Friday, July 30, 2010

Bila Qalbu berbicara

Bismillah..


Bila qalbu berbicara,
Minda mula ligat berfikir,

Tangan terus menaip,

Meluahkan yang tersurat dan tersirat bila qalbu berbicara,

Yang tersurat ditulis untuk dibaca,

Moga yang tersirat diambil iktibar,

Tapi andai ada kesilapan,

Maka ingatkanlah dan tegurlah,

Agar qalbu itu berbicara mengikut acuan yang digariskan,

Agar qalbu yang sedang berbicara itu tidak berbicara mengikut nafsu amarahnya,

Kerana qalbu yang dikuasai nafsu amarah adalah qalbu yang tewas,

Tewas dengan godaan nafsu dan sekutunya ya’ni syaitan,

Qalbu berbicara mengikut acuannya adalah qalbu yang tunduk dengan kehendak-Nya,

Qalbu yang sering mengingati penciptanya ya’ni Allah s.w.t,

Maka tuntunlah qalbu mu supaya tidak lalai dari mengingati penciptamu..

No comments:

Post a Comment