Friday, October 15, 2010

Asim Bin Thabit r.a ,Hidup disisi Allah s.w.t. -siri 1-


Asim Bin Thabit r.a merupakan seorang sahabat yang gagah dan mempunyai keazaman yang tinggi. Sebelum meletusnya Perang Uhud, Nabi Muhammad S.A.W bertanya kepada para perajurit Muslimin, "Bagaimanakah kamu akan berperang nanti?". Asim bin Thabit tampil seraya berkata:"Apabila musuh telah hampir 100 kaki maka panahlah yang mana paling sesuai digunakan.Apabila mereka hampir dengan kita tentulah lembing akan berperanan menghancurkan mereka.Jika jarak telah menjadi lebih dekat selepas itu hanya pedang yang akan menyelesaikan mereka!". Mendengar kata-katanya yang penuh semangat itu, Nabi Muhammad S.A.W bersabda, maksudnya" Sesiapa yang ingin berjuang, hendaklah dia mencontohi Asim Bin Thabit"

Apabila meletusnya perang Uhud, seperti yang dijanjikan kepada Rasulullah S.A.W, Asim keluar seumpama singa garang yang kelaparan. Dalam kegawatan perang itu, Asim berhasil membunuh anak-anak lelaki Sulafah binti Sa'ad yang bernama Musafik, Kilab dan al-Julas.Kematian ketiga-tiga mereka menimbulkan dendam sehingga ibu mereka berikrar memberikan ganjaran yang lumayan kepada sesiapa yang berjaya membunuh Asim Bin Thabit r.a.... Bersambung....:p

No comments:

Post a Comment