Wednesday, February 8, 2012

GMi - Formula Car

As-Salam,

Dikesempatan yang diberikan dengan peluang yang masih ada, peristiwa buruk dijadikan sempadan dan peristiwa yang baik dijadikan teladan. Walaupun setiap manusia berbagai ragamnya, namun jauh nun sudut hati kita tetap menginginkan sesuatu kedamaian dan ketenangan. Kadang-kala kita dihimpit kesusahan, namun seolah-olah tiada tempat untuk kita mengadu.Bila dihimpit dengan masalah, seolah-olah tiada jalan penyelesaian untuknya. Kerana kita lupa,lalai dan alpa akan Pencipta kita. Dia-lah tempat mengadu, Dia-lah tempat berharap kerana Dia-lah sebaik-baik pengharapan.
Dalam melayari bahtera kehidupan ini, dengan arus pemodenan dan globalisasi yang dilaungkan. Jangan sesekali lupa akan jati diri kita. Dari mana asal kita?untuk apa tujuan hidup kita? kerana di era yang semakin mencabar jasmani dan rohani ini, ramai sekali saudara kita yang terkandas ditengah lautan kehidupan yang mencabar ini. Ditengah-tengah badai kehidupan ini, tersilap langkah, padah menanti.

Ungkapan motivasi yang membuatkan buck untuk terus bertahan. Pengajian semester kali ini agak mencabar minda dan jati diri. Alhamdulillah, FYP semakin menghampiri garisan penghabisan tetapi merupakan permulaan kepada sesuatu yang baru. Projek akhir tahun yang bakal membawa nama Gmi ke suatu peringkat lagi. Dibawah satu panji, 3 pasukan bergabung membentuk satu pasukan harapan yang diharap-harapkan mampu memberikan kejutan.

3 pasukan ini digabungkan untuk membina sebuah kereta lumba F1 berskala kecil bagi menyertai beberapa pertandingan perlumbaan. Pasukan Buck salah satu darinya. Kami dipertanggungjawabkan untuk menyiap sistem gantungan(suspesion system), rangka (frame tube a.k.a chassis) dan tempat pemanduan (Driver cockpit) manakala  2 lagi pasukan akan bertungkus-lumus menyiapkan bahagian masing-masing.

Ianya menjadi sukar kerana rata-rata diantara ahli pasukan bukanlah mempunyai latar belakang dalam bidang automotif. Bak kata pepatah melayu "Malu bertanya sesat jalan". Jadi, dalam meneruskan perjuangan ini, pertolongan dan bantuan dari pakar diperlukan untuk dijadikan garis panduan agar matlamat kami tidak tersasar. Walaubagaimana, tidak dinafikan beberapa masalah yang muncul akan sedikit sebanyak merencatkan perjalanan projek kami. Insya-Allah, Mudah-mudahan usaha kami dipermudahkan oleh Allah Taala.

p/s:Buck memang dari dulu lagi memang minat enjin walaupun tak pandai. Bila masuk Gmi, Buck dah tak dapat peluang untuk mempelajari ilmu bab enjin. Alhamdulillah, Buck kenal sesuatu yang baru di Gmi,Buck belajar pula pasal software...

No comments:

Post a Comment