Sunday, December 18, 2011

Secebis Kata

As-salam..
Kesempatan yang terluang, inginku ucapkan Terima Kasih buat TTO dan Staff German Malaysian Institute..Menjadi seorang pendidik bukan tugasan yang mudah kerana skop tugasannya luas. Membimbing bukan hanya sekadar menunjuk. Mereka memerah keringat untuk mencurahkan sedikit ilmu yang ada pada mereka buat penuntut dengan harapan anak muridnya menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata masyarakat. Tugasan mereka bukan hanya berhenti setakat duniawi tetapi ukhrawi. Bagaimana mereka menunjukkan taulan buat pelajar, andai hitam wataknya maka hitamlah muridnya dan begitu jugalah sebaliknya.
Berbicara mengenai kemunculan siasah yang pelbagai dari kalangan pelajarnya membuat tugasan mereka bertambah rumit. Namun itulah cabaran seorang pendidik. Kejayaan seorang pendidik bukan terletak pada gajinya tetapi pada nilai yang terbentuk dalam diri anak didiknya.
Siapalah pelajar tanpa guru, tidak akan ada seorang perdana menteri jika tidak bermula dengan seorang guru, tidak akan wujudnya seorang seniman agung tanpa seorang guru. Dan begitulah juga, siapalah seorang guru tanpa pelajar. Seorang pelajar yang berjaya seharusnya bermula dengan sifat merendah diri kerana tanpa sifat ini bagaimana mungkin seorang pelajar mahu belajar. Namun jika meletakkan kena pada tempatnya, maka hadirlah seorang pelajar untuk menuntut ilmu kerana terdorong dek dengan sifat merendah diri tadi. Maka bermulalah episod seterusnya dalam susur galur perjuangan menuntut secebis ilmu.
Akhir kata, Coraklah kanvas hidupmu dengan warna-warna ilmu duniawi dan ukhrawi agar kelak terhasillah sebuah lukisan kehidupan yang bermakna dan tinggi nilainya.

p/s: 1) Murid = pelajar = penuntut.
      2) Guru = pendidik = pengajar
Kata-kata dari Buck : "Erkk..bukan perli mana-mana pihak ek..Buck rasa usaha mereka layak penghargaan,dengan ucapan Terima Kasih mungkin sedikit sebanyak mampu membuatkan mereka bersemangat untuk terus mendidik..zZzZz"

No comments:

Post a Comment