Sunday, May 23, 2010

Palestin dan Masjidil Aqsa : peranan umat Islam

Bismillah..
salam to all..
2 minggu lepas,kitaorg pnyer lecturer untuk subject Islamic studies nih bagi tugasan..esk kna hntr(24 mei 2010).. dalam banyak tajuk yang dia kasi 2, saya pilih la tajuk Palestin dan masjid Al-Aqsa:peranan umat Islam..walaupun ada kwn2 sy yang takut nk amek tajuk ni,alasan mereka tajuk nih nmpk cam politik tapi iye ke? bagi saya xde lah politik..Syok tajuk nih.. lepas pilih tajuk tuh, maka bermulalah episod pencarian bahan2 dari pelbagai sumber. Jadi saya nk berkongsi lah sedikit sebanyak yang saya dapat..ini juz dari kaca mata saya. Terpulanglah kepada saudara/i untuk menilai nya dari perspektif saudara/i..

Anak kecil ini yang tidak mengerti akan erti sebenar peperangan tetapi menjadi mangsa. Andainya kita memahami apa yang diinginkan oleh anak kecil ini.Rasa-rasa apa yang minta?keamanan?keharmonian?atau mencari ibu yang hilang di celah-celah dentuman bom di wilayah bergolak?renungilah bersama..

Sejarah Palestin


Perkataan negara Palestin adalah diambil dari perkataan ‘Philistine’,yang merujuk kepada nama satu kaum yang telah lama mendudukinya sejak awal sejarah.Orang Palestin sekarang merupakan Arab kacukan bangsa-bangsa Philistine, Canaanite dan lain-lain kaum yang pernah menduduki Palestin jauh lebih awal daripada orang Israel yang masuk ke Palestin selepas melarikan diri daripada Mesir dalam abad ke-12 sebelum Masihi.Lokasi bumi Palestin secara geografi ialah wilayah di kawasan Timur Tengah yang terletak di sempadan utara Lubnan menghadap timur laut Syria dan timur Jordan serta ke arah selatan Mesir yang mempunyai keluasan 27,009 km persegi. Dalam al-Quran, Palestin disebut sebagai Baitul Maqdis atau tanah suci. Negara ini merupakan tempat suci agama Yahudi, Kristian dan Islam. Maka ia menjadi pusat persengketaan pelbagai bangsa selama sejak sekian lama.

Kedudukan Palestin Dalam Islam

Di dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj,umat islam telah diberikan satu isyarat oleh Allah SWT mengenai kepentingan Palestin, Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa.Dalam peristiwa ini,Rasulullah SAW diperjalankan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sebelum dibawa naik ke langit. Masjidil Haram merupakan titik tolak Isra’ dan Masjidil Aqsa merupakan titik tolak Mi’raj. Ini menunjukkan peri pentingnya bumi Al Quds itu kepada umat islam. Di sana terletaknya masjid yang menjadi qiblat pertama bagi umat islam. Di sana juga terletaknya pusara para anbiya’ dan solihin. Ia juga adalah tempat lahir,tempat tinggal dan tempat persinggahan para nabi seperti Nabi Ibrahim, Nabi Yaakob, Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lain lagi. Rasulullah telah menegaskan kedudukan Masjidil Aqsa terhadap Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Dari Abu Said Al-Khudri ra, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, ‘Janganlah melakukan ziarah kecuali ke tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidil Aqsa, dan masjidku ini (yakni Masjid Nabawi).” (HR Bukhari dan Muslim). Ini juga menunjukkan kemuliaan dan keutamaan Baitul Maqdis bagi umat islam. Jesteru di zaman Rasulullah SAW para sahabat berjuang bermati-matian untuk membuka kota Baitul Maqdis. Bermula dengan Peperangan Khaibar (7H), Peperangan Mu’tah (8H), dan pengutusan pasukan Usamah bin Zaid (11H) membuktikan komitmen mereka yang tinggi untuk membuka pintu rehlah ke Baitul Maqdis.Setelah kewafatan Rasulullah SAW, perjuangan diteruskan sehinggalah kemenangan berpihak pada pihak tentera Islam di bawah pemerintahan Saidina Umar.

Konflik Palestin


Pada tahun 492 H, Tentera Salib menyerang dan menakluki Baitul Maqdis. Umat Islam Palestin hidup di bawah pemerintahan Salibiyyah yang dipenuhi dengan kekejaman dan penindasan. Namun kekuasaan mereka akhirnya berjaya ditumbangkan oleh pasukan tentera Sultan Salahuddin Al Ayyubi selepas 91 tahun memerintah. Bumi Palestin dipenuhi dengan keamanan dan kemakmuran di bawah pemerintahan Sultan Salahuddin dan pemerintah-pemerintah berikutnya. Namun keamanan dan kemakmuran ini tidak kekal. Inggeris mengalahkan ‘Daulah ‘Uthmani’ dalam Perang Dunia Pertama yang menyebabkan Palestin dikuasai Inggeris. Theodore Hertzel, pemimpin spritual gerakan ras Yahudi dan wartawan Austria, menulis bukunya ‘Negara Yahudi’ pada tahun 1896. Terbitnya buku Negara Yahudi, penyebarannya adalah bertepatan dengan fasa terakhir ‘Daulah ‘Uthmani’.

British melaksanakan Projek Zionis dan mengeluarkan Deklarasi Balfour pada 2 November 1917 yang mengizinkan penubuhan negara kebangsaan Yahudi di Palestin dan menyempurnakan pendudukan mereka di sana pada September 1918. Perjanjian ini telah mengkhianati janji terhadap kebebasan dan kemerdekaan masyarakat Arab yang dipimpin oleh Sharif Husayn. Pada bulan November 1947, majlis PBB telah membahagikan wilayah Palestin menjadi 56.5 % untuk Yahudi dan bakinya untuk Palestin serta menjadikan status Jerussalem sebagai wilayah antarabangsa.

Dengan sokongan ini, orang Yahudi semakin nekad dan berani menonjolkan watak asli mereka yang jahat dan kejam.Pada Januari 1948, tentera Yahudi telah mengepung dan mengusir warga Palestin serta melakukan pembersihan etnik di sepanjang pantai. Zionis telah mengumumkan penubuhan negara ‘Israel’ pada malam 14 Mei 1948 setelah Britain mengundur diri dari Palestin. Tindakan Yahudi membentuk negara Israel di Palestin ini mendapat kecaman dari negara Arab.

Pada bulan Jun 1967, Israel telah melancarkan perang ke atas rejim Arab.Sebahagian besar tanah Palestin telah hilang. Lebih kurang seramai 330,000 penduduk Palestin telah menjadi pelarian. Zionis menjadi semakin gah menguasai tanah Palestin selain cuba menghapuskan identiti penduduk Palestin. Termasuklah semua ciri-ciri peradaban mereka.. Yahudi telah membina penempatan haram dari masa ke semasa menyebabkan pelarian rakyat Palestin semakin bertambah. Mereka juga telah banyak melakukan pembunuhan kejam ke atas umat Islam Palestin sejak pendudukan Zionis sehinggalah ke hari ini. Rusuhan umat Islam meletus pada 1973 setelah Suruhanjaya Peel mula menggariskan syarat-syarat bagi penubuhan negara Yahudi tersebut. Suruhanjaya Peel telah mencadangkan supaya Palestin dipecahkan kepada sebuah negara Yahudi. Dibawah rancangan ini, 33% dari negara Palestin diserahkan kepada Yahudi. Ini merupakan satu penghinaan yang kepada umat Islam sedangkan peratusan tanah yang dimiliki oleh penduduk Yahudi tidak melebihi 5.6%. Di bawah rancangan ini,ratusan kampung-kampung Palestin akan diserahkan kepada Yahudi. Sejak pendudukan Yahudi juga, mereka bukan hanya melakukan pembunuhan kejam malah cuba untuk melenyapkan Masjidil Aqsa. Matlamat mereka adalah untuk membina Haikal Sulaiman dan mereka mendakwa di bawah tapak itu juga mempunyai harta peninggalan nenek moyang mereka. Pada 21 Ogos 1969,seorang pelancong Austria yang bernama Michael Rohan merupakan bangsa Yahudi telah membakar Masjidil Aqsa. Ianya telah menyebabkan sebahagian besar Masjidil Aqsa musnah antaranya ialah Mimbar Salahuddin Al-Ayyubi, Mihrab Zakaria, Masjid Umar Al-Khattab dan sebahagian besar serambi masjid. Namun penjenayah ini dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan dia adalah seorang yang tidak siuman. Masjidil Aqsa jatuh ke tangan Yahudi pada Jun 1967. Sejak itu juga, mereka telah merancang untuk membina terowong yang besar di bawah masjid ini. Selain itu, mereka turut menghalang umat Islam dari menziarahi Masjidil Aqsa. Namun penentangan rakyat Palestin telah pun bermula sejak 1936 di mana mereka mengadakan bantahan terbuka secara meluas. Pada hari ini,perjuangan rakyat Palestin diteruskan fraksi-fraksi perjuangan seperti HAMAS yang diasaskan oleh As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin yang merupakan cebisan dari Ikhwanul Muslim Mesir. Matlamat mereka adalah mempertahankan kesucian Masjidil Aqsa dan mengembalikan hak-hak rakyat Palestin.


p/s: InsyaALLAH nanti ana smbg balik.. nk kna prepare untuk final writing..salam..

No comments:

Post a Comment