Teknologi adalah perkataan yang berasal dari barat dan membawa maksud
aplikasi sains secara praktikal atau mekanikal terhadapa industri atau
kehidupan. Walaubagaimanapun, teknologi atau cipataan alat-alat teknologi telah
sekaligus dikaitkan dengan tamadun barat sehingga umat Islam telah terterap
didalam pemikiran mereka bahawa teknologi dan permodenan bererti penerapan
nilai-nilai barat beserta cara hidupnya.Perbahasan tentang teknologi dan permodenan sering kali dikaitkan dengan
idea-idea seperti demokrasi, freedom, free-market ekonomi hinggakan kita sering
mendengar ucapan seperti “ untuk menjadikan sebuah negara maju dan
berteknologi, kita perlu berdemokrasi”.Ini menimbulkan kekeliruan dalam pemikiran
umat Islam tentang soal teknologi dan Islam.
Jika teknologi bererti tamadun dan
nilai-nilai barat ataupun tamadun barat berserta nilai-nilainyalah yang
menghasilkan teknologi maka, bolehkah umat Islam menerima dan mengambil
teknologi? Ini mengakibatkan umat Islam berpecah kepada dua kumpulan iaitu,
kumpulan pertama yang berpendapat bahawa umat Islam perlu maju dan mengikut
arus perubahan maka, kita perlu berteknologi dan sekaligus memeluk cara hidup
barat berserta idea-ideanya dan idea-idea barat tidak bertentangan dengan
Islam. Kumpulan yang kedua pula berpendapat bahawa idea-idea barat memang
bertentangan dengan Islam, oleh kerana itu segala apa yang datangnya daripada
barat adalah salah dan bid’ah termasuk teknologinya.
Jika kita mendalami persoalan ini, kita akan melihat bahawa kedua-dua
pendapat ini adalah bertentangan dengan realiti yang sebenarnya. Ini ialah
kerana teknologi dan tamadun/ nilai-nilai barat bukanlah dua perkara dalam satu
yang tidak boleh diasingkan lagi malah, kedua-duanya merupakan perkara yang
berasingan. Teknologi merupakan ciptaan barang-barang material dan fizikal yang
tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu tamadun, dalam kata lain ianya adalah
madaniyyah (bahan material civilization) yang bersifat universal contohnya
alat-alat dapur seperti gas cooker, microwave ataupun alat-alat komputer,
televisyen, mesin jenerator dan alat-alat perang seperti kereta kebal, roket
dan sebagainya.
Semua alat-alat tersebut adalah ciptaan fizikal yang tidak terikat
kepada mana-mana tamadun. Ini jelas sekali kerana tiada sesiapapun yang boleh
mengaku bahawa sebuah microwave adalah terikat kepada tamadun barat atau
menjadi lambang cara hidup barat. Ini berbeza dengan alat-alat materi seperti
lambang salib yang sememangnya terikat kepada idea Kristianiti ataupun
patung-patung yang terikat kepada kebebasan menunjuk aurat seperti
patung-patung ukiran zaman renaissance.
Umat Islam perlu membezakan di antara teknologi (madaniyyah) yang
dicipta oleh ahli sains dan teknologi barat dengan tamadun barat itu sendiri.
Ini ialah kerana tamadun barat bukan sekadar pencapaian teknologi dan ciptaan
alat-alat materi tetapi tamadun (hadarah) barat bererti nilai-nilai atau
idea-idea yang datangnya dari pemikiran, cara hidup dan ideologi barat,
kapitalisme. Maka, idea-idea seperti demokrasi (iaitu manusialah yang berhak
mencipta hukuman), women’s liberation dan freedom semuanya berasal dari
tamadun/ hadarah barat yang bertentangan dengan Islam dan nilai-nilai Islam.
Jika perbezaan ini tidak difahami oleh umat Islam, maka ianya akan membawa
kesan buruk terhadap kehidupan umat Islam malah, seluruh manusia yang menganuti
hadarah barat sebagaimana yang kita perhatikan di negara-negara barat itu
sendiri.
Teknologi perlu difahami sebagai bahan-bahan material yang bersifat universal
dan boleh dicipta dan digunakan oleh sesiapa sahaja sama ada Islam atau kafir
tetapi apa yang penting ialah tujuan kegunaannya dan tujuan penciptaannya yang
ditentukan oleh idea-idea yang dipegang oleh sesebuah masyarakat. Sebagai
contoh, komputer merupakan alat teknologi yang tidak ada baik atau buruknya dan
tidak terikat kepada mana-mana tamadun tetapi ianya boleh digunakan untuk
perkara-perkara sumbang seperti ponorgraphy akibat daripada idea barat seperti
‘freedom’ dan keghairahan nafsu sebaliknya komputer boleh pula digunakan untuk
jalan berda’wah dan menyampaikan risalah Islam.Contoh lainnya seperti kegunaan
teknologi dalam perang, alat-alat perang boleh digunakan untuk membunuh rakyat
sesebuah negara mengikut idea-idea koloniasasi atau nasionalisme hinggakan kita
lihat bagaimana umat Islam berperang sesama sendiri ataupun ianya boleh
digunakan dalam berjihad iaitu berperang untuk menegakkan Islam sebagaimana
yang disarankan di dalam Al Qur’an di dalam surah 8:60
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala
jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang
lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh
kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya;
sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan
Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”
(An Anfal:60)
Di dalam Islam, memang tidak ada kekeliruan tentang kedudukan teknologi
atau ciptaan barang-barang material. Ini dapat kita saksikan sendiri di zaman
Rasullullah s.a.w dan khilafah Islam setelah zaman baginda. Rasullullah s.a.w
pernah mengambil teknologi perang Persia semasa Perang Khandak di mana beliau
berserta sahabah menggali parit mengelilingi kota Medina sebagai benteng
pertahanan.
Kita juga melihat ciptaan meriam pertama di zaman Khalifah Muhammad Al
Fatih sewaktu penaklukan kota Constantinople. Malah Sains dan Teknologi
merupakan bidang yang amat maju di zaman Khilafah Islam. AlQur’an banyak
menyarankan supaya umat Islam bergiat menggunakan segala ciptaan Allah s.w.t
untuk kegunaan mereka di dalam kehidupan seharian. Allah s.w.t berfirman
"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk
kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah
melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? "
(Luqman:20 )
"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan
hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk
menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu
menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang
memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya)".
(Ibrahim: 32)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan
perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian
juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?"
Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang
beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu
pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari
kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu
bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. (Al- A'raaf:32)
Ini sekaligus membantah pendapat sesetengah orang yang menyangkakan
bahawa Islam itu ‘kuno’ dan tamadun Islam serta cara hidup Islam bererti
tamadun unta. Walaubagaimanapun ianya amat penting bagi umat Islam supaya
memahami bahawa kegunaan alat-alat teknologi tersebut adalah tertakluk kepada
Syariah dan hukum Islam. Tujuan ciptaan dan kegunaan alat-alat material
mestilah berasal dan mengikut hadarah (idea-idea) Islam dan objektif Islam.
Ini
ialah kerana Islam mempunyai idea-idea tersendiri yang bertentangan dengan
hadarah barat. Ini juga memberi erti bahawa ukuran sesebuah negara maju
bukanlah tertakluk kepada pencapaian teknologinya. Sebagai contoh, kita boleh
katakan bahawa Iraq merupakan sebuah negara berteknologi hinggakan mampu
mencipta ‘biological weapon’ tetapi ianya bukan sebuah negara maju sama dengan
negara-negara Muslim yang lain seperti Pakistan, Malaysia dan Saudi Arabia.
Kita juga tidak boleh membuat kesimpulan bahawa disebabkan teknologi berasal
daripada negara-negara barat, maka kita perlu meniru cara hidup barat dan
ideologinya untuk menjadi sebuah negara yang berteknologi.
Kita perlu mengingati sejarah
bahawa negara Khilafah Islam merupakan negara yang termaju malah merupakan
sebuah ‘superpower’ semenjak zaman Rasullullah s.a.w hinggakan zaman Khilafah
Uthmaniyyah di Turki. Oleh itu, umat Islam tidak boleh lagi memegang kepada
prinsip bahawa teknologi serta tamadun barat adalah merupakan suatu pakatan
hinggakan umat Islam perlu meniru tamadun barat untuk mencapai kemajuan.
Tamadun apa sekalipun sama ada barat ataupun timur yang bertentangan dengan
hadarah Islam perlu dihapuskan dari pemikiran dan hati umat Islam. Sebaliknya
kita perlu kembali kepada hadarah Islam di dalam pemikiran, perbuatan, perasaan
serta struktur masyarakat kita.
Dan sesiapa yang
mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia
pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Al- Imran:85)

No comments:
Post a Comment