Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dilahirkan pada tahun 470H di kampung Nif,Iran. Pada tahun 488H,ketika berumur 18 tahun,beliau telah berhijrah ke kota Baghdad untuk mencari ilmu dan pada masa yang hampir sama,ulama besar tasauf,Imam Al-Ghazali sedang meninggalkan baghdad untuk mencari kebenaran.
Sebelum berangkat dari rumahnya untuk mengikuti satu kafilah yang akan menuju ke Baghdad,ibu Syeikh Abdul Qadir telah memberinya sedikit wang sebagai belanja pergi dan balik serta sedikit bekalan makanan. Sebelum anaknya berangkat,ibunya telah menyembunyikan wang anaknya itu pada bahagian lengan baju anaknya lalu dijahitnya supaya tidak diketahui oleh orang lain.
Sebelum berangkat,ibu berpesan “Hai anakku,dengarlah baik-baik pesan ibu ini.Apabila engkau di dalam perjalanan dan berada di negeri orang,hendaklah engkau sentiasa bercakap dan berlaku benar.Ketahuilah bahawa orang Islam tidak boleh bercakap dusta.Berlaku benarlah baik didalam tutur kata mahupun didalam perbuatan supaya beroleh selamat dan dilindungi oleh Allah s.w.t.”
Ketika dalam perjalanan,tiba-tiba rombongan yang disertai oleh Syeikh Abdul Qadir telah diserang penyamun.Habis segala barang yang dibawa oleh beliau dirompak mereka.Setelah itu,seorang penyamun bertanya kepada beliau “Hai budak!Apa lagi yang ada pada kamu?Cakaplah benar kepadaku!”gertak penyamun itu dengan suara yang keras.Lalu dijawab oleh beliau “Ya,ada.Aku ada 40 Ashrafi”,ujarnya tegas dan bersahaja.
Penyamun itu terkejut mendengarkan kata-kata budak itu kerana pada sangkaannya tentu budak itu mempermainkannya.Masakan seorang budak hendak memberitahukepada seorang penyamun yang dia masih mempunyai wang. “Apakah engkau memperolokkan aku?” “tidak, sungguh tuan,saya tidak berkata dusta”sahut budak itu lalu menyambung “Tuan,tidakkah tuan tahu bahawa orang yang sedang menuntut ilmu itu seperti sedang berjalan menuju ke syurga kerana sentiasadisertai malaikat yang sedia menolongnya.Saya bercita-cita menjadi seorang yang beriman lagi berilmu.Apalah ertinya 40 ashrafi pada saya ini tuan hingga saya terpaksa berbohong?seorang Islam yang sejati tidak akana sekali berbohong sekalipun di dalam bahaya dan kesulitan”
Kali ini,penyamun itu merasa semakin terkejut lalu dibawanya ia berjumpa dengan ketuanya.”Siapa nama engkau dan dari mana engkau datang wahai budak?”
Tanya ketua penyamun kepadanya.”Nama saya Abdul Qadir dan saya datang dari Jilan,”jawabnya.
“Kemana kamu hendak pergi?”
“Baghdad”
“Tujuan apa engkau ke sana?”
“Saya hendak menuntut ilmu”
“Bagus!Engkau tentu bawa wang bukan?”
“Benar!Saya mempunyai 40 Ashrafis”
Mendengar pengakuan budak itu,ketua ini terkejut lantas berkata lagi “Benarkah apa yang engkau katakan,hai budak atau engkau sengaja hendak memperolok-olokkan aku?”
“Benar tuan!Saya tidak suka dan tidak pernah bercakap bohong kerana saya seorang Islam.Inilah ajaran ibu saya semenjak saya pandai bercakap lagi.Apalah erti wang 40 ashrafis bagi saya ini hingga saya terpaksa berbohong dan apalah gunanya saya hendak bersusah payah mencari ilmu di tempat yang jauh kalau untuk menjadi seorang pembohong! Akan sia-sialah segala amal dan ibadat saya dan sia-sialah pula asuhan dan didikan ibu saya.”
Dengan kuasa Allah s.w.t,ketua penyamun itu terpaku sebentar tatkala mendengar kata-kata Syeikh Abdul Qadir yang penuh iman dan hikmat itu lantas dia pun menjadi malu dan insaf. Akhirnya dengan bercucuran airmata kesedihan ketua perompak itu memohon maaf daripada Syeikh Abdul Qadir lalu bertaubat dari melakukan kerja yang mungkar itu.

No comments:
Post a Comment