Friday, January 21, 2011

Tarbiah rohani


Usaha menegakkan akidah dan tauhid Islami juga bererti usaha dan gerak kerja meninggikan syiar Islam itu sendiri. Apabila akidah telah ditegakkan, ia bermakna kita telah menegakkan batu asas dalam Islam yang paling utama, yang mana tanpanya Islam tidak dapat untuk berdiri.Lemah akidah, runtuh dan musnahlah Islam seseorang. Akidah merupakan asas yang paling penting dalam Islam.Kekuatan akidah menjadi dasar kepada kesempurnaan agama Islam yang meliputi hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia yang mana merangkumi syariat,ibadat,hukum dan akhlak.
Keutuhan dan kemantapan akidah Islami dalam jiwa seseorang muslim diumpamakan seperti akar tunjang bagi sebatang pokok yang kuat.Akar tunjang menjunam kukuh kedalam tanah.Sekalipun ribut datang membadai,ia mampu bertahan.Begitulah gambaran bagi orang yang lemah imannya. Imannya sekadar di fikiran,tidak bertunjangkan didalam hati.Dia tidak akan mampu untuk bertahan walaupun diuji dengan ujian-ujian kecil.
Akidah Islami adalah landasan kepada semua tindakan bahkan induk bagi semua perkara. Andai diumpamakan dengan tubuh badan manusia. ia berfungsi seperti kepala.Bagaimana seseorang boleh hidup tanpa kepalanya? Akidah Islami begitu penting kerana ianya kunci kebahagiaan didunia dan menjadi syarat menuju ke syurga. Wallahu'alam..

1 comment:

  1. good info..syukran..
    jom baca ni..
    Lelaki skarang suka perempuan tak bertudung???
    http://itqannajah.blogspot.com/2011/01/lelaki-skarang-suka-perempuan-tak.html

    ReplyDelete