Thursday, February 2, 2012

Dugaan dan Ujian Allah Taala

As-Salam,

Langit tak selalunya cerah, ada ketika hadirnya awan mendung disaat kita menginginkan langit cerah. Hidup juga begitu, kita sangkakan saat indah itu akan berterusan, tiba-tiba muncul masalah dipertengahan jalan. Kita diuji dengan pelbagai ujian. Disaat itu, INGATLAH, Allah Taala sentiasa bersama-sama kita. Dugaan dan ujian adalah untuk menguji kita, ketahuilah oleh kita akan adanya orang-orang sufi yang sentiasa menginginkan dan ‘laparkan’ ujian dari Allah Taala. Subhanallah, hebatnya kecintaan mereka itu. Diuji setiap hamba yang disayangi oleh Allah Taala dengan pelbagai ujian dengan tujuan agar hamba-Nya itu bertambah keimanannya dan semakin rapat dengan Allah Taala. Percayalah dan Yakinlah saudaraku, Allah Taala begitu menyayangi hamba yang diuji-Nya, Allah Taala menguji hamba-Nya kerana Allah Taala sayangkan kita. Wallahu’alam.. Allah jualah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.


p/s: Pesanan dari Buck, sempena sambutan Maulidur Rasul,marilah kita bersama-sama memperbanyakkan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

No comments:

Post a Comment