Thursday, November 24, 2011

Mentarbiah rohani agar terdidik jasmani - Ilmu penting dalam Islam.


Di dalam Islam, secara umum ilmu-ilmu yang penting itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :

 1)Usulluddin iaitu berkaitan aqidah.
 2)Feqah iaitu ilmu berkaitan syariat.
 3)Tasawuf iaitu ilmu berkaitan akhlak.

Dalam sepanjang kehidupan selepas baligh, setiap orang Islam mestilah melaksanakan secara serentak ketiga-tiga ilmu tadi. Samada dari segi teori mahupun praktikal, atau dari segi ilmiah dan amaliahnya. Tiga ilmu ini merupakan tiga serangkai yang tidak boleh dipisahkan. Kalau dipisah-pisahkan salah satu daripada tiga serangkai maka rosaklah yang lainnya. Ianya bererti, amalan Islam itu menjadi sah apabila ketiga-tiga ilmu tersebut dilaksanakan sekaligus dan serentak. Ia tidak boleh diamalkan satu-satu sahaja tanpa yang lain.

Berfeqah sahaja atau berusulluddin sahaja atau bertasawuf sahaja, tentu akan merosakkan ke-Islaman seseorang. Dari ketiga-tiga ilmu ini, tapak atau asasnya ialah ilmu usulluddin. Di atas tapak ilmu yang menjadi pegangan dan keyakinan setiap orang Islam itu, ditegakkan diatasnya dengan syariat(feqah) dan akhlak(tasawuf). Kalau diibaratkan dengan sebatang pokok, akar itu ialah ilmu usulluddin, batangnya ialah ilmu feqah dan daun-daunnya serta buahnya ialah ilmu tasawuf.

Justeru itu, dapatlah disimpulkan bahawa ilmu usulluddin itu adalah asas Islam serta syariat dan akhlak itu ialah furu' atau cabang-cabangnya. Ilmu usulluddin adalah penting dan utama kerana ia mengesahkan syariat dan akhlak. Syariat dan akhlak tiada nilainya jika aqidah (iman) telah rosak.

Wallahu'alam..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment