Wahai temanku,
Aku tidak pandai untuk bermadah,
Tapi jika aku tersilap maka tegurlah aku,
Temanku,tatkala aku keseorangan,
Aku perlukan engkau untuk menemaniku,
Perlunya aku pada engkau,
Ibarat perlunya gula dalam minuman,
Penambah manis agar air menjadi sedap,
Tapi teman,
Jika aku terlupa dengan amaran-amaran Allah,
Maka ingatkanlah aku mengenainya,
Wahai temanku,
Tarbiyahlah diriku agar aku menjadi insan yang soleh,
Tapi teman,
Jangan engkau mentarbiyahkan aku ke jalan murka,
Tarbiyahlah aku menuju ke jalan yang kebaikan,
Wahai temanku,
Andai aku berada dalam kegelapan,
Maka suluhilah aku hingga keluar ke jalan terang,
Tapi teman,
Sukarnya mencari engkau yang mencintaiku kerana Allah,
Yang mengasihi temannya kerana Allah,
Yang menyambung tali persaudaraan sesama insan,
Mencari engkau umpama mencari sebutir permata di celah kaca.

No comments:
Post a Comment