Thursday, December 30, 2010

Suatu permulaan


Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. Sempat lagi atuk menulis setelah lama menyepikan diri dalam dunia blog. Sibuk dengan 'final exam', Buat masa sekarang, atuk sedang membuat sedikit kajian mengenai pertembungan kaum muda dan kaum tua di tanah melayu suatu ketika dahulu. Ianya hanyalah untuk pengetahuan atuk sahaja, bukannya tugasan yang perlu dihantar tetapi hanya untuk menambahkan pengetahuan sejarah yang pernah berlaku di negara kita kerana sejarah mengajar kita mengenal jati diri kita. Dan mungkin juga sesuatu yang boleh dikongsi bersama.Buat masa sekarang, atuk rasa tak perlulah bagi atuk untuk menimbulkan sebarang spekulasi atau komen mengenai pertembungan kaum muda dan kaum tua di tanah melayu. Atuk harap jika pembaca mempunyai sumber-sumber yang boleh atuk jadikan rujukan, diharapkan dapatlah kita berkongsinya.


Selamat menyambut tahun baru (2011m).

1 comment:

  1. salam....

    chuchu ade sumber buku tingkatan 6...atok nak? thehehe...btw, chomel atok nyer blog skang.... :)

    ReplyDelete