Tuesday, September 21, 2010

kepandaian yang berbeza



Alhamdulillah kerana diberi ruang dan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk menulis walaupun keadaan diri yang tidak berapa sihat.Al-maklum lah,terlibat dalam kemalangan.Untuk mereka yang kat lua sana,hati-hati ketika memandu. Alhamdulillah,Ujian dari Allah s.w.t. Ya Allah,Kau gantilah kesakitan ini dengan ganjaran pahala,sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kali nak kongsi apa ek.. haa.. teringat sewaktu kelas Creative and Innovation, bawah topic Intelligent. Manusia mempunyai kebolehan dan kepandaian yang berbeza. Ada beberapa kategori untuk intelligent nie. Ada yang lebih kepada logical, ada yang cepat menyesuaikan diri dengan keadaan dan macam-macam lagi. Jom,saya kongsikan satu cerita mengenai kepandaian yang berbeza ni so lepas nie,jangan asyik nak pandang rendah pada orang lain,ayat ringkasnya jangan lah angkuh dan bongkak.. jom..stay tune..

Satu hari seorang professor bijak pandai sedang menyeberang sebuah sungai yang luas dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pakcik pendayung.Di tengah perjalanan, professor bertanya "Kamu pandai menulis dan membaca?"

"Tidak tuan,saya tidak tahu membaca dan menulis" jawab pendayung sampan.

"Oh,kalau begitu kamu sudah kehilangan separuh hidup kamu! orang yang tidak tahu mebaca membaca dan menulis telah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya."

Sampan terus bergerak meredah sungai yang luas itu.Sejurus kemudian, professor bertanya lagi,"Kamu ada membuat simpanan wang untuk masa depan?"

"Tiada tuan,pendapatan saya cukup-cukup makan," jawab pendayung sampan lagi.

"Kalau begitu kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mustahil orang yang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."

Sampan terus bergerak.Tiba-tiba sampan itu terlanggar bucu sebuah batu dan mengalami kebocoran.Air mula memasuki sampan dengan pantas.Mereka bergegas mengambil sesuatu yang boleh dijadikan pencedok bagi mencedok air keluar dari sampan. Namun usaha mereka tidak berjaya.Ternyata sampan itu akan karam. Dalam keadaan yang cemas itu,pendayung bertanya kepada professor," Tuan!tuan pandai berenang?"

"Er..er..saya tidak tahu berenang!" jawab professor dengan panik.

"Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"



Moral of the story : Allah tidak menjadi manusia ini bodoh, tetapi Allah s.w.t menjadikan setiap orang mempunyai kepandaian yang berlainan.Masing-masing mempunyai kepandaian masing-masing.

No comments:

Post a Comment