Wednesday, November 10, 2010

Terbitnya fajar islam ~~1~~

FIRMAN Allah swt:


"Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu)." (Ali Imran:123)

Hari demi hari telah berlalu pasca hijrahnya Rasulullah s.a.w ke Madinah. Sementara itu, para pembesar Quraisy masih dalam kezalimannya. Mereka menyeksa kaum Muslimin yang masih tersisa di Mekah dan menghalang sesiapa yang ingin berhijrah ke Madinah. Bukan itu sahaja, malahan mereka turut merampas rumah dan harta benda sesiapa yang ingin keluar meninggalkan Mekah. Setelah Aus dan Khajraj bersatu, di mana Islam telah berjaya melenyapkan permusuhan dan kebencian di antara mereka, dan ditambah lagi dengan eratnya ikatan persaudaraan dengan Muhajirin, maka jadilah kaum Muslimin di Madinah sebagai sebuah kekuatan yang mampu membela diri dan membela aqidah yang yakin sehingga mereka mampu untuk menghentikan keganasan dan kekejaman kaum musyrik. Pada Ramadhan tahun kedua Hijrah,setelah 19 bulan Rasulullah s.a.w di Madinah.
 Rasulullah memutuskan untuk menghalang kalifah dagang yang membawa dagangan Quraisy untuk mendapatkan ghanimah sebagai ganti rugi harta yang dirampas dari kaum Muslimin di Mekah sekaligus untuk menghentikan penyeksaan mereka terhadap kaum Muslimin yang tersisa di Mekah serta kerana menidakkan hak-hak yang diberikan Allah s.w.t. Dengan kekuatan 77 Muhajirin dan 236 Ansar, Rasulullah pun berangkat bersama-sama para sahabat.Berita keberangkatan Rasulullah bersama perajurit-perajurit islam sampai ke telinga Abu Sufyan,lalu dia segera mengutuskan utusan ke Mekah bagi mendapatkan bantuan. Menyedari bahawa harta mereka turut dalam bahaya,segera Abu sufyan memutuskan agar rombongan dagangan mereka melencong ke arah jalan lain iaitu menyusuri pesisiran pantai supaya dapat mengelak daripada pertembungan dengan tentera Islam di tengah-tengah perjalanan. Sewaktu didalam perjalanan, Abu Sufyan telah mencadangkan agar mereka pulang ke Mekah tetapi ditentang oleh Abu Jahal.
Perjalanan kaum musyirikin ke Badar di ketahui oleh Rasulullah s.a.w, lantas Baginda s.a.w mengadakan musyawarah bersama para sahabat. Miqdad bin Amr berkata," Wahai Rasulullah, lakukanlah apa yang menurutmu baik, kami akan berserta denganmu. Demi Allah, kami tidak akan mengatakan apa yang dikatakan oleh Bani Israel kepada Nabi Musa. Demi zat yang mengutuskanmu dengan haq, seandainya engkau berjalan ke al-Gamad nescaya kami akan tetap bersamamu menempuh halangan sehingga sampai ke kesana."
Kemudian Saad bin Muadz berkata, "Kami telah beriman kepadamu dan mempercayaimu, dan kami menyaksikan apayang engkau bawa itu benar adanya dan kami berikan kepadamu janji kami untuk mendengar dan taat. Teruskanlah wahai Rasulullah,apa yang engkau lakukan maka kami akan bersamamu. Demi Zat yang mengutuskanmu dengan haq, andaikata engkau selami lautan nescaya kami akan turut menyelam bersamamu,tidak akan bersisa seorang pun dari kami, dan hasrat kami yang terpendam adalah bertemu musuh besok, kami akan bertahan dalam perang dan dapat diharapkan, semoga Allah memperlihatkan kepadamu apa yang kami miliki yang boleh membuatmu tenang."
Rasulullah gembira dengan para sahabat lalu bersabda yang bermaksud,"Berangkatlah dan dengarlah khabar gembira. Sesungguhnya Allah menjanjikan kepadaku salah satu dari dua golongan" lalu baginda s.a.w membacakan firman Allah yang bermaksud " Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan, menjadi untuk kamu (menghadapinya), sedang kamu suka kiranya (angkatan perniagaan) bukan angkatan (perang) yang mempunyai kekuatan itu yang dijadikan untuk kamu (menghadapinya). Padahal Allah menghendaki untuk menetapkan yang benar (agama Islam) dengan Kalimah-kalimahNya dan untuk membinasakan kaum yang kafir seluruhnya;" (surah al-anfal:7)

 Setelah keputusan kesepakatan dicapai berbekalkan semangat jihad yang tinggi, mereka telah memilih untuk tidak takut mati di jalan Allah s.w.t...



....Bersambung...

1 comment: