mengadaptasikan
kedalam diri kita sehingga menjadi insan mengikut acuan al-quran dan sunnah. Bersihkanlah
dirimu dengan istighfar dan bersamalah kita sentiasa memohon keampunan dari
Allah swt. Di samping itu juga marilah kita bersama-sama memperbanyakkan bacaan
Al-Quran dan kita berusaha untuk memahami dan mengamalkannya. Fashion??perhatikan
pada diri kita sendiri dan disekeliling kita, secara diam-diam kita meniru cara
pemakaian mereka. Renung-renungkanlah..bersama berusaha menuju kegemilangan
Ukhrowi.

No comments:
Post a Comment