Saturday, April 9, 2011
Budak Kampung
Kesibukan kota kadang-kadang merimaskan aku. Dengan situasi udaranya yang agak tidak menyegarkan, kadang-kadang menyebabkan sesak nafasku. Saat ini terlintas difikiranku akan situasi di kampung. Iye..Kerana aku budak kampung. :-) Seorang budak kampung yang datang ke kota besar untuk menimba sekelumit ilmu agar kelak ianya berguna untuk kampungku. Dengan sekelumit ilmu ini juga, besar harapanku agar kampungku tidak lagi ketinggalan dibelakang tetapi berjalan seiring dengan kemodenan teknologi. Namun begitu,ku harapkan juga walaupun taraf hidup meningkat tetapi budaya,adat, serta warisan yang diwarisi tidak ditinggalkan oleh mereka. Amat malang sekiranya, warisan yang diturunkan serta dipertahankan sejak dari generasi terdahulu dilupakan.
Ketandusan untuk mengenali budaya serta warisan sendiri akan membuatkan mereka lupa akan asal-usul,lupa akan adab kesopanan, lupa untuk belajar dari kepayahan dan kesusahan serta lupa dengan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam kehidupan masyarakat. Suatu saat dahulu, Untuk menela'ah pelajaran kami hanya bertemankan dengan lampu pelita.Suatu saat dulu, jalan utama untuk masuk ke kampung bukanlah jalan tar tetapi sebaliknya jalan merah. Namun, aku bersyukur, keadaan sekarang jauh sekali sudah berubah. Jauh disudut hatiku, aku risau...aku risau suatu hari nanti mereka lupa dengan asal-usul mereka. Yang amat aku khuatir ialah mereka tenggelam dalam dunia mereka.
Kampung..kampung...kampung bagiku cukup indah.. Pemandangan yang cukup menenangkan..udaranya yang segar,kejernihan air sungai menampakkan ikan yang berenang-renang kegembiraan, keseronokan melihat lembu meragut rumput di padang ragut serta pemandangan bukit bukau pasti membuatkan aku terus merindui kampungku. Walaupun kadang-kadang diejek kerana aku budak kampung tapi aku bangga menjadi budak kampung. Warisan yang aku warisi dari kampung tak mungkin dapat ku cari celah-celah kota batu ini kerana ianya warisan yang kucintai...:-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment