Saturday, December 3, 2011

Mengenali Palestin


Perkataan negara Palestin adalah merujuk kepada Philistine, yang merujuk kepada nama satu kaum yang telah lama mendudukinya sejak awal sejarah. Penduduk asal Palestin dikatakan arab kacukan bangsa Philistine, Canaanite dan lain-lain kaum yang pernah menduduki Palestin jauh lebih awal dari orang Israel yang masuk ke Palestin selepas melarikan diri daripada Mesir dalam abad ke 12 SM. Palestin juga disebut Baitul Maqdis.Didalam peristiwa Isra' dan Mi'raj, Rasulullah SAW diperjalankan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sebelum dibawa naik ke Sidratul Muttaha.

Masjidil Haram merupakan titik tolak Isra' dan Masjidil Aqsa merupakan titik tolak Mi'raj.Ini menunjukkan peri pentingnya bumi Al Quds itu kepada umat islam. Di sana terletaknya masjid yang menjadi qiblat pertama bagi umat islam. Di sana juga terletaknya pusara para anbiya’ dan solihin. Ia juga adalah tempat lahir,tempat tinggal dan tempat persinggahan para nabi seperti Nabi Ibrahim, Nabi Yaakob, Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lain lagi.

Rasulullah telah menegaskan kedudukan Masjidil Aqsa terhadap Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Dari Abu Said Al-Khudri ra, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, ‘Janganlah melakukan ziarah kecuali ke tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidil Aqsa, dan masjidku ini (yakni Masjid Nabawi).” (HR Bukhari dan Muslim). Ini juga menunjukkan kemuliaan dan keutamaan Baitul Maqdis bagi umat islam.

Jesteru di zaman Rasulullah SAW para sahabat berjuang bermati-matian untuk membuka kota Baitul Maqdis. Bermula dengan Peperangan Khaibar (7H), Peperangan Mu’tah (8H), dan pengutusan pasukan Usamah bin Zaid (11H) membuktikan komitmen mereka yang tinggi untuk membuka pintu rehlah ke Baitul Maqdis.Setelah kewafatan Rasulullah SAW, perjuangan diteruskan sehinggalah kemenangan berpihak pada pihak tentera Islam di bawah pemerintahan Saidina Umar.


Konflik Palestin

Pada tahun 492 H, Tentera Salib menyerang dan menakluki Baitul Maqdis dari empayar islam. Umat Islam Palestin hidup di bawah pemerintahan Salibiyyah yang dipenuhi dengan kekejaman dan penindasan. Namun kekuasaan mereka akhirnya berjaya ditumbangkan oleh pasukan tentera Sultan Salahuddin Al Ayyubi selepas 91 tahun memerintah.

Bumi Palestin dipenuhi dengan keamanan dan kemakmuran di bawah pemerintahan Sultan Salahuddin dan pemerintah-pemerintah berikutnya. Namun keamanan dan kemakmuran ini tidak kekal. Inggeris mengalahkan ‘Daulah ‘Uthmani’ dalam Perang Dunia Pertama yang menyebabkan Palestin dikuasai Inggeris. Theodore Hertzel, pemimpin spritual gerakan ras Yahudi dan wartawan Austria, menulis bukunya ‘Negara Yahudi’ pada tahun 1896. Terbitnya buku Negara Yahudi, penyebarannya adalah bertepatan dengan fasa terakhir ‘Daulah ‘Uthmani’.



British melaksanakan Projek Zionis dan mengeluarkan Deklarasi Balfour pada 2 November 1917 yang mengizinkan penubuhan negara kebangsaan Yahudi di Palestin dan menyempurnakan pendudukan mereka di sana pada September 1918. Perjanjian ini telah mengkhianati janji terhadap kebebasan dan kemerdekaan masyarakat Arab yang dipimpin oleh Sharif Husayn. Pada bulan November 1947, majlis PBB telah membahagikan wilayah Palestin menjadi 56.5 % untuk Yahudi dan bakinya untuk Palestin serta menjadikan status Jerussalem sebagai wilayah antarabangsa.
Dengan sokongan ini, orang Yahudi semakin nekad dan berani menonjolkan watak asli mereka yang jahat dan kejam.Pada Januari 1948, tentera Yahudi telah mengepung dan mengusir warga Palestin serta melakukan pembersihan etnik di sepanjang pantai. Zionis telah mengumumkan penubuhan negara ‘Israel’ pada malam 14 Mei 1948 setelah Britain mengundur diri dari Palestin. Tindakan Yahudi membentuk negara Israel di Palestin ini mendapat kecaman dari negara Arab.

Pada bulan Jun 1967, Israel telah melancarkan perang ke atas rejim Arab.Sebahagian besar tanah Palestin telah hilang. Lebih kurang seramai 330,000 penduduk Palestin telah menjadi pelarian. Zionis menjadi semakin gah menguasai tanah Palestin selain cuba menghapuskan identiti penduduk Palestin. Termasuklah semua ciri-ciri peradaban mereka.. Yahudi telah membina penempatan haram dari masa ke semasa menyebabkan pelarian rakyat Palestin semakin bertambah.

Mereka juga telah banyak melakukan pembunuhan kejam ke atas umat Islam Palestin sejak pendudukan Zionis sehinggalah ke hari ini. Rusuhan umat Islam meletus pada 1973 setelah Suruhanjaya Peel mula menggariskan syarat-syarat bagi penubuhan negara Yahudi tersebut. Suruhanjaya Peel telah mencadangkan supaya Palestin dipecahkan kepada sebuah negara Yahudi.



Dibawah rancangan ini, 33% dari negara Palestin diserahkan kepada Yahudi. Ini merupakan satu penghinaan yang kepada umat Islam sedangkan peratusan tanah yang dimiliki oleh penduduk Yahudi tidak melebihi 5.6%. Di bawah rancangan ini,ratusan kampung-kampung Palestin akan diserahkan kepada Yahudi. Sejak pendudukan Yahudi juga, mereka bukan hanya melakukan pembunuhan kejam malah cuba untuk melenyapkan Masjidil Aqsa. Matlamat mereka adalah untuk membina Haikal Sulaiman dan mereka mendakwa di bawah tapak itu juga mempunyai harta peninggalan nenek moyang mereka.

Pada 21 Ogos 1969,seorang pelancong Austria yang bernama Michael Rohan merupakan bangsa Yahudi telah membakar Masjidil Aqsa. Ianya telah menyebabkan sebahagian besar Masjidil Aqsa musnah antaranya ialah Mimbar Salahuddin Al-Ayyubi, Mihrab Zakaria, Masjid Umar Al-Khattab dan sebahagian besar serambi masjid. Namun penjenayah ini dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan dia adalah seorang yang tidak siuman. Masjidil Aqsa jatuh ke tangan Yahudi pada Jun 1967. Sejak itu juga, mereka telah merancang untuk membina terowong yang besar di bawah masjid ini. Selain itu, mereka turut menghalang umat Islam dari menziarahi Masjidil Aqsa.

Namun penentangan rakyat Palestin telah pun bermula sejak 1936 di mana mereka mengadakan bantahan terbuka secara meluas. Pada hari ini,perjuangan rakyat Palestin diteruskan fraksi-fraksi perjuangan seperti HAMAS yang diasaskan oleh As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin yang merupakan cebisan dari Ikhwanul Muslim Mesir. Matlamat mereka adalah mempertahankan kesucian Masjidil Aqsa dan mengembalikan hak-hak rakyat Palestin.


P/s : Rujukan Buck:-

No comments:

Post a Comment